Chapter -61

4.8K 323 11
                                    

ISAAC memimpin tangan Eryan sambil dia melintasi jalan hendak ke kedai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ISAAC memimpin tangan Eryan sambil dia melintasi jalan hendak ke kedai. Isaac berjalan laju dan Eryan juga sama. Namun, mereka mendengar orang-orang menjerit. Apabila Isaac menoleh ke sebelah, ada sebuah kereta laju menerpa ke arah mereka.

"Eryan!" Isaac terus tarik tubuh Eryan dan dipeluk erat. Membiarkan hanya tubuhnya yang terkena hentaman daripada kereta itu. Isaac tercampak jauh namun pelukkan erat pada tubuh Eryan tidak dilepaskan.

Isaac tercampak ke tepi jalan. Kepalanya terhentak pada batu di tepi jalan. "Uncle Zek!" Eryan tidak berlaku apa-apa kecederaan padanya. Dia duduk di sebelah Isaac dan menepuk pipi Isaac.

"Uncle! Bangun! Uncle tak boleh mati! Yan sayang uncle! Uncle! Bangun!" Isaac perlahan-lahan buka matanya dan dia mendesis sakit.

"Telefon uncle... dalam kocek." Eryan seluk tangannya ke dalam kocek seluar Isaac. Dia buka telefon Isaac dan mencari nombor ayahnya. Agak sukar untuk dia menekan pada skrin oleh kerana skrin telefon tersebut sudah pecah.

"Cepat Yan... uncle tak boleh... tahan lama..."

Eryan mendail nombor Ziyad.

"Daddy! Daddy! Uncle Zek kena langgar! Tolong! Kepala Uncle Zek berdarah!" jerit Eryan sebaik sahaja Ziyad menjawab panggilan telefon tersebut. Ziyad sudah terkedu di situ. Jantungnya berdegup dengan sangat laju.

"Eryan... okey?"

"Eryan tak apa-apa! Uncle Zek! Daddy tolong!"

Tubuh Ziyad menggigil. Terus dia bangun dan mencempung tubuh Sarah. Di bawa Sarah ke tempat parking kereta dan dia berikan Sarah kunci kereta.

"Ke hospital. Now." Sarah anggukkan kepalanya dan dia terus masuk ke dalam perut kereta Ziyad dan memandu menuju ke hospital. Sambil Ziyad berlari, dia mendail nombor telefon hospital untuk mendapatkan ambulans.

Apabila dia tiba di tempat kejadian, berderau darah Ziyad. Dia terus lari mendapatkan Isaac. "Isaac! Isaac! You hear me?! God! Please! Isaac, you hear me?!"

Isaac angguk perlahan.

"Cepat... aku tak boleh tahan..."

"Sekejap lagi ambulans sampai." Ziyad toleh kiri dan kanan. Agak sukar untuk dia mencari sesuatu untuk menahan pendarahan pada kepala Isaac. Ziyad tidak punya pilihan lain. Dia koyakkan bajunya dan dia mengikat kain pada kepala Isaac.

"Stay with me! Aku nak cari anak aku!"

"Daddy. Eryan dekat sini," ujar Eryan sebaik sahaja dia menepuk bahu Ziyad. Ziyad hela nafas lega dan dia menarik Eryan masuk ke dalam pelukkannya. Kepala Eryan dikucup berkali-kali.

"Allahuakbar..." Jantung Ziyad berdegup kencang. Apabila melihat tubuh Eryan cuma calar sedikit, Ziyad menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya si kecil itu tidak cedera teruk. Namun apabila melihat keadaan Isaac, Ziyad buntu.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now