Chapter -22

13.7K 1.6K 399
                                    

"You nak bawa I pergi mana ni? Dahlah culik I pagi-pagi macamni

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

"You nak bawa I pergi mana ni? Dahlah culik I pagi-pagi macamni." Ziyad hanya diam. Dia masih lagi fokus pada pemanduannya.

"Beli baju... minggu lepas aku takde. Ada flight, minggu ni free sebab dah minta cuti awal-awal. Only for a week, aku kena manfaatkan masa yang ada." Ziyad bersuara setelah lama dia berdiam diri.

"Tapi I nak datang majlis tu dengan papa and ibu." Sarah menjuih bibir. Ziyad tersenyum sinis lalu dia menarik hidung Sarah. Gadis itu mengaduh kerana sakit.

"Sakitlah!" Sarah menggosok hidungnya. "You... you're really not in halal mode Ziyad. You touch me before you pegang tangan tok kadi."

"Jom cari tok kadi, after that aku dah boleh pegang kau. Betul?" Sarah menggigit bibirnya. Malu. Dia pura-pura menggosok hidungnya, konon masih sakit. Walhal tengah menahan malu.

"Hey little girl." Sarah memalingkan wajahnya memandang Ziyad. Kerutan menghiasi dahi gadis itu, "what?" Dia menyoal. Ziyad menghela nafas panjang.

"Baru setengah bulan little girl, kenapa lama sangat?" Sarah faham apa yang dimaksudkan oleh Ziyad. Tempoh masa untuk mereka mengenali hati dan budi bicara masing-masing.

Tak tipu, dia juga turut rasakan perkara yang sama. Lama... sangat-sangat lama! "Kurangkan tempoh tu, can you?"

"Nak kurangkan berapa?"

"Only for a month... So that we have setengah bulan lagi.." Sarah mengemam bibirnya. Dia masih lagi berfikir sama ada mahu setuju atau tidak dengan permintaan Ziyad.

Melihat wajah Ziyad... dia pun tidak tahu apa yang jejaka itu rasakan. Rasa biasa? Macam tak... rasa sedih? Macam tak... rasa mengingingkan sesuatu? Macam ya.

Ziyad memang bersungguh ke mahu Sarah menjadi isterinya? Sarah terus memandang langit dari dalam kereta. Buntu.

"Okay... only for a month."

"Thank you little girl."

***

Sarah mengerutkan dahinya apabila dia melihat Ziyad sibuk memilih baju kurung untuknya, "You..." Panggil Sarah. Ziyad terus menoleh memandang Sarah, keningnya dijungkit.

"What."

"Kenapa warna baby blue? Tema ke?" Ziyad mengangguk. Tanpa menghiraukan Sarah, Ziyad terus sambung memilih. "Tapi, I bukan family you. Kenapa kena ikut sama tema?"

"Memang perlu jadi part of my family dulu ke baru boleh ikut segala arahan aku? Suruh datang majlis akad nikah, cakap bukan ahli keluarga. Suruh pakai baju warna sama, pun cakap bukan ahli keluarga. What's wrong with you?" Sarah berkerut dahi.

Tak, kenapa Ziyad tiba-tiba nak marah ni? Memang betul lah kan dia bukannya ahli keluarga jejaka itu. Lain lah kalau dia isteri Ziyad! Itu lain lah! Ini takde ikatan apa-apa pun!

Ziyad HayderOnde as histórias ganham vida. Descobre agora