Chapter -32

10.9K 1.3K 70
                                    

SEBELUM subuh lagi, Ziyad sudah mencuri-curi keluar dan pulang ke mansion mewah milik keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBELUM subuh lagi, Ziyad sudah mencuri-curi keluar dan pulang ke mansion mewah milik keluarganya. Sepanjang dia memandu di atas jalan raya, dia hanya diam dan membiarkan radio memecahkan kesunyian yang tercetus.

Setibanya di mansion mewah itu, kereta di parking betul-betul di hadapan pintu rumah. Keluar sahaja dari perut kereta, Zain sudah menyambut ketibaannya.

"Yad..." Ucap jejaka itu. Ziyad hanya memberi respon dengan mengangguk sebelum dia membuka pintu di bahagian penumpang.

Tubuh Eryan dicempung lalu dia menutup pintu kereta dengan menggunakan kaki. Dia mula mengatur langkahnya untuk masuk ke dalam rumah.

"Zayra mana?" Itu soalan yang pertama keluar dari mulut Ziyad. Zain pandang ke arah tangga, "sejak semalam dia berkurung dalam bilik dia, Yad. Fiqa adalah juga panggil dia suruh makan but dia diam. Tak beri respon. Pintu dikunci. Aku tak mahu ganggu dia jadi aku pun biar jelah sampai dia sendiri yang amik keputusan untuk keluar dari bilik."

"Good." Itu balas Ziyad. Dia menyerahkan Eryan kepada Zain, "bawa dia masuk bilik. Aku uruskan Zayra. Give me ten minutes." Dan terus Ziyad memanjat anak tangga.

Ziyad berdiri di hadapan muka pintu bilik Zayra. Dia mengetuk pintu bilik itu sambil dia memanggil nama adiknya itu.

"Zayra.."

Tiada respon.

Kali kedua ketukkan. Masih sama, tiada respon dari Zayra. Ziyad bertindak untuk memulas tombol pintu tetapi berkunci dari dalam.

"Tuan Zayra Hayder... ini aku, abang kesayangan kau, Tuan Ziyad Hayder." Ujar Ziyad. Dia menyelukkan tangannya ke dalam saku seluar yang dipakainya.

"Aku faham kau sedih sebab mummy dah pergi tinggalkan kita adik beradik. Tapi ini semua takdir Allah, Zayra. Kita tak minta pun untuk mummy pergi tapi Allah lebih sayangkan mummy."

"Hey..." Ziyad memanggil lagi. "Aku tahu kau lapar dalam tu, Zayra. Aku kenal adik aku macam mana. Dia tak boleh berpisah dengan makanan walaupun sesaat. Let's have a breakfast, with me."

Klak.

Jelas terpampang wajah Zayra sebaik sahaja gadis itu menguak pintu biliknya. Matanya sembab dek kerana semalaman dia menangis.

Ziyad mendekati Zayra lalu rambut Zayra yang terjuntai sehingga menutup wajah Zayra diselitkan di telinga, "dah mandi?" Zayra menggelengkan kepalanya.

"Go and take a bath first. Baru badan kau segar. Aku tunggu kau dekat sini. Go." Arah Ziyad lalu dia menggosok kepala Zayra.

Apabila melihat Zayra sudah mencapai tuala, Ziyad terus memalingkan tubuhnya menghadap ke tempat lain.

***

ZIYAD meletakkan cawan ke atas meja lalu wajah insan-insan yang berada di meja makan itu dipandang satu persatu.

"Zain, any news about daddy?" Zain menggeleng tanda tiada apa-apa khabar berita daripada pihak hospital berkaitan dengan Tuan Muhammad.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now