Chapter -54

6.5K 502 12
                                    

ISAAC merenung bulan di malam hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ISAAC merenung bulan di malam hari. Sambil itu, otaknya ligat memikirkan sesuatu. Sekejap dia picit pelipis dahinya sekejap dia menghela nafas berat.

"Apa niat kau sebenarnya ni Daniel?"

Isaac keluar dari perut kereta lalu dia terus mendekati Daniel yang sedang berdiri tegak dan menghadap keindahan kota di malam hari. Isaac berdehem. Daniel terus toleh ke belakang bersama dengan senyuman yang sangat misteri.

"Apa yang kau nak?" Soal Isaac. Sungguh dia lelah. Pagi uruskan majlis pernikahan Ziyad dan Sarah. Baru nak berehat waktu malam, tiba-tiba rasa tak sedap hati apabila secara tiba-tiba Daniel kongsikan live location kepada Isaac dan mengarahkan Isaac segera tiba di lokasi itu kalau tidak mahu perkara buruk berlau pada Sarah.

"Ingat kau tak nak datang, kawan lama." Ujar Daniel mendatar. Isaac selukkan tangannya ke dalam kocek seluar lalu dia menghela nafas kasar.

"Straight to the point jelah. Kau mengganggu waktu aku, kau faham tak? Orang macam kau ni sebenarnya kena sedar diri. Orang dah tak nak, kau paksa-paksa macam babun."

"Aku kesian dengan kau Isaac. Sayang Sarah macam nak mati tapi dia tak nampak effort kau pun. Dia lebih pilih Ziyad yang pernah tinggalkan dia. Kau sanggup berhenti kerja as pilot walaupun kau tak dibuang kerja macam Ziyad. What a waste."

"Aku dah malas merempit atas langit. Lagipun, dah cukup pengalaman yang aku dapat. Bawa kapal terbang bosan even duit berkepuk masuk. That's not my passion." Isaac silangkan tangannya pada dada. Dia renung wajah Daniel.

"Eh straight to the point please."

"Aku tak suka tengok Sarah dan Ziyad bahagia." Ujar Daniel mengundang tawa Isaac. Daniel selukkan tangannya ke dalam kocek seluar.

"Jadi? Masalah diaorang ke masalah kau? Ke masalah aku? Hm? Masalah kau, kan? Kau nak suka ke tak suka ke, itu masalah kau. Diaorang dah kahwin, dah bahagia. Kau tu masih stuck dengan masa silam." Isaac pandang wajah Daniel.

"Jangan sibuk kejar masa silam sebab masa silam tak akan sama dengan masa yang akan datang. Move on. Learn how to move on."

***

"ASSALAMUALAIKUM abang! Good morning!" Ziyad toleh ke belakang apabila dia mendengar suara itu. Terus senyum lebar dia melihat Sarah sedang berlari anak mendekati dirinya. Ziyad terus dakap tubuh Sarah lalu kucupan dilabuhkan pada ubun-ubun si isteri.

"Waalaikumsalam sayang and good morning too. Sarah ke mana tadi? Abang bangun solat subuh, Sarah dah tak ada sebelah abang." Sarah dongakkan kepalanya melihat Ziyad.

"Hee Sarah kemas ruang tamu abang. Abang lupa semalam apa yang jadi? Hm?" Sarah cekak pinggangnya. Ziyad ketawa lalu dia cuit hidung Sarah. Acah nak jadi garang, kecil cenonet.

"Alah kacang ketot abang ni, nak marah-marah pula. Sarah yang mulakan peperangan kusyen dan bantal sofa. Abang mana boleh kalah." Ujar Ziyad lalu dia rapikan rambutnya bagi kemas.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now