Chapter -48

7.4K 826 26
                                    

SARAH duduk dikerusi yang menghadap cermin meja solek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SARAH duduk dikerusi yang menghadap cermin meja solek. Dia tarik nafas dalam sambil menunggu jurusolek tiba. Dia masih... berseorangan. Dia tidak punya kawan rapat selain Zayra. Hanya dia dan Zayra selamanya, mungkin.

Nafas yang panjang dihela bagi menghilangkan segala debaran. Tadi dia lihat, ramai sudah tetamu hadir. Para lelaki segak berpakaian baju melayu bersongkok manakala para perempuan manis dan ayu berpakaian baju kurung bertudung.

"Sarah?" Sarah toleh ke belakang, terus sahaja dia tersenyum lebar. "Sampai pun kau Zayra! Aku ingat kau lambat lagi nak sampai." Ujar Sarah lalu dia bangun dan mendapatkan Zayra. Mereka berpelukkan sebelum Zayra menutup pintu dan membawa Sarah untuk duduk di sofa bilik.

"Sarah.." Nada dan wajah Zayra serius. Sarah pula naik pelik, "kenapa ni?" Soalnya polos.

"Macam mana nak cakap eh.." Zayra garu kepalanya sebentar, "Ziyad dia dalam proses nak berubat. Ada something wrong with him yang aku dengan Zain detect. Jadi, if dia ada buat apa-apa pada kau lepas kahwin, bagitahu kitaorang cepat-cepat tau. Lantak dia lah nak cakap kau kuat mengadu ke apa."

"Kenapa? Ziyad kenapa?" Sarah genggam tangan Zayra. Zayra gelengkan kepalanya, "bila semua dah selesai, aku dengan Zain akan cerita dari awal sampai akhir. Aku tak nak keruhkan keadaan sekarang jadinya aku dengan Zain akan beritahu bila semuanya dah selesai."

"Ziyad sakit apa?"

***

"PERGH itu dia, duda nak beraksi guys. Lepas kahwin, kau jangan lupa kitaorang pula." Zain tepuk dada Ziyad. Kemudian, jarinya membetulkan pula kerongsang yang terdapat pada baju melayu putih yang dipakai Ziyad.

"Gila, aku bukannya lepas nikah terus ke luar negara. Aku masih dekat sini." Ujar Ziyad lalu dia mengambil stoking dan terus duduk di atas katil.

"Segala urusan kau telah dipermudahkan, Yad. Kau dapat beli rumah, kereta, tanah dan aset untuk Sarah. Aku harap kau dapat layan Sarah dengan baik. Dia dah terlalu banyak disakiti. Bekas kekasih dia tinggalkan dia terkontang-kanting dan trauma terhadap lelaki tapi kau hadir dan berjaya buang rasa trauma dia tu. You're her home, Ziyad. Aku tahu bagi dia, kau adalah segala-galanya. She trust you. Walaupun kau dah pernah lukakan perasaan dia, dia tetap maafkan kau dan setuju nak kahwin dengan kau. Sesetengah perempuan, dia tak akan maafkan kau Yad. Kau dikira beruntung dah. Jadinya, hati dan perasaan Sarah tu jangan dibuat main." Bebel Zain panjang lebar.

"Betul ke dia cintakan aku?" Soal Ziyad dengan wajah yang kosong.

"Of course lah! Soalan kalau boleh bodoh lagi." Zain ambil songkok lalu dipakaikan dikepala Ziyad. Ziyad renung wajah Zain sebelum dia hela nafas berat.

"Aku nampak dia keluar dengan lelaki." Pergerakkan Zain terhenti, "tua ke muda?" Soal Zain ingin tahu. Biasalah, Zain kan busy body.

"Around 40 years old."

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now