04

78 13 33
                                    

"Yerin!!"

Hyerin yang sedang membuat latihan mengangkat kepala. Yuna duduk di kerusi hadapan Hyerin yang kosong. Yuna mengumpul nafasnya yang hilang ketika berlari tadi sebelum menyambung.

"Kau nak tahu tak?" Soal Yuna sambil tangannya menggoncang tangan Hyerin.

"Apa dia?" Serta merta perhatiannya diberi kepada Yuna.

"Tadi budak lelaki tu kena belasah dengan Taeyong lagi." Ujar Yuna yang menjadi salah seorang penonton kejadian tadi.

"Kenapa?" Wajah Hyerin berkerut pelik. Takkan hampir setiap hari buli orang yang sama saja. Tak bosan ke?

"Sebab budak tu tak bagi dia duit."

Hyerin yang mendengarnya tercengang. Dia dah kaya kan, apa yang dia nak lagi. Dasar lelaki tak guna.

"Taeyong tu memang dah melampau. Dia ingat ayah dia tu besar sangat dekat sini? Teruk tak budak tu kena?" Soal Hyerin.

"Mestilah. Lagi teruk tau kalini. Sampai berdarah habis Taeyong dengan Lucas kerjakan." Ujar Yuna.

"Kesiannya. Apa nama budak tu?"

Hyerin tak pernah mengambil tahu tentang siapa yang dibuli oleh Taeyong. Namun Kali ni dia tak boleh berdiam diri. Taeyong dah semakin melampau. Buat orang macam patung je, suka-suka nak membuli. Orang yang sama pula tu dia buli.

"Kalau tak silap aku, nama dia Huang--"

"Yuna!! Guru kelas kita panggil dekat bilik guru." Ujar Wonyoung yang baru masuk ke dalam kelas.

"Ah,Kenapa?" Soal Yuna. Wonyoung mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Yuna terus bangun dan keluar dari kelas. Hyerin turut bangun lalu keluar dari kelas untuk ke tandas.

Semasa dalam perjalanan ke tandas Hyerin terlanggar seseorang dan kedengaran suaranya mengaduh.

Lelaki itu sedikit membongkok sambil memegang bahunya yang dilanggar.

"Ahh maaf. Minta maaf sangat-sangat." Kata Yerin sebersalah. Lelaki itu dipandang.

"Gwenchana?" Soal Hyerin lagi apabila tidak mendapat respon dari lelaki itu.

Akhirnya lelaki itu kembali menegakkan badan perlahan-perlahan sambil memegang bahunya.

"Renjun??" Soalku dengan terkejut. Mukanya lebam dan bibirnya pecah. Dia ke yang dibuli Taeyong tadi?

Sebaik sahaja Hyerin mengecamnya, Renjun terus meninggalkan Hyerin yang masih terkejut. Dia tidak mahu Hyerin melihat keadaannya sekarang.

Renjun langsung tidak menoleh, malah pergi dengan tergesa-gesa walaupun dipanggil Hyerin berkali-kali.

Hyerin mengeluh apabila Renjun tidak sempat dikejarnya. Renjun menghilang di sebalik bangunan sekolah, jadi dia tidak sempat untuk mengejarnya.

Baru Hyerin mahu meneruskan perjalanan, seseorang menghalang laluannya. Hyerin menjeling Taeyong tajam.

"Hye,baby!! Long time no see. Do you miss me??" Tegur Taeyong sambil tangannya menyelitkan rambut depan Hyerin yang panjang ke telinga namun dengan pantas Hyerin menepis. Senyuman sinis terukir di bibir Taeyong.

"Sombongnya baby. Takpe, sombong-sombong lagi aku suka."

"Kau ni makin cantiklah aku tengok." Taeyong mengusap pipi mulus Hyerin. Sekali lagi Hyerin menepis tangan Taeyong. Kini lebih kuat.


"Don't you ever dare to touch me!! " Ujar Hyerin kasar lantas berpusing dan berlalu pergi. Tidak jadi untuk ke tandas gara-gara Taeyong.

'Kau ingat boleh lari ke Hyerin, huh? I will get what I want.'

Taeyong tersenyum senget. Tangannya dicium kerana ada bauan rambut Hyerin tadi.

'You make me crazy, baby!!'

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now