16

40 11 8
                                    

Taeyong membaling dart di tangannya dengan geram dan tepat terkena ke arah gambar yang sengaja dilekatkan di dart boardnya iaitu Gambar Hyerin.

Taeyong tersenyum sinis.

Sekali lagi dia membaling dart dan terkena satu lagi gambar yang turut dilekat dia board itu. Kali ni terkena pada gambar Renjun yang didapati daripada Jaemin.

Senyuman sinisnya semakin menjadi-jadi.

"Korang takkan bahagia selagi aku masih hidup." Ujar Taeyong dengan senyuman mereng.

Lucas menolak Jaemin agar menegur Taeyong yang sepertinya di dunianya sendiri.

Jaemin mengeluh dan terus bangun merapati Taeyong. Bahu Taeyong disentuh membuatkan Taeyong tersentak.

Bagaikan baru tersedar dia berpusing memandang Jaemin di belakangnya dengan mata nya yang membulat.

Taeyong menolak tangan Jaemin dari bahunya dan duduk di sofa yang disediakan di bilik muzik miliknya di rumah. Rambutnya diserabaikan sebelum meneguk air coke yang sudah tinggal separuh sehingga habis.

"Kau okay tak?" Soal Lucas. Puntung rokok dibuang di bekas yang tersedia.

"Kalau tak okay kitorang boleh balik." Ujar Jaemin pula lantas duduk sebelah Taeyong.

Bahu Taeyong ditepuk perlahan. Taeyong mengangguk tanda dia baik-baik saja. Dia menghidupkan api di puntung rokok yang sudah dikepit di bibir.

"Aku takut sebab kau tak boleh nak kawal diri, orang lain jadi mangsa."

Ujar Jaemin hanya dibalas dengan senyuman sinis Taeyong.

"Diorang sendiri yang nak main-main dengan aku." Ujar Taeyong  sinis. Tangannya digenggam kuat menandakan ada dendam yang disimpan.

"Kenapa kau benci sangat dengan Renjun?" Soal Jaemin.

"Kita kan dari dulu lagi buli dia." Jawab Lucas bagi pihak Taeyong. Pelik juga dia dengan Jaemin ni.

Jaemin menggeleng.

"Tak, kali ni macam makin teruk budak tu kena dengan korang." Ujar Jaemin lagi.

"Tch! Kau tu yang tak pernah pukul dia. Konon taknak kotorkan tangan kau kan. " Lucas tersenyum sinis.

Jaemin hanya mengangkat bahu. Sesungguhnya dia sendiri kasihan melihat Renjun yang selalu dibuli. Kadang-kadang dengan alasan yang tidak patut.

Tiba-tiba pintu studio Taeyong terbuka.

"Sayangg!!"

Jaehee masuk dan terus menyambar bibir milik Taeyong.

Jaemin yang menyaksikannya di hadapan mata mengeluh lantas rolled eyes.

"Hai Lucas!!"

Tegur Yuna pula lantas duduk di atas peha Lucas. Tangannya sibuk menyentuh tubuh Lucas.

Taeyong dan Jaehee masih lagi menyatukan bibir mereka tanpa ada tanda mahu berhenti. Langsung tiada rasa malu.

Jaemin berdiri.

"Aku nak gerak dulu. Apa-apa call." Ujar Jaemin lantas mencapai helmet serta kunci motor di atas meja.

"Awal lagi ni. Taknak cari perempuan ke? Atau takut girl kau marah." Usik Lucas lantas tergelak.

"Aku ada kerja sikit." Jawab Jaemin lantas terus keluar dari studio Taeyong.

"Jealouslah tu." Ujar Taeyong selepas melepaskan tautan bibirnya dengan Jaehee.

"You nak tahu tak, tadi I nampak ex girlfriend you dengan budak lembap tu. Apa nama dia..."

"Renjun!!"

Potong Yuna.

"Haa, Renjun!! Eloklah tu, dua-dua hodoh!!" Kutuk Jaehee lantas ketawa jahat.

Taeyong hanya tersenyum namun dalam hatinya dah meluap-luap rasa geram. Tunggu masa untuk meletup sahaja.

'Korang memang cari pasal kan. Korang tunggu nasib korang.'

Bibirnya mula mengukirkan senyuman sinis yang penuh dengan dendam.

•••••


Iqa minta maaf kalau book iqa ni ada scene yang tak sepatutnya.Tapi iqa dah bagi warning awal-awal kan. Maaf kalau tak selesa.

Please spread love not hate.

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now