Chapter -47

7.2K 887 51
                                    

"PUKU PUKU PAW PAW!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"PUKU PUKU PAW PAW!"

"Salah salah." Zain tahan Isaac yang sedang rancak memukul tupperware. Konon dibuat gendang sambil dia hendak mendendangkan lagu perkahwinan.

"Tu opening lagu Kick It NCT 127 ya dik, awas kau. Macam gini lagu pengantin." Zain berdehem sekejap. Dia rampas mangkuk tupperware ungu itu. Zain terus duduk berhadapan dengan Isaac.

"Saksikanlah... lagu ini... ku dendang— aduh! Aduh!"

"Yang kau pergi amik tupperware aku dah kenapa?!" Jerkah Fiqa. Kecil besar sahaja dia lihat suaminya yang sedang memegang tupperware ungu miliknya itu.

"Sayang! Sakitlah! Jangan tarik telinga abang!"

"Ah takde kau! Yang kau pergi gatal sangat amik tupperware aku dah kenapa?! Takde mainan lain ke?!" Isaac yang melihat adegan itu mengekek ketawa. Aku yang buat, kau yang kena. Kasihan..

"Weyh, Isaac lah amik! Bukan abang! Isaac!" Zain tunding jarinya ke arah Isaac yang sedang ketawa itu. Serta merta tawa Isaac terhenti.

"Mana ada, Zain yang ambil." Ujar Isaac dengan wajah yang selamba.

"Ouh kau— kau yang amik ni dari bilik stor tupperware bini aku pastu kau nak salahkan aku lah ni?!" Zain terus terkam Isaac. Secara teknikalnya, Zain menindih Isaac.

"Kau!" Rambut Isaac ditarik.

"Memang!" Telinga Isaac pula ditarik.

"Tak guna!" Halkum Isaac dijentik. Terbatuk-batuk jejaka itu sehingga memerah wajahnya.

"Astaghfirullahalazim! Uncle Zain dengan Uncle Isaac buat apa ni?!" Dua jejaka yang sedang bertinju itu menoleh. Eryan sedang berdiri sambil melihat mereka. Budak kecil itu kelihatan sungguh tergamam.

"Kau tengok ni Yan, Uncle Zain kau nak noda uncle!" Serkap jarang Isaac. Zain pandang wajah Isaac, "apa benda kau ni? Tak ada masalah aku nak noda kau!" Zain terus bangun dan tinggalkan Isaac yang masih menggelupur di atas lantai itu.

"Eryan dari mana?" Soal Zain sambil dia mengiring Eryan sehingga ke sofa ruang tamu. Eryan hela nafasnya lalu dia letakkan beg kertas di atas meja.

"Shopping dengan daddy." Jawab Eryan.

"Daddy mana?"

"Tu." Eryan tunjuk ke arah pintu. Ziyad sedang gigih membawa semua beg kertas dan juga kotak kasut milik Eryan. Penuh tangan jejaka itu!

"Yan, barang kau ke semua tu?"

Eryan tanpa rasa ragu-ragu mengangguk, "haah."

"Botak kepala bapak kau budak."

***

Dato' Hashim melihat Sarah yang sedang termenung di tepi kolam itu. Dia lihat ke kiri dan ke kanan lalu dia terus mendekati anak gadisnya itu.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now