Chapter -3

17.7K 1.7K 176
                                    

"Kau buta ke?" Soal Ziyad dingin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau buta ke?" Soal Ziyad dingin. Cermin mata hitamnnya yang sudah terjatuh di ambil, "pergilah!"

Terjungkit bahu Sarah dek kerana jerkahan Ziyad, "I minta maaf encik. I tak sengaja."

"Maaf.. maaf. Itu je yang kau tahu?"

Sarah mendengus geram, "habistu? I tahu I salah dan I minta maaf dekat encik. Lepastu encik nak marah-marah I. Encik siapa nak marah I?! Encik bukannya mama atau papa I! Encik takde hak nak marah I!"

"Pergilah perempuan." Ujar Ziyad lalu dia terus berjalan keluar dari airport itu. Sarah menghentakkan kakinya, "ish! Sombong!"

"Kenapa Sarah?"

"Tu tengok lah jantan kerek tu! Berlagak! Dia belum kenal lagi siapa aku!" Sarah menunding jari ke arah seorang lelaki yang sudah berjalan jauh dari mereka.

"Eh? Abang Ziyad?"

"Kau kenal dia?" Zayra mengangguk, "kenal lah babe! Dia abang aku!"

"What?! Ouh no! Tak mungkin dia abang kau! Sombong you know? Sombong! Benci aku."

Ting!

My Precious Brother

kau dkt mana? aku dah sampai.

Me

dah smpi.aku tunggu luar.. kau dkt mana?

"Kurang ajar betul! Dia seen je aku?! Ouh tidak! Kurang ajar punya abang!" Zayra mendengus geram. Kalau tidak mengenangkan si Ziyad itu abang, yang sudah menjaganya sejak kecil.

Lama dah mamat tu dia humban dalam tanah! Sombong. Ego.

"Jom babe... kita keluar. Abang aku tunggu luar."

"Takpelah, aku naik grab je. Sakit hati aku dengan abang kau tu." Dia menolak troli yang penuh dengan bagasi miliknya.

Sampai di luar, dia memandang sekeliling. "Aku belum tempah dah nak naik. Bengong." Dia mengeluarkan telefonnya. Aplikasi grab di buka.

"Hey!" Dia menjerit kuat apabila secara tiba-tiba telefonnya di rampas, "you! Apa lagi you nak?! Ha?! Amik telefon I pula! Bak sini!"

Anak mata Sarah tepat memandang ke arah anak mata biru kehijauan milik Ziyad, "masuk kereta sekarang." Arah lelaki itu dingin.

"TAK NAK!"

"Masuk!" Lelaki itu menjerkah. Sarah mengetap bibirnya, "I cakap tak nak, tak nak lah! You ni memang tak faham bahasa kan?! You dah gila ke?! I tak kenal you!"

"Adik aku kenal kau."

"Yes! But not you! I don't trust any guy anymore! So leave me alone mister!" Telefon miliknya di rampas kasar dari genggaman lelaki itu.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now