Chapter -27

14.2K 1.9K 483
                                    

"Kita buat apa dekat sini Ziyad?" Soal Sarah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kita buat apa dekat sini Ziyad?" Soal Sarah. Dia melihat bangunan yang tidak berapa tinggi dan tak berapa rendah itu.

Tertera tulisan 'Rumah Anak-Anak Yatim'. Apa Ziyad nak buat datang ke sini? Di belakang pula, terdapat banyak makanan yang dibeli oleh Ziyad.

Hampir dua ribu ringgit jejaka itu habiskan, hanya untuk makanan dan juga dessert. Ziyad nak sedekah makanan ke? Rasanya ya lah... nak sedekah makanan.

"Visit our kids."

"Our?" Ziyad menarik handbrake. Dia memandang Sarah, "after we get married, kalau aku terlampau sibuk dengan kerja dan kau takde benda nak buat, datang sini. Get it? Bawa makanan, dekat sini pun ada anak-anak kita."

Ziyad keluar dari perut kereta. "Help me.." Ujar Ziyad Dia membuka pintu bahagian belakang. "Sayang, tercegat apa lagi tu? Sini tolong abang bawa makanan ni."

Mereka sama-sama masuk ke dalam rumah anak yatim itu. Masuk sahaja, ramai kanak-kanak sudah mengejar Ziyad. "Hye abi!"

"Assalamualaikum anak-anak abi, sihat?" Ziyad tersenyum lebar. "Sihat abi! Abi sihat tak? Abi! Ni siapa abi?" Soal seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun itu.

"Ini umi Sarah.."

"Wah! Kita dah ada umi lah!" Mereka menepuk tangan. Tanda teruja. Ziyad meletakkan makanan tersebut di atas meja.

"Amik tu, sorang satu. Abang Hilman mana?"

"Assalamualaikum abi.." Tegur seorang remaja lelaki berusia 16 tahun itu. Dia bersalaman dengan Ziyad, "lama abi tak datang... sibuk ya?"

"Ya Hilman... abi sibuk sikit. Tambah pula ayah Zain baru je kahwin semalam kan, jadi abi memang sibuk. Uruskan dia, tetamu semua." Hilman mengangguk.

"Assalamualaikum umi.." Ujar Hilman kepada Sarah. Sarah terkejut apabila di panggil dengan panggilan umi. Dia melihat Hilman, hm muda-muda dah hensem.

Bila dah dewasa, mesti jadi pujaan ramai!

"Tolong adik-adik tu, agihkan pada diaorang makanan tu semua."

"Eryan tak ikut abi?" Ziyad menggeleng. "Ayah Zain pinjam Eryan, dia nak bawa pergi mana entah dengan Ibu Fiqa.. makanlah eh. Abi nak jumpa Mak Nah."

Ziyad menarik lengan baju Sarah lalu mereka terus mencari kelibat seseorang, "diaorang memang panggil you abi ke Ziyad?" Ziyad mengangguk.

"Anak yatim dekat sini tak ramai, dalam 20 orang je. Yang dah besar cuma Hilman yang tadi tu. Nazrin dengan Ukasyah. Yang perempuan, Fatihah dengan Hidayah. Yang lain semua masih kecik-kecik."

"Kesiannya... diaorang kecik-kecik dah takde mak ayah." Sarah sedih. Melihat wajah kanak-kanak tadi, dia rasa sebak. Meskipun mereka diuji dengan kehilangan ibu bapa kandung mereka, mereka masih mampu untuk tersenyum.

"Nasib you sudi jadi abi diaorang... diaorang tumpang kasih sayang ayah dari you dengan Zain."

"And diaorang tumpang kasih sayang ibu dari kau, Umi Sarah."

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now