Chapter -29

13.3K 1.6K 286
                                    

"Dan untuk itu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dan untuk itu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara."

Ziyad yang sedang melihat telefon itu pantas sahaja menoleh ke arah televisyen. "Perintah kawalan pergerakan?" Gumamnya sendiri.

Dia terus mencapai iPad nya. Dia yakin pasti sudah berpusu mesej masuk dalam group telegram persatuan para juruterbang.

"Keduanya ialah sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakuan kuarantin secara sukarela atau dalam bahasa inggeris nya 'self-quarantine' selama 14 hari."

Ziyad terus membulat mata. Seingat dia, ibu dan ayahnya akan pulang ke tanah air harini. Ketika keluarga Ziyad yang dari Dubai hendak pulang, Tuan Muhammad dan Puan Aisyah juga ikut pulang ke sana.

Adakah ibu bapanya juga perlu menjalankan kuarantin?

Telefon Ziyad berdering nyaring tanda ada orang telefon. Pantas sahaja jejaka itu melihat skrin telefon.

"Hello, kenapa telefon Isaac?"

"Tuan, flight kita esok cancel. Sekatan untuk rakyat Malaysia ke luar negara. Macam mana?" Soal Isaac. Nadanya cemas.

"Buat masa ni, kau stop dulu jadi bodyguard Sarah. Kampus semua kena arah tutup. Kau just duduk rumah dan perhatikan gerak geri Daniel. Kalau kau rasa dia mencurigakan, telefon aku."

"Okay... tuan. Pasal kerja kita as pilot, aku tak sedap hati."

"So do I, Isaac. Doa jelah yang terbaik."

***

Hari pertama PKP, Ziyad terasa bosan yang amat. Tidak boleh keluar. Hanya duduk di dalam rumah. Eryan pula sudah naik bosan.

"Daddy, berapa lama kena PKP ni?" Soal Eryan, polos. Ziyad hanya mengusap ubun-ubun Eryan. "Sekejap je ni, only for two weeks."

"Daddy, Eryan nak facetime dengan mama." Ziyad menjungkit kening. Lah anak aku rindu Sarah ke? Tak pernah-pernah nak facetime dengan Sarah.

Ziyad mengambil iPad miliknya. "Nah, call mama." Ujar Ziyad. Eryan senyum lebar. Cepat sahaja dia mengambil iPad yang dihulurkan oleh ayahnya.

"Yeay!"

Eryan terus menelefon Sarah. Selang beberapa saat, panggilan bersambung. Semakin lebar senyuman Eryan apabila melihat wajah cantik Sarah.

"Hye mama! How are you?"

"I'm fine, Eryan. And you? Daddy mana?" Soal Sarah. Sarah meletakkan pen di atas meja lalu dia terus menumpukan perhatiannya kepada Eryan.

"Ada tu... daddy! Mama cari." Jerit Eryan. Ziyad yang baru sahaja hendak membuka pintu menoleh. "Ouh..." Tutup semula pintu. Kotak rokok di simpan semula ke dalam kocek seluar.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now