Chapter -40

8.7K 941 26
                                    

SETELAH selesai berbincang, Ziyad memperlawa Sarah untuk sarapan bersama-sama dengan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH selesai berbincang, Ziyad memperlawa Sarah untuk sarapan bersama-sama dengan mereka. Sarah menolak dengan cara lembut namun Eryan pula menyampuk dengan menyokong ayahnya. Kesudahnya, Sarah masih lagi di mansion mewah itu.

Rasa... janggal. Ya, itu yang dirasakan oleh Sarah sekarang. Dia sendiri tidak tahu hendak melakukan apa di dalam rumah itu. Terasa pergerakkan yang terbatas dek kerana dirinya diperhatikan oleh Ziyad.

Sarah jadi tak selesa namun dia diam. Mungkin Ziyad sedang menyusun kata-kata dan hendak menyampaikan sesuatu kepadanya. Husnuzon, Sarah Sofea.

"Can you please leave us?" Soal Ziyad. Zain, Zayra dan Fiqa memandang Ziyad. Zain meletakkan sudu teh ke atas pinggan. Fiqa pula terus berura-ura hendak mengangkat pinggan dia dan suaminya. Zayra pula sudah terdiam di situ sambil dia mensisip teh panas.

"Please?" Apabila si abang sudah merayu, mereka tidak boleh untuk berkata tidak. Zain terus mencuit paha Fiqa; memberi arahan supaya isterinya itu bangun dan meninggalkan meja makan.

Fiqa tak berkata apa malah dia terus bangun dan mengangkat pinggan. Langkah diatur ke dapur dan diikuti dengan Zain dibelakang.

Zayra letakkan cawan miliknya ke atas meja lalu dia mengambil tisu dan mengelap mulutnya. "Zayra, bawa Eryan sekali."

"Baik."

Sarah terus telan liurnya. Kenapa semua nak tinggalkan dia dan Ziyad berdua di situ? Ziyad nak buat apa dekat dia? Tidak mahu perkara yang bukan-bukan berlaku, Sarah terus mengambil pendekatan untuk bangun dan mengikut Zayra.

"Sarah Sofea Hashim Binti Abdullah, sit." Pergerakkan Sarah terhenti. Dengan isyarat mata sahaja Ziyad mengarahkannya untuk duduk semula.

"You nak buat apa dekat I? You jangan macam-macam Ziyad." Sarah memberi amaran. Timbul senyum sinis di wajah Ziyad. Jejaka itu bersandar di kerusi sambil dia memandang Sarah dengan pandangan sesuatu.

"Kenapa? Back then when you kissed me, kau tak ada rasa takut ke? Aku lelaki. Ada nafsu yang kau sendiri tak expect Sarah."

Terus membahang wajah Sarah. Ingin sahaja dia rendam mukanya ke dalam mushroom soup yang Zayra masak tadi. Dia terus tundukkan wajahnya.

"Aku tengok kau kerap sangat keluar. Sometimes kau keluar rumah tanpa pengetahuan your papa. Patut ke perangai macam tu?" Soal Ziyad.

"Macam mana you—"

"Jangan tanya aku macam mana aku boleh tahu, Sarah. Jawab soalan aku. Sejak kebelakangan ni, kau keluar rumah tanpa pengetahuan papa kau. Kenapa? Kenapa tak beritahu dia yang kau nak keluar? Kenapa suka buat dia risau?" Ziyad jungkit keningnya.

Sarah gigit bibirnya. Tidak berani hendak melawan tatapan Ziyad. Dia tahu dia salah. Tapi... bagaimana Ziyad boleh tahu kesalahannya itu? Adakah Dato' Hashim yang memberitahu Ziyad tentang perkara itu semua? Mungkin.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now