Chapter -38

10.4K 1.1K 29
                                    

"I ingat nak

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

"I ingat nak..."

"Sorry lambat." Ada satu suara mencelah dan terus automatik Sarah mengunci mulutnya. Dia mendongak ke atas untuk melihat siapakah gerangan yang berani memotong kata-katanya.

Dia terngadah.

"Daniel..."

"Hello beautiful..."

Sarah memandang Daniel tidak berkelip. How come lelaki yang dia cakap macam mayat hidup dan rambut berkarat boleh berubah sehingga sebegini? Apa yang telah terjadi? Kenapa lain?

"Tutup mulut tu. Jangan terkejut sangat." Tegur Isaac. Dia mengarahkan Daniel untuk duduk disebelah rakannya.

"Daniel." Daniel menghulurkan tangannya kepada rakan Isaac. Dia tampak teragak-agak hendak menyambut huluran tangan Daniel lalu Isaac mengambil tangan dia dan disambut huluran tangan Daniel.

"Nama dia, Markonah. Eh tak, Mark. Bukan Mark Lee ya. Mark..." Isaac pandang wajah rakannya itu. Tiba-tiba dia lupa namanya.

"Yeah, nama aku Mark. Mak aku amik inspirasi nama itu daripada negara Denmark dan dia juga peminat NCT so dia amik nama tu jadikan nama aku." Ujar Mark.

Sarah pandang wajah Mark, "NCT kan group baru." Mark terkebil-kebil.

"Ah mampos la."

Sarah pelik. Kenapa dia rasakan Mark ini macam... aneh? Dan pelik? Dia pandang sebelah, Zayra senyap sahaja daripada tadi.

"Zayra." Sarah memanggil.

"Hm?"

"Apa khabar dengan keluarga kau?" Soal Sarah. Sejak dia 'putus' dengan Ziyad, dia terus mengasingkan diri. Langsung dia tidak bersosial dan hanya fokus pada pembelajaran.

"Diaorang okey. Ouh, diaorang tahu aku keluar dengan kau jadi diaorang kirim salam."

"Macam mana dengan Uncle Muhammad?" Soal Sarah. Sudah lama dia tidak bertanya khabar tentang Tuan Muhammad yang dulu dia pernah anggap seperti ayah ketika dia berhubungan dengan Ziyad.

Adakah dia sudah sembuh dan dapat melawan virus yang menyerang dirinya itu?

"Ouh sorry Sarah, aku lupa nak beritahu kau. Daddy dah meninggal a few month ago." Ujar Zayra. Kedengaran sungguh sedih nada wanita itu. Sarah terkedu seketika sebelum dia bertindak untuk menggenggam tangan Sarah.

"Aku minta maaf Zayra, aku tak tahu."

"It's okay. Silap kami sebab tak bagitahu kau. Masa tu, kami memang berduka cita, sedih dan sebagainya lah bila mummy dengan daddy pergi disebabkan Covid-19 ni." Zayra mengusap bahu Sarah.

Ketiga-tiga jejaka itu memandang ke arah Sarah dan Zayra, "jangan nak buat drama air mata pula dekat sini." Ujar Mark lalu jejaka itu terus fokus pada telefonnya.

Sarah jeling tajam wajah Mark, sibuk je!

***

ZIYAD memandang ke arah Eryan yang sudah tertidur itu. Dia melepaskan keluhan kemudian dia terus keluar daripada bilik. Langkahnya di bawa ke bilik membacanya.

Ziyad HayderΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα