Chapter -52

10.3K 1K 35
                                    

MASING-masing pilih untuk mendiamkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MASING-masing pilih untuk mendiamkan diri. Namun, tautan tangan mereka tidak dilepaskan. Sarah pandang Ziyad sekejap sebelum dia kembali menundukkan wajahnya. Dia pula naik malu.

Melihat tudung Sarah yang berada di atas lantai, mereka sama-sama tergelak. "Kau brutal gila." Ujar Ziyad secara tiba-tiba. Sarah pukul lengan Ziyad kerana geram.

"You yang cabut semua pin tudung I." Ziyad ketawa lalu dia mengucup Sarah. "Nice lips. Manis, ranum, silky and... delicious." Ibu jari Ziyad mengusap bibir Sarah.

"I... I nak..." Sarah terus gementar apabila dia direnung oleh Ziyad. Terkunci lidahnya hendak berkata-kata. Ziyad senyum sinis.

"Nak abang? Hm?" Jari Ziyad mula hendak melangsaikan butang baju Melayu yang dipakainya. Sarah terus jalan laju dan mendapatkan Ziyad. Digenggam tangan Ziyad lalu dia gelengkan kepalanya.

"Orang masih ada dekat luar. Tak boleh."

"Diaorang faham." Ziyad usap pipi Sarah. "Last offer, nak abang ke tak?" Sarah anggukkan kepalanya. Dia terus angkat jari telunjuknya.

"Malam! Nan—nanti malam. Kita jumpa tetamu kita dulu." Sarah duduk dikerusi yang berhadapan dengan cermin. Dia terus mengambil berus solek.

"Lap dulu mukanya ni baru touch up balik." Ziyad ambil kapas dan juga pencuci solekkan. Disapu lembut pada wajah Sarah.

"Pandai MUA kau, tak pakaikan bulu mata. Make up pun just nice, tak tebal sangat. Boleh bayar lebih dekat dia ni. Dah bayar habis ke little girl?" Sarah gelengkan kepalanya menjawab pertanyaan Ziyad.

"Dia minta duit deposit je dulu. Dia kata bayaran full boleh buat malam or esok nanti."

"Malam kita sibuk. Bayar sekarang." Ziyad keluarkan telefonnya dari dalam kocek baju Melayu lalu diserahkan kepada Sarah.

"Password phone, 2369."

"Buka apps Maybank. Username ziyadhayder, tak ada jarak, semua kecil. Password, Zydadr0707." Sarah terpaku disitu. Mudah betul bagi username dan password bank. Tak takut duit dikebas agaknya.

"Jangan comment pasal balance, terus ke transfer. Bayar 10K."

"You! I mana ingat nombor akaun dia." Mata Sarah tiba-tiba tertancap pada akaun bank Ziyad. Terbeliak besar matanya.

"You main casino ke?!"

"Kenapa?" Berkerut dahi Ziyad.

"Banyaknya duit you! 578,345 ringgit! Apa nak buat duit banyak macam ni?" Soal Sarah. Tak pernah duit berjumlah sebegitu wujud dalam akaun bank dia. Paling banyak pun sepuluh ribu. Itu pun tak berkekalan.

"Bagi kau lah."

"Ish tak reti I nak spend duit banyak-banyak macam ni." Sarah terus ambil telefonnya dari Ziyad. Beberapa minit kemudian, Sarah sengih.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now