Chapter -8

14.7K 1.5K 265
                                    

"Abang kau duda? Serious?" Zayra mengangguk sambil dia menyedut Caramel Macchiato yang di beli oleh Sarah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang kau duda? Serious?" Zayra mengangguk sambil dia menyedut Caramel Macchiato yang di beli oleh Sarah. Dia meletakkan cawan itu di atas meja.

"Duda... hot kan? Hm..."

"Takde mananya. Hot hot, geli aku. Perangai dahlah nauzubillah. Minta jauhlah bakal suami aku kalau perangai macamtu." Zayra menepuk bahu Sarah.

Amboi-amboi. Cakap jangan besar sangat nah, "jangan cakap macam tu weyh. Kang nanti abang aku jodoh kau, memang aku gelak je tak berhenti."

"Eee tak hingin aku." Sarah meletakkan kepalanya di atas meja. Ngantuk pula walaupun tadi sudah minum Ice Americano.

"Kau lama lagi kan nak keluar? Ha tulah... tengok macam aku. Lepas degree terus jadi peguam. Kau siap nak sambung master apa semua. Kan dah lambat."

"Eh kau ni. At least aku lagi tua dari kau."

"Tua berapa tahun je. Chill lu sis. By the way, sedap cheesecake kau ni." Sempat Sarah memuji air tangan Zayra. Zayra tersenyum bangga, well see my hand lah.

"Aunty!" Dua wanita itu menoleh apabila terdengar suara budak kecil menjerit dari tingkat atas. "Ha tu, anak buah aku dah siap class. Nak jumpa dia?"

"Nak!" Pantas sahaja Sarah meletakkan sudu di atas pinggan. Telefon yang tersadai di atas meja di ambil lalu dia membuntuti langkah Zayra.

Sampai di tingkat dua, Sarah terlopong melihat seorang anak kecil umur dalam lingkungan 7 tahun itu sedang tegak berdiri sambil mencerlung tajam matanya memandang ke arah mereka.

"Kenapa aunty lambat?" Soalnya. Nada tidak berpuas hati. Sarah pula sudah menahan dirinya dari terus jerit. Aaa comel!

Kalau kecik-kecik dulu, mesti lagi comel! Dah besar makin hensem!

"Eryan, pergi salam aunty Sarah." Ujar Zayra sambil dia mengusap kepala Eryan. Anak matanya yang berwarna biru kehijauan itu memandang wajah Sarah dengan tatapan yang kosong dan polos.

Tangan dihulurkan, "Hai aunty..." Ucapnya. Tak berhenti matanya menatap wajah cantik seorang wanita bernama Sarah Sofea itu.

"Aunty..."

"Iya?" Jawab Sarah sambil berkerut dahi. Tanpa apa-apa, Eryan terus menarik Sarah supaya duduk di sofa yang tersedia di situ.

Dia melabuhkan kepalanya di atas riba Sarah. "Aunty single?" Soalan daripada Eryan mengundang tawa dari Zayra.

Sarah pula sudah memerah wajahnya, aduh ini anak! Mengapa tanya soalan sebegitu?! Sudah semestinya Sarah Sofea ini single!

"Kenapa tanya macam tu sayang?" Soal Sarah sambil mengusap kepala Eryan. Eryan termenung sekejap lalu dia memandang wajah Sarah.

"Boleh aunty jadi mummy Eryan?"

Keadaan senyap.

***

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now