Chapter -6

17.4K 1.7K 231
                                    

"Daddy, malam ni kita nak pergi mana?" Soal Eryan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Daddy, malam ni kita nak pergi mana?" Soal Eryan. Dari petang tadi, ayahnya itu hanya senyap dan tidak menjawab segala pertanyaannya.

"Kita dinner dekat luar malam ni." Jawab Ziyad mendatar. Matanya sedikit pun tidak memandang wajah anaknya itu. "Ada homework?" Eryan menggeleng.

"Takde. Dah siapkan dekat sekolah tadi."

Ziyad mengambil iPad Air yang berada di atas meja itu lalu di beri kepada Eryan. "Go play this, nanti dah sampai waktu nak bersiap. Daddy panggil."

"Okay daddy, thank you. I love you daddy!"

"Love you too son." Ubun-ubun Eryan di kucup. Kemudian, dia kembali memandang skrin iMac di hadapannya itu.

"Buat apa?" Soal Zayra sambil meletakkan secawan kopi panas di atas meja. "Kerja." Jawab Ziyad sepatah.

"Gapo dio tu?"

"Kau tak tau apa-apa. Kau diam." Ujar Ziyad. Bingit pula telinganya mendengar suara adik bongsunya itu. Ketika dia berkerja, dia perlukan ketenangan.

Suasana yang sunyi sepi. Barulah boleh fokus!

iMac di tutup lalu dia memandang Zayra yang statik berdiri di sebelahnya, "kau nak buka syarikat penerbangan sendiri ke Ziyad? Hebatlah!"

"Itu semua perancangan aku je. Kalau tak lepas, aku amik alih je syarikat daddy dan berhenti jadi pilot. Daddy dah makin berumur, kesian pula dia nak ke office je tiap-tiap hari."

"Sedar pun!" Zayra memukul bahu Ziyad membuatkan si abang hanya mampu mengetap bibir menahan marah.

"Nantilah aku fikir balik. Dah blah blah, semak je dekat sini." Halau Ziyad lalu dia bersandar di kerusinya. Zayra mendengus geram.

"Tak elok betul perangai. Aku dah buatkan air, bukannya nak berterima kasih. Dasar."

"Aku tak minta pun. Aku masih ada kudrat nak pergi dapur buat air sendiri." Bidas Ziyad selamba. Zayra menarik nafas dalam. Sabar Zayra sabar.

Sesungguhnya inilah perangai abang kau Zayra. Hadaplah sehingga beliau keluar dari rumah ini setelah dia berjumpa dengan isteri baru.

Ceh. Nak ke dia tu kahwin? Heartless memanjang.

"Dahlah. Bye." Zayra terus keluar dari bilik kerja abangnya itu. Tak payah lama-lama dalam bilik itu, menyakitkan hati je. Abangnya bukannya nak melayan perangai dia.

Baik sibukkan diri. Lagi bagus.

Setibanya Zayra di tingkat bawah, dia spontan menghentikan langkahnya. "Daddy, nak pergi mana ni? Mummy?"

"Nak pergi Dubai."

"Eh tapi malam ni... kita ada dinner sama-sama."

"Ya daddy tau. Daddy dengan mummy gerak lepas makan." Zayra memuncungkan bibirnya. "Nak ikut ke?" Zayra menggeleng.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now