Chapter -58

6.4K 452 12
                                    

ZIYAD rasakan Sarah hari ini pelik

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

ZIYAD rasakan Sarah hari ini pelik. Wanita itu banyak termenung daripada bercakap dan dia tahu ini bukan diri Sarah. Dia peluk tepi bahu Sarah sambil berbisik.

"Sayang kenapa ni?"

"Kenapa apa?" Soal Sarah tidak mengerti. Ziyad hela nafas berat. Dia kucup dahi Sarah secara tiba-tiba dan telah menyebabkan Sarah terkejut. Pipinya berona merah.

"Sayang kalau ada masalah, cerita dekat abang. Jangan pendam sorang-sorang. Abang suami sayang. Segala masalah sayang, abang kena tahu," ujar Ziyad. Sarah rehatkan kepalanya pada bahu Ziyad.

Sarah genggam tangan Ziyad lalu diusap kekura tangan kekar itu. Sarah kucup tangan itu.

"Sarah minta maaf abang..."

"No need to say sorry. You did nothing wrong to me, butterfly." Ziyad usap rahang Sarah kemudian dia halakan wajah Sarah agar mata cantik isterinya itu melihat dan hanya menatap wajahnya sahaja.

"Just tell me... what happened to you?" Soal Ziyad. Nadanya penuh dengan kerisauan.

"Sarah..." Sarah gigit bibirnya kemudian dia lihat bunga api pada langit.

"Sarah mengandung." Ziyad kerutkan dahinya.

"W—what?" Ziyad tidak percaya dengan berita yang baru sahaja dia dapat tahu. Dia pegang perut Sarah.

"Dan... kes abang dengan Dayana haritu... abang menang." Bertambah terkejut Ziyad dibuatnya. Ya Allah, kebahagiaan apakah ini? Ya Allah, kebaikkan apa yang telah aku lakukan sehinggakan Engkau beri aku nikmat dan rezeki sebesar ini ya Allah?

"Sayang, are you kidding me?" Sarah gelengkan kepalanya. Sarah pegang tangan Ziyad yang melekap pada perutnya.

"In my womb, there's your baby..." Ziyad tersenyum bahagia. Dia dakap tubuh Sarah. Dia kucup pipi Sarah.

"Thank you sayang... this is the greatest gift..."

***

ZIYAD masih lagi belum berkongsi berita gembira itu pada ahli keluarganya. Dia tidak mahu ahli keluarganya tertunggu-tunggu. Biarlah jika sudah tiga atau empat bulan, baru dia beritahu.

Dan mungkin juga ini rezeki anak-anak Ziyad. Hari ini, dia diberitahu oleh peguamnya bahawa rumah yang dia bida kelmarin sudah boleh diambil kuncinya. Ziyad makin tak sabar. Dia mahukan anak dan isterinya gembira dan selesa.

Rumah agam keluarga dia, biarlah menjadi tempat perjumpaan keluarga besar mereka. Dia tidak mahu tinggal di rumah itu dan menjadikan rumah itu hak milik dia. Kerana dia sudah berjanji pada arwah Tuan Muhammad ketika Tuan Muhammad masih lagi hidup.

Dia tidak akan tinggal di rumah itu, selama-lamanya. Biarlah dia berhutang untuk membeli rumah lain, asalkan ahli keluarga tidak bergaduh kerana rumah itu.

Ziyad HayderDove le storie prendono vita. Scoprilo ora