Chapter -56

4.7K 406 8
                                    

BEBERAPA bulan sudah berlalu, kini tiba masanya untuk mereka menyambut Syawal yang mulia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEBERAPA bulan sudah berlalu, kini tiba masanya untuk mereka menyambut Syawal yang mulia. Ziyad dan Sarah masing-masing bangun awal bagi membuat persediaan untuk menyambut hari raya bersama-sama. Kali ini, Sarah tidak beraya di rumah ibu bapa dia. Mujur Dato' Hashim dan Datin Rosa faham dengan situasi Sarah. Sarah pasti perlu memperkenalkan diri dia pada ahli keluarga Ziyad yang pulang ke Malaysia untuk menyambut raya bersama-sama.

"Abang, rendang okey?" Soal Sarah. Dia tercungap-cungap mencari nafas sambil dia mengesat peluhnya. Ziyad anggukkan kepalanya. Dia dekati Sarah kemudian diusap wajah isterinya itu.

"Isteri abang okey ke tak ni? Rehat dululah sayang. Abang boleh buat ni. Tinggal kari ayam je kan?" Sarah anggukkan kepalanya kemudian dia pegang tangan Ziyad.

"Sarah dah janji dengan abang nak masak sama-sama. Mana boleh tinggalkan abang," ujar Sarah kemudian dia kembali sambung memotong ayam.

"Awalnya korang! Baru pukul 4 pagi kot!" Sarah dan Ziyad sama-sama menoleh. Zain dan Fiqa sedang jalan bersama-sama menuju ke dapur.

"Lepas tahajud terus turun. Kau asal lambat?" Soal Ziyad. Zain ketawa kemudian dia gosok belakang kepalanya. Fiqa jeling tajam wajah Zain kemudian dia terus mendapatkan Sarah.

"Jom kita buat sama-sama," ujar Fiqa lalu dia mengambil pisau dan menolong Sarah untuk memotong ayam. Zain dan Ziyad berpandangan sesama sendiri.

"Asal? Sengih-sengih.."

"Alah Ziyad.. janganlah tanya.." Zain larikan jarinya pada lengan Ziyad sambil tergelek-gelek perlahan. Ziyad hela nafas kasar. Faham! Sangat faham!

"Fiqa, Fiqa dengan Zain pergi settlekan kuah kacang dengan lodeh. Saya dekat sini dengan Sarah settlekan ayam," arah Ziyad. Fiqa anggukkan kepalanya kemudian dia letak pisau dan mencuci tangannya. Fiqa menarik Zain ke luar rumah. Mereka akan memasak kuah kacang dan lodeh di luar. Baru best!

"Sayang... pergilah rehat, hm?" Ziyad usap bahu Sarah. Sarah gelengkan kepalanya.

"Tak nak. Nak dengan abang," ujar Sarah mengundang tawa kecil Ziyad. Dikucup pipi Sarah.

"Comel mama. I love you mama," ucap Ziyad. Memerah terus pipi Sarah. Langsung tidak mahu memandang wajah Ziyad oleh kerana malu dan... rasa disayangi.

"Love you too daddy." Ziyad senyum lebar. Yes! Mama is mine! Tak sabar nak bagitahu Eryan bila si kecil itu sudah bangun! Muahahaha!

***

DANIEL ketap kuat giginya. Panas hatinya melihat Sarah dan Ziyad tampak sungguh bahagia. Dia masih lagi menderita, kakak dia masih lagi menderita! Kenapa Sarah dan Ziyad sudah bahagia?

Kenapa dunia ini tidak adil?

Daniel lihat kakaknya. Dayana hampir gila. Wanita itu daripada pagi sehingga ke malam, hanya duduk di atas sofa sambil membelai rambutnya dan ketawa kecil seketika.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now