Chapter -34

11.8K 1.4K 351
                                    

APRIL 2020

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

APRIL 2020

KOTA sudah tidak lagi sibuk. Cuma ada beberapa buah kereta sahaja yang berada di atas jalan. Mungkin diantara pemilik kereta itu keluar hendak membeli barang basah untuk keperluan harian.

Mungkin ada diantara mereka yang jatuh sakit.

Dan mungkin ada juga mereka yang sedang berada di ambang maut.

Perintah Kawalan Pergerakkan yang berkuatkuasa sejak Mac lalu sedikit sebanyak memberi impak yang mendalam buat Ziyad.

Dia sekarang cuma mengharapkan pada duit simpanannya yang dia sendiri tidak tahu seberapa lama dia mampu bertahan dengan duit sebanyak sejuta itu.

Mungkin bagi mereka, itu sudah cukup. Namun, cukup ke hendak menampung perbelanjaan Ziyad dan Eryan sehingga bila-bila?

Pasti duit itu akan habis jua.

Selesai membuat panggilan bersama dengan seorang peguam ayahnya. Ziyad memutuskan panggilan.

Ziyad juga sudah berfikir masak-masak. Ya, dia rasa ini adalah jalan yang terbaik untuk hubungan dia dan Sarah Sofea.

Dia sudah menetapkan tempat untuk dia dan Sarah berjumpa. Banyak perkara yang dia hendak bincangkan bersama dengan Sarah.

Phone dicampak ke tepi. Dia melepaskan keluhan panjang dan berat. Sungguh, dia rasa terbeban sekarang kerana tidak boleh keluar bekerja.

Seketika kemudian, telefonnya berdering nyaring. Sekali lagi. Ziyad mendengus geram. Di capai semula telefonnya lalu ikon hijau digesek dipermukaan skein telefon.

"What's next, Issac?"

"Tuan pun diberhentikan kerja juga.. kan?" Isaac menduga kerana dia juga turut merasakan perkara yang sama. Cuma dia pelik sedikit, dia sedang cuba untuk merayu agar tidak diberhentikan kerja sebagai juruterbang Air Asia.

"So what's the problem? Aku susah sekalipun, aku tak akan minta duit kau."

"Tuan... I'm just asking." Isaac mengeluh. Ziyad mungkin sedang stres sekarang.

"Asking or not, kau kacau privasi aku." Ziyad memutuskan panggilan. Wajahnya diraup kasar lalu dia memejamkan matanya.

***

ZIYAD keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup lalu dia bergerak mendekati Honda City milik Sarah yang diparkir di hadapan keretanya.

"Hey.." Panggilnya. Sarah yang sedang termenung itu memalingkan wajahnya memandang Ziyad, "hey you. Kenapa you nak jumpa I malam-malam macam ni?"

"Ada benda penting aku nak bagitahu." Ujar Ziyad. Dia berdiri tegak di hadapan Sarah. Cahaya lampu jalan menyimbahi mereka berdua dan ianya memudahkan Ziyad untuk menatap wajah Sarah.

Ziyad HayderDove le storie prendono vita. Scoprilo ora