Chapter -19

14.4K 1.7K 594
                                    

Hari ini merupakan hari di mana ibu bapa Sarah akan berjumpa dengan ibu bapa Ziyad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini merupakan hari di mana ibu bapa Sarah akan berjumpa dengan ibu bapa Ziyad. Sarah tak tentu arah, argh! Kenapa bersungguh Aunty Aisyah dengan Uncle Muhammad nak jumpa papa dengan ibu?

Dia bukanlah bakal menantu mereka. Kenapa dan kenapa argh! Sarah rungsing. Risau ketika mereka berjumpa, tanpa bertanyakan persetujuan Ziyad dan Sarah.

Tahulah orang-orang tua, bila dah tengok anak tu serasi. Nak aje di kahwinkan. Itu lah yang dirisaukan oleh Sarah sekarang.

"Sarah, dah siap ke belum nak?" Soal Datin Rosa. Dia mengetuk pintu bilik Sarah. "Sekejap ibu! Sarah sekejap lagi siap! Te...tengah nak pakai tudung!" Laung Sarah dari dalam.

Sarah menyembur minyak wangi di pergelangan tangannya lalu dia melihat buat kali terakhir penampilan dirinya melalui pantulan cermin.

Beg tangan di capai lalu dia cepat-cepat keluar dari biliknya. "Dah siap!" Ujarnya sebaik sahaja dia sampai di tingkat bawah. Dato' Hashim melihat penampilan anaknya itu.

Kemudian dia senyum manis. "Cantik anak papa pakai tudung." Pujinya lalu dia mengambil kunci kereta. Sarah sudah tersipu-sipu malu apabila di puji oleh ayahnya.

"Jom Sarah." Ujar Datin Rosa lalu dia menyentuh bahu Sarah. "Ouh ini ke tudung ibu yang Sarah nak pinjam? It looks great on you."

Sarah senyum manis.

***

"Why the hell mummy and daddy ajak family Sarah datang sini? Buatnya nanti diaorang tu nak jodohkan aku dengan Sarah? Oh god." Ziyad rungsing.

Dia tak kisah kalau datang hanya untuk makan malam. Serious dia tidak kisah langsung, tapi kalau melibatkan hal-hal yang serious. Mati sahajalah dia.

"Kau kenapa ni Yad? Bersiaplah bodoh, mak ayah mertua kau nak datang." Selamba sahaja nada Zain. Dia sedang memakai seutas jam di pergelangan tangannya.

Dan tanpa memperdulikan Ziyad, dia terus berdiri di hadapan cermin bilik abang kembarnya. Dia mengambil minyak wangi jenama Jo Malone lalu di sembur di pergelangan tangannya.

"Hm wangi perfume kayangan ni." Zain menilik botol minyak wangi itu lalu diletak semula botol itu. "Apa takut bos, dah berpengalaman ni."

"Diam ci—"

"Aip aip, tak mau carut. Allah marah, bersiap ya my twins. Tak sabar aku nak tengok kau kahwin dengan Sarah, nanti bagi tau aku how's your first night with her. Anak dara tu."

"Kau jangan nak lucah sangat boleh tak? Keluar."

"Eleh, tak sabar cakap. Sepak kau kang, jongang pula. Haih nasib kita share muka, cuma aku hensem sikit dari kau. K bye." Zain terus keluar dari bilik Ziyad.

"Huh tak hensem ni jugalah yang kahwin dulu."

***

Sarah hanya diam sepanjang acara makan malam. Hanya ibu bapa mereka sahaja yang rancak berbual, sesekali Zain atau Ziyad juga akan menyelit di dalam perbualan itu.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now