Chapter -4

18K 1.8K 474
                                    

Siap Sarah mengemas bajunya, dia keluar dari bilik sambil mengurut tengkuknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Siap Sarah mengemas bajunya, dia keluar dari bilik sambil mengurut tengkuknya. Lenguh! Pinggangnua juga di urut sedikit.

Hampir satu jam duduk bersila di atas lantai kerana menyusun baju di dalam almari. Manakan tidak lenguh satu badan!

"Pergi makan, aku dah siap masak."

"Ada letak racun tak?"

"Kalau aku masak letak racun, dah lama ayah kau mati." Ujar Datin Rosa pernuh sarkastik. "Makcik siap-siap nak ke mana? Nak ikut!"

"Tak payah nak sibuk. Aku ada kerja. Tunggu ayah kau balik dari kerja." Sarah menjuih bibir, "alaa tak boleh ikut ke...?" Datin Rosa menggeleng.

"Aku pergi kerja, bukannya berfoya-foya." Ujar Datin Rosa. "Tak payah nak mengada." Melihat wajah Sarah yang sudah berubah seperti hendak meraih simpati, segera Datin Rosa berjalan melepasi gadis itu.

"Heh... sombonglah makcik. Nak ikut pun tak boleh."

Datin Rosa berhenti daripada berjalan, dia memandang Sarah yang sudah duduk di meja makan. "Haih walaupun kau tak suka aku, aku tetap akan anggap kau anak aku."

"Wah! Asam Pedas! My Favourite! Makcik! Terima kasih masakkan asam pedas!!" Laung Sarah. Fikirnya, ibu tirinya itu akan menyampah dengan perangai dia.

Biar menyampah, jadi cepat keluar dari rumah ni. Ceh.

***

Ziyad merenung jauh. Gazebo di hadapannya di renung kosong, "Daddy..." Ziyad memandang bawah. "Kenapa keluar ni?" Soal Ziyad. Dia mendukung tubuh anaknya.

"Daddy, bila Eryan boleh pergi school? Bosanlah duduk sini, I don't know what to do. I don't have any task to done." Rungut Eryan sambil dia menggosok mata.

"Next week Eryan boleh pergi sekolah. Sabar okay? Nanti Eryan akan ada kawan baru..."

"Diaorang baik?"

"Of course diaorang baik. Kalau diaorang tak baik, bagitau daddy. Nanti daddy belasah diaorang." Eryan tergelak, "daddy gangster! Nak belasah orang je kerja."

"Biarlah daddy gangster pun. As long as my son tak di buli." Dia mengusap rambut Eryan. "So, daddy wanted to ask you son. Eryan nak duduk berdua dengan daddy atau nak duduk dengan atok dan nenek?"

"Tak tau... Eryan ikut daddy je." Ujar si kecil itu. "Daddy ada rumah sendiri, shall we?"

"Ekhem, Tuan Ziyad... Tuan Eryan. Puan Sri dah siap masak untuk makan petang, dia suruh Tuan Ziyad dan Tuan Eryan masuk ke dalam."

"Alright."

"So Tuan Eryan Hayder, let's go inside."

Ziyad menurunkan tubuh Eryan, "Daddy..."

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now