Chapter -37

10.6K 1.1K 92
                                    

SUDAH hampir tiga bulan mereka diarahkan untuk duduk di rumah dan tidak ke mana-mana oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH hampir tiga bulan mereka diarahkan untuk duduk di rumah dan tidak ke mana-mana oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Namun kini, pihak kerajaan sudah melonggarkan syarat-syaratnya dan membenarkan rakyat jelata di Malaysia untuk keluar tetapi perlu patuhi SOP yang sudah ditetapkan.

Dan untuk masa tiga bulan itu juga, Sarah sudah selamat menghabiskan pengajiannya dan kini dia sudah mendapat sijil izajah sarjana. Senyuman usah dikata, kalau boleh setiap hari nak senyum!

Dan dia juga sudah mampu untuk tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada Ziyad. Dahulu betapa berharapnya dia bahawa Ziyad akan kembali semula kepada dia namun dia silap, jejaka itu malah menghilangkan diri.

Sejambak bunga itu dihidu sedalam-dalamnya. Wangi! Bunga itu adalah pemberian daripada Isaac. Isaac tersenyum gembira apabila melihat Sarah gembira.

Meskipun semalam dia dibelasah oleh Ziyad kerana dia menyatakan bahawa dia sudah mula suka pada Sarah namun dia tetap juga gagahkan dirinya untuk menghadirkan dirinya pada hari konvokesyen Sarah.

"Senyum tu kalau boleh nak setiap hari." Tegur Isaac. Sarah memandang Isaac, "biarlah! I happy sebab I akhirnya akan jadi seorang peguam!"

"Tahniah princess. Jadilah peguam yang amanah dan jujur!" Isaac memberi semangat. Sarah gelak lalu dia menganggukkan kepalanya. Akur dengan nasihat Isaac.

"Papa dengan ibu mana?" Sarah terpusing-pusing mencari kelibat ibu dan ayahnya. "Mama?" Dia juga turut mencari mamanya. Namun, tiada.

"Isaac..." Mata Sarah sudah berkaca-kaca. Sedari tadi, hanya ada Isaac sahaja. Mana yang lain?

"Jangan nangis princess, tu papa dengan ibu awak." Isaac menunjuk ke arah pasangan yang jalan bergandingan.

Baru Sarah hendak menangis, terus tak jadi!

"Papa! Ibu!" Sarah berlari lalu mendapatkan kedua orang tuanya. Tubuh mereka di dakap erat.

"Sarah ingat papa dengan ibu tak datang.." Sarah menjuihkan bibirnya; merajuk. Dato' Hashim senyum manis lalu kepala Sarah diusap perlahan.

"Kejamlah papa kalau tak datang majlis konvo anak papa ni. Sorry lambat sikit sayang, flight papa dengan ibu tadi delayed. Nasib sempat sampai sini." Terang Dato' Hashim.

Datin Rosa menghulurkan sebuah beg kertas kepada Sarah, "Sarah, ni ibu ada belikan Sarah something sempena konvokesyen Sarah. Tahniah anak ibu." Ucap Datin Rosa.

Isaac berjalan mendekati mereka lalu dia bersalaman dengan Dato' Hashim. "Wah Dato'! Muka banyak happy, amacam honeymoon?" Usik Isaac. Keningnya dijungkit banyak kali.

"Mengadalah kamu. Saya ni pergi Samarkand sebab ada business meeting. Bukannya honeymoon pun, kan Rosa?" Datin Rosa mengangguk setuju.

Isaac senyum mengusik, "ya je... ni saya tengok dua-dua muka berseri-seri! Habislah awak princess, nanti ada adik lagi. Tak dapat dah panggilan anak manja papa!"

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now