Chapter -2

19.7K 1.8K 235
                                    

1st January of 2020

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1st January of 2020

Ziyad keluar dari perut kereta. "Eryan... turun. Kita dah sampai rumah atok." Ujar Ziyad kepada anaknya yang berusia 7 tahun itu.

"Kita dah dekat rumah atok?"

"Yes son." Jawab Ziyad lalu dia memimpin tangan Eryan. "Bagi salam." Bisiknya.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam... ya Allah Eryan! Ziyad! Abang! Anak cucu kita dah balik abang!" Jerit Puan Aisyah teruja. Bersinar wajahnya.

Mana kan tidak, setelah hampir 4 tahun tidak bersua muka dengan anak dan cucu sulungnya ini. Rindu setinggi gunung everest!

Ziyad mencium tangan ibunya lalu dia memeluk ibunya, "mummy sihat? Daddy?"

"Kami sihat. Alhamdulillah." Jawab Puan Aisyah dengan wajah yang teruja. Dia mendukung tubuh Eryan, "ya Allah rindunya dekat cucu nenek ni." Pipi Eryan di cium.

Masuk sahaja mereka di dalam rumah, Zain terus mendakap tubuh Ziyad. "Welcome home bro! After 4 years in England! You finally home!" Bahu Ziyad di tepuk.

"So... apa cerita tiba-tiba je balik Malaysia ni? Dah berubah hati?"

"Aku tak nak anak aku membesar dengan culture sana. It's not good... bukan tak baik cuma aku tak nak anak aku salah bergaul."

"Ouh faham-faham. Kau pun dah kerja balik dekat Air Asia?" Ziyad mengangguk malas. "Tahniah!"

"Tapi kan Yad..." Zain terus menarik Ziyad ke tempat lain. "Aku rasa... kau kena belajar business lah. Daddy nak bagi kau company dia."

"Aku akan pertimbangkan tentang itu. Buat masa ni, aku nak kejar cita-cita aku."

"Okay bro! Lagipun kalau kau handle company daddy, kita boleh jadi rakan kongsi." Zain menepuk bahu Ziyad.

"Zayra bila balik?"

"Next week..."

"Dia sambung master dekat sini ke bro?" Ziyad mengangguk, "dia dah tak nak belajar dekat sana. Jadi, aku terpaksa buat surat dan bagi pada ketua pengarah universiti yang dia belajar tu supaya pindahkan dia ke universiti dekat Malaysia ni."

"Menyusahkan betullah budak tu. By the way Yad... bekas isteri kau ada datang kelmarin." Ziyad menjungkit kening, "apa dia nak?"

"Dia nak Eryan."

"Aku tak benarkan." Ujar Ziyad lalu dia mengambil beg baju Eryan dan di bawa naik ke atas. "Tengoklah tu mummy... Zain cakap sikit je dah nak marah sampai macam tu sekali."

"Memanglah dia marah. Bayangkan Eryan membesar dengan Dayana tu, tak jadi oranglah. Dengan dia sibuk nak fikir pasal lelaki simpanan dia tu."

"Zain nak keluar jap. Nak jumpa Fiqa." Ujar Zain lalu dia mengambil kunci kereta, "cakap dengan dia... bila mummy free. Nanti mummy datang, nak bincang balik pasal hal perkahwinan kamu berdua."

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now