Chapter -62

1.9K 155 4
                                    

SETELAH seminggu Isaac tidak sedarkan diri, hari ini Sarah dan Ziyad menerima berita yang mengejutkan buat mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH seminggu Isaac tidak sedarkan diri, hari ini Sarah dan Ziyad menerima berita yang mengejutkan buat mereka. Isaac sudah sedarkan diri dan kini dalam fasa sedang mencari mereka berdua. Terus Sarah dan Ziyad ke hospital untuk mendapatkan Isaac.

Tiba di wad, mereka lihat Isaac sedang menikmati bubur ayam. Isaac angkat kepalanya untuk melihat siapakah yang masuk ke dalam wadnya tanpa mengetuk pintu. Namun apabila melihat wajah Sarah, terus senyum lebar Isaac dibuatnya.

"Hai Sarah... Ziyad..."

"Leganya awak dah sedar, Isaac." Sarah duduk di kerusi bersebelahan katil Isaac. Dia lihat Isaac menolak mangkuk bubur dan dia menumpukan perhatiannya pada Sarah. Sarah melihat wajah Isaac. Kenapa Isaac... nampak pelik?

"Zek? Kau nak beritahu dia sekarang ke?"

"Aku hampir mati hari itu Ziyad. Masa aku dekat atas jalan lagi, baru lepas kena langgar, aku rasa menyesal sebab tak beritahu Sarah lagi apa yang dia perlu tahu. Dia ada hak untuk tahu semuanya. Kita dah tak boleh nak berahsia lagi, Ziyad." Ziyad lihat wajah Isaac kemudian dia anggukkan kepalanya.

Sarah kerutkan dahinya, "bagitahu pasal apa?" soal Sarah.

"Sarah... Sarah tahu siapa ibu kandung Sarah?" soal Isaac. Laju Sarah gelengkan kepalanya. Dia tidak tahu.

"Ibu kandung Sarah... Ibu Rosa."

Sarah terkedu. Dia lihat wajah Isaac sambil terkebil-kebil. "A--apa awak cakap ini, Isaac? Ibu... ibu kandung saya? Tak mungkin... tak mungkin! Ibu isteri baru papa! Papa baru jumpa ibu! Tak, Isaac tak!"

"Bertenang sayang..." Ziyad usap bahu Sarah seolah-olah sedang menenangkan si isteri. Sarah gelengkan kepalanya dan dia lihat Ziyad semula. "Tak abang! Apa yang Isaac cakap ni? Ibu... ibu kandung Sarah? Tak mungkin! Ini semua tipu!"

"Tak tipu, Sarah. Buat apa saya nak tipu awak?" soal Isaac. Sarah laju gelengkan kepalanya. Menidakkan kebenaran bahawa Datin Rosa itu sebenarnya ibu kandung dia sendiri. Jika benar, kenapa baru sekarang diberitahu kebenarannya? Kenapa sekarang? Sarah tidak mampu untuk menerima kebenaran ini.

Lututnya jadi lemah longlai. Segera dia berpaut pada tubuh tegap Ziyad. "Kenapa ni sayang?" soal Ziyad sambil dia memaut erat tubuh isterinya itu.

"Ibu bukan ibu kandung Sarah. Papa cakap... papa ambil I dari keluarga orang..."

"That's a lie—"

"Jangan cakap apa-apa Isaac!" jerit Sarah kuat.

"Sayang... jangan marah Isaac." Ziyad lihat wajah Isaac kemudian dia membawa Sarah keluar dari situ. Isaac melepaskan nafas berat sebelum dia mengambil beg miliknya dan dia mengeluarkan sebuah fail dari dalam beg itu.

Isaac turun dari katil dan terhincut-hincut berjalan keluar. Dia memberikan fail itu kepada Sarah.

"Saya tak nak ambil, Isaac.." Sarah gelengkan kepalanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now