Chapter -43

10.7K 1K 68
                                    

ISAAC diri tegak di sebelah Ziyad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ISAAC diri tegak di sebelah Ziyad. Sambil itu dia melontarkan pandangannya ke arah seorang jururawat yang sedang memeriksa Sarah.

Mata Isaac melihat tag nama yang dipakai oleh jururawat itu. Dia kemudiannya senyum sinis, "hey nurse cantik. Saya rasa saya pun macam sakitlah. Nurse check saya boleh tak? Rasa macam nak pitam lah." Ujar Isaac secara tiba-tiba.

Ziyad terus memandang Isaac yang berada di sebelahnya itu. Budak ni dah gila ke? Desis hatinya.

"Awak sakit apa ya? Kalau rasa nak pengsan, boleh duduk dulu." Ujar jururawat itu.

"Saya sakit mata la Syura." Ujar Isaac. Matanya dikelip-kelipkan banyak kali. Syura terus mendekati Isaac. Dilihat mata Isaac.

"Sakit apa ya?"

"Sakit melihat kecantikkan kamu!" Ziyad raup wajahnya. Apa nasiblah agaknya dapat pembantu macam orang gila. Isaac terus hamburkan gelaknya apabila melihat wajah Syura sudah berubah kemerahan.

"Pipi merah-merah ni, nak cendol ke? Ke nak abang duda kita ni? Ke nak abang single lagikan kacak ni?" Isaac mengusik.

"Isaac, dah lah tu." Tegur Ziyad. Geram pula dia dibuatnya. Boleh pula selamba kenakan anak dara orang. Tak guna betul.

"Apa tuan? Suka hati sayalah. Saya yang nak try dia. Masa tuan nak try Sarah pun dulu tuan buat macam ni juga kan? Shh shh," Isaac menghalau.

Ziyad terus menghela nafasnya dan dia bergerak mendekati Sarah. Malas mahu melayan Isaac.

"Ha Syura, dah buat pilihan nak abang ke nak abang duda tu ke nak cendol?" Soal Isaac dengan senyuman manis. Syura gelengkan kepalanya lalu dia terus keluar.

"Eh! Syura manis lagikan comel! Tunggu abang!" Isaac terus mengejar Syura.

Ziyad lihat perlakuan Isaac itu. Jangan tanya esok lusa ada majlis kenduri tahlil nanti.

Ziyad memandang Sarah yang masih belum sedarkan diri itu. Ingin sahaja dia memegang dan menggenggam tangan Sarah bagi menyalurkan kekuatan tapi dia tahu dia tidak mampu.

"Useless betul aku ni."

***

ZIYAD memandang Eryan yang sedang termenung. Si kecil itu memeluk erat patung beruang yang dibelikan oleh Sarah. Hampir sahaja Eryan tertidur namun dia enggan.

"Hey little lion, are you sleepy?" Soal Ziyad. Dia duduk disebelah anaknya lalu kepala Eryan diusap perlahan. Eryan laju gelengkan kepalanya.

"Tak, Eryan tak mengantuk. Eryan nak tunggu mama." Jawab Eryan. Kemudian, dia menguap lalu air mata dikesat laju.

"Jangan tipu daddy little lion. Let's go home. You need to sleep. Esok sekolah kan?"

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now