Chapter -15

14.2K 1.6K 233
                                    

Pon! Pon! Ponnn!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pon! Pon! Ponnn!

Ziyad membunyikan hon kereta. Sudah lima minit dia tersadai di luar banglo mewah milik keluarga Sarah. Mana Sarah ni? Tak keluar-keluar.

Niatnya cuma satu mengapa dia mengajak Sarah sertai majlis sambutan hari lahir Eryan. Agar anaknya itu tidak bosan dan dapat bermain dengan Sarah.

Yelah, Sarah kan dah jadi aunty favourite dia walaupun kenal baru 2 hari. Sarah pandai mengambil hati kanak-kanak. Sebabtu Eryan suka main dengan Sarah! Lemah lembut je.

Sarah mendengus geram, ish! Memang tak reti sabar ke? Bengang sekejap tadi apabila Zayra menelefon dan memberitahu bahawa bukan dia yang datang mengambil Sarah tapi Ziyad yang datang.

Tak tau ke tahap kebencian dirinya hendak menaiki kereta milik jejaka itu. Sudahlah drive macam pelesit! Laju gila! Silap haribulan, boleh accident kalau bawa dengan tidak berhemah.

Dia menutup suis lampu dan aircond lalu dia keluar dari biliknya. Cepat-cepat dia menuruni anak tangga, hampir-hampir dia terjatuh kerana terpijak kain dress yang dipakainya itu.

"Clumsy." Tegur satu suara. Sarah membulat mata, alamak! Suara siapa tu?! Sarah menjengah ke pintu utama rumah, Ziyad sedang berdiri sambil berpeluk tubuh.

Tubuhnya disandarkan pada pintu, "pintu tak kunci. Pijak kain dress, what's next?" Soal Ziyad sebelum jejaka itu terus berlalu ke keretanya.

Sarah menutup suis lalu kunci rumah di ambil. Dia keluar dari rumah itu lalu pintu di tutup dan dikunci. Heels yang dari tadi dia pegang diletakkan di atas tanah.

Dia menyarungkan heels itu dikakinya sebelum dia mendekati kereta Ziyad yang di parking di luar halaman rumah.

"You're late... too late. What are you doing little girl? Majlis tak besar mana pun, I've told you before right? Punishment, balik nanti you drive my car. No excuses."

"Sekejap sekejap sekejap sekejap sekejap, I nak tanya. Siapa you eh? Nak mengarah I sesuka hati. Pasal I lambat, you tau tak kenapa I lambat? Huh? Tak tau kan? Okay better takyah tau sebab you memang tak akan faham. Only girls know why. Second, siapa you nak bagi I hukuman? You bukan lelaki dalam wattpad and novel mafia yang I baca."

"Well guess I need to be that wattpad man or that mafia... so that I can give you punishment. Is it, little girl?" Ziyad terus menukar gear dan mula memandu.

Sarah terdiam. Argh!

***

Sampai di sebuah hotel termuka, Sarah terkedu. "Serious lah dekat sini?" Ziyad hanya senyap. Jejaka itu terus keluar dari perut kereta dan tidak menjawab soalan dari Sarah.

Sarah juga turut keluar dari perut kereta dan mengejar langkah besar jejaka itu. Entah silapnya di mana, dia jatuh.

Buk!

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now