19

39 11 3
                                    

Renjun merenung frame yang berada di tangannya. Dia duduk di meja halaman rumahnya ditemani Hyerin di sebelah.

Air mata Renjun perlahan mengalir namun tidak kedengaran esakan. Gambar Puan Huang diusap. Rasa sedihnya kini tidak dapat dibendung.

Dalam sekelip mata, Puan Huang meninggalkannya buat selama-lamanya.

Mengingatkan hakikat itu buatkan hati Renjun semakin sebak dan mula kedengaran esakan kecil.

Ditambah dengan rahsia yang terungkap semalam membuatkan hatinya hancur berkecai.

Air mata dibiarkan mengalir tanpa ada niat untuk menghapuskannya.

Hyerin di sebelah hanya diam. Tunggu masa untuk memujuk Renjun yang sedang meratapi frame itu.

Untuk kali kedua dia melihat air mata Renjun keluar dan dia turut berasa sebak.

Dia juga turut mengetahui tentang rahsia yang appa Renjun bongkarkan semalam.

Setelah tangisan Renjun sedikit reda, Hyerin menyentuh bahu Renjun lembut.

"Minum air ni." Ujar Hyerin sambil menghulurkan sebotol air mineral. Renjun tidak membantah dan hanya menurut.

"Lega sikit?" Soal Hyerin dan mendapat anggukan daripada Renjun. Hyerin lap air mata Renjun dengan jarinya.

"Saya harap awak banyakkan bersabar. Ini dugaan untuk awak dan saya tahu awak kuat." Pesan Hyerin lembut.

"Saya pernah alami situasi yang awak hadapi sekarang Renjun. Saya lost dan tak tahu nak buat apa masa kehilangan appa saya. Eomma sayalah yang sentiasa di sisi saya dan menguatkan saya. Akhirnya saya di sini, depan mata awak." Ujar Hyerin lantas tersenyum.

"Jadi sekarang saya nak jadi macam eomma, sentiasa ada di sisi awak supaya awak kuat melalui apa-apa dugaan sekalipun.

Renjun mengangguk dan perlahan-lahan senyuman terbit dari bibir Renjun. Air mata sudahpun dihapuskan.

Walaupun ia kelihatan hambar namun Hyerin tetap gembira dan berasa sedikit tenang.

" Terima kasih,Hyerin."

Hyerin tersenyum.

" Jadi apa yang awak nak buat lepas ni?" Soal Hyerin.

"Saya nak tenangkan diri."

Hyerin mengangguk.

" Awak pula saya nak tanya. Kenapa awak ada dekat rumah saya? Awak ikut saya?" Soal Renjun kepada Hyerin.

Hyerin menggaru kepalanya dan tersengih memandangkan pernyataan Renjun itu benar.

Renjun mengeluh.

"Kenapa awak ikut saya?" soal Renjun lagi.

"Saya nak tahu awak duduk mana je." Jawab Hyerin sambil tersengih.

" Mana awak tahu saya kerja dekat situ?" Soal Renjun lagi.

"Adalah, rahsia." Jawab Hyerin lantas menjelir lidah.

"Okey, then sejak bila awak tunggu saya dekat tempat kerja saya?" Soal Renjun lagi tidak berpuas hati.

"Sejak awak masuk kerja." Jawab Hyerin dengan senyuman bangga.

"What??! Dari pukul 3 sampai 6 awak tunggu saya? Eomma awak tak marah ke?" Soal Renjun.

"Saya minta izin kata nak jumpa kawan." Jawab Hyerin selamba.

"Hyerin!!"

Apa??”

"Awak tahu tak awak dah membazir masa awak. Kalau jadi apa-apa dekat awak macam mana??" Soal Renjun sambil bercekak pinggang.

"Banyak betul soalan awak kan. Saya okay je kan depan mata awak ni. Lagipun saya tunggu dengan  driver saya." Jawab Hyerin seperti tidak bersalah.

"Awak ni kan--"

"Nahh!!"

Hyerin memotong percakapan Renjun dengan menghulurkan satu kotak.

"Apa ni?" Soal Renjun sambil membelek-belek kotak yang berbalut cantik itu.

"Hadiah awak. Bukalah." Ujar Hyerin.

"Sekarang?" Soal Renjun lagi.

"Takkan esok pulak." Sindiran Hyerin dibalas dengan senyuman Renjun.

Renjun membuka pembalutnya Dan ada sebuah kotak telefon. Renjun membukanya dan matanya terbuntang melihat isi dalam kotak itu.

Renjun menutup kotak Iphone itu kembali dan menghulurkannya kepada Hyerin.

"Saya taknak."

"Awak kena ambil jugak."

Hyerin menolak kotak itu kembali kepada Renjun.

"Tapi ni mahal--" Balas Renjun.

"Saya tak kira, mahal ke murah kalau awak tak ambik saya merajuk." Ugut Hyerin.

Renjun berbelah bahagi sama ada mahu menerimanya atau tidak. Hyerin yang sedar kegelisahan Renjun mengeluh perlahan.

"Awak ambillah. Lagipun awak dah banyak tolong saya. Ni tanda saya berterima kasih dengan awak." Ujar Hyerin lembut.

Renjun terpaksa mengalah. Hyerin tersenyum puas apabila Renjun akhirnya menerima pemberiannya.

"Apa tu?" Soal Hyerin sambil menunjuk ke bahu Renjun

"Apa dia?"

"Awak jangan bergerak." Tangan Hyerin menyentuh bahu renjun dan ditarik tangannya kembali bersama ibu jari dan telunjuk bercantum membentuk mini love.

"Gedik!!"

Renjun ketawa besar. Hyerin juga ketawa. Dia gembira bila Renjun mula ketawa.

•••••

[C] RAINBOW |  HUANG R.J. |Where stories live. Discover now