05

54 13 13
                                    

Hyerin

Semua budak kelas aku sudah keluar dari kelas untuk pulang. Kini tinggal aku berseorangan yang baru mengemas untuk pulang.

Yuna awal-awal sudah keluar. Katanya mahu berjumpa kawan. Aku menggalas beg dan menutup kipas sebelum keluar dari kelas.


Ketika aku di anak tangga terakhir, aku terdengar suara seseorang seperti sedang bercakap di belakang bangunan sekolah.

Dengan penuh berhati-hati aku cuba menangkap perbualan mereka.

"Baguslah kau dapat rampas Taeyong tu dari perempuan tu. Padan muka si Yerin tu. Baru puas hati aku tengok di meroyan macamtu ." Suara seorang gadis yang aku sangat cam suaranya. Kemudian kedengaran tawaan daripadanya.

"Puas hati konon. Aku tengok kau makin rapat je dengan dia. Ke dia dah jadi bestfriend kau." Kata satu suara kedengaran mengejek.

Itu suara Jaehee Dan Yuna. Aku kenal suara itu. Aku tersenyum sinis.


Jadi selama ni Yuna tak pernah ikhlas berkawan dengan aku. Yuna Dan Jaehee sama saja.

Aku menarik nafas sebelum keluar dari tempat persembunyianku.

"Wow!! Nice game!! " Kataku dengan senyuman sambil menepuk tangan.

"Yerin..."

"Shh!! Takpe, aku dah dengar Semuanya." Senyuman aku terus mati. Mataku tajam memandang ke arah Yuna.

Yuna mengukir sebuah senyuman sinis. Sambil berpeluk tubuh, Yuna mendekati aku.

"Baguslah kalau kau dengar. So kau sedar diri kan? Kitorang boleh jumpa kawan yang lagi kaya dari kau. Yang penting bukan yang berlagak cantik macam kau ni." Kata yuna sinis. Badan Hyerin ditolak.

"Weh,jangan cakap macamtu. Nanti ada betina ni meroyan dekat sini. Lepastu mengadu dekat ayah dia. Eh lupalah, ayah dia kan dah lama mati. Kesian eh takde bapak. Poor you, hmm." Kata Jaehee lantas tergelak.

PANGGG!!

Muka Jaehee terteleng ke tepi selepas mendapat tamparan daripada aku. Dia memegang pipinya yang pedih. Matanya mencerlung memandang wajah aku.

"Kau nak hina aku, aku tak kesah. Tapi kalau kau hina keluarga aku kau memang dah melampau!!" Jerkahku kuat.

"Apa kau cakap tadi? Ayah aku dah mati? Tak dapat kasih sayang?" Hyerin tersenyum sinis.

"Ya, ayah aku dah mati tapi aku ada mak aku untuk tuntut kasih sayang. Kau? Mak ayah ada, tapi langsung tiada masa untuk kau. Aku rasa kau lagi kesian. Kesian sebab tak dapat kasih sayang secukupnya. Kurang kasih sayang lah katakan." Sindirku lagi dengan senyuman sinis.

Muka Jaehee sudah merah ingin menangis apabila aku menyentuh hal keluarganya. Aku tersenyum sinis bila melihat Jaehee terdiam.


"Dan kau!!" Jariku ditalakan ke arah Yuna pula. Aku tersenyum.

"Aku tahu kau jealous sebab aku lagi cantik dari kau kan? Kau pergilah cari kawan yang lagi kaya dari aku. Tu pun kalau diorang nak berkawanlah dengan kau yang muka tak berapa nak elok tambahan pula perangai busuk kau tu."

Kataku sinis lagi kepada Yuna. Jelas muka Yuna merah padam menahan marah.

"Terima kasihlah sebab pernah jadi kawan baik aku walaupun FAKE. Dan ingat, aku tak pernah rasa sedih tau hilang kawan-kawan macam korang ni! Malah aku gembira sangat sebab dijauhkan dari orang-orang fake macam korang. Tambahan pula muka fake korang tu,tch!! Lmao!!"

Kataku lantas berlalu pergi dengan puas hati dapat melepaskan segalanya yang terbuku di dada.

Aku berjalan menuju ke suatu tempat sambil memegang dadaku yang sakit bersama air mataku yang dah berjuraian turun.


•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now