Chapter -55

6.9K 561 19
                                    

"BAIK-baik sekolah

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

"BAIK-baik sekolah. Jangan buli anak orang." Pesan Ziyad. Rambut anaknya dikemaskan kemudian Ziyad kucup dahi Eryan. Sudah lama dia tidak menghantar Eryan ke sekolah oleh kerana PKP, kesihatan mentalnya dan juga kesibukan kerja.

"Daddy ingat Eryan budak jahat ke?"

"Who knows? Eryan anak daddy. Perhaps perangai daddy turun pada Eryan. Daddy dulu pernah buli anak orang sampai dia nak pindah sekolah. Daddy tak nak benda tu anak daddy buat. Biar daddy je nakal, jangan anak daddy." Ujar Ziyad.

"Yalah." Eryan cuma mengangguk faham. Selesai dia kucup tangan ayahnya, dia dekati Sarah pula. Sarah bertinggung dihadapan Eryan lalu pipi Eryan dikucup.

"Belajar elok-elok anak mama." Eryan senyum lebar. Didakap tubuh Sarah erat.

"Bye mama. Nanti balik pun, mama ambil Eryan juga tau. Eryan nak tunjuk bukti yang Eryan sebenarnya ada mama. Kawan-kawan Eryan semua cakap Eryan anak angkat daddy sebab diaorang tak pernah nampak mama Eryan. Now, I have you. Please hari-hari ambil Eryan daripada sekolah tau." Pinta Eryan. Sarah cuma angguk setuju. Memandangkan jadual dia sendiri tidak padat dengan kes-kes berat, boleh kot ambil Eryan.

Dan juga, Ziyad tidak benarkan dia untuk menjadi peguam orang lain. Ziyad menjadikan Sarah sebagai hak mutlaknya. Ini bermakna, Sarah yang akan menjadi peguam Ziyad. Tidak kira apa-apa kes Ziyad yang berkaitan dengan mahkamah, Sarahlah yang menjadi peguamnya.

Ini kes cemburu ke apa?

Sarah dan Ziyad sama-sama melihat Eryan yang sedang melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah. Ziyad pegang tangan Sarah lalu ditarik isterinya sehingga mereka tiba di hadapan kereta.

"Sayang." Panggil Ziyad setelah dia mula memandu. Hari ini, Ziyad ambil cuti kerana dia hendak meluangkan masa bersama insan tercinta. Sudah lama dia tidak melakukan sebegini rupa.

"Ya?"

"Dating jom harini."

"Dating?" Ziyad anggukkan kepalanya.

"Yup, dating. Macam budak-budak muda selalu buat tu."

"Tapi abang dah tua."

Ada yang retak tapi bukan kaca. Ada yang pecah tapi bukan pasu. Ziyad senyum hambar. Sampai hati Sarah kata abang tua?

"Alah, lagi tiga tahun abang baru nak masuk 40 series. Now, I'm still in 30 series. Muda lagilah sayang. Ni kalau nak plan anak sepuluh pun boleh lagi. Abang still mampu." Ujar Ziyad. Sarah cubit lengan Ziyad geram. Boleh fikir jauh macam tu sekali?!

"Abang ingat Sarah kilang beranak ke?"

"Memanglah bukan kilang beranak sebab sayang isteri abang."

***

DESTINASI pertama mereka, sebuah perpustakaan privasi. Ramai juga pengunjung yang datang. Mungkin mereka merupakan insan-insan yang telah dibenarkan oleh pemilik perpustakaan itu untuk keluar masuk. Barangkali mereka mempunyai kad untuk mengakses masuk.

Ziyad HayderDove le storie prendono vita. Scoprilo ora