Chapter -53

7.2K 646 25
                                    

MALAM sudah menjelma, Sarah masuk ke dalam bilik lalu dia terus rebahkan tubuhnya ke atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM sudah menjelma, Sarah masuk ke dalam bilik lalu dia terus rebahkan tubuhnya ke atas katil. Penat sungguh dia hari ini. Melayan tetamu yang hadir bagi meraikan dia dan Ziyad daripada pagi sehingga ke malam!

Terdengar pintu dikuak, Sarah pandang ke arah pintu. Kelihatan Ziyad baru sahaja masuk ke dalam bilik. "Assalamualaikum.." Sapa Ziyad lembut.

"Waalaikumsalam.." Balas Sarah malu-malu. Keadaan menjadi janggal tatkala Ziyad bertindak untuk menutup pintu dan pintu tersebut dikunci.

"Dah mandi?" Soal Ziyad. Sarah gelengkan kepalanya. "Belum, I baru je masuk dan golek-golek atas katil. Penat sangat." Sarah muncungkan bibirnya; konon hendak mengadu pada Ziyad bahawa dia sungguh penat.

"Abang punya beg dekat mana Sarah letak?" Soal Ziyad. Sarah tercengang. A—abang? Seriously?! A—abang?! Abang! Ziyad bahasakan diri dia as abang?!

"Sa—Sarah letak dalam almari." Sarah bangun lalu dia ke almari. Pintu almari dibuka lalu dia keluarkan beg Ziyad. Ziyad senyum lalu dia mengambil beg itu sambil mengucapkan terima kasih.

Ziyad ke katil lalu dia melabuhkan punggungnya ke atas katil. "Sarah, sini sekejap. Duduk sebelah abang." Mahu tak mahu Sarah hanya menurut. Dia duduk disebelah Ziyad namun masih ada jarak yang memisahkan mereka berdua.

"Rapat lagi sini." Arah Ziyad. Sarah bergerak perlahan-lahan merapati Ziyad sehingga lutut mereka berlaga. Tangan Ziyad bergerak hendak mencabut pin pada tudung Sarah.

"You— Abang nak buat apa ni?" Soal Sarah sambil dia menahan tangan Ziyad.

"Bukakan tudung Sarah?"

"Sarah boleh buat abang."

"Apa salahnya kalau abang nak buat?" Ziyad jungkit keningnya. Sarah terus tundukkan wajahnya lalu jari kakinya menguis lantai. Secara tiba-tiba Ziyad mengusap pipi Sarah.

"I always wanted to do like this to you."

"Do... what?"

"Usap pipi Sarah, dengan status kita yang baru. As a husband and a wife." Sarah senyum kecil. Perasan dengan senyuman itu, Ziyad cuit hidung Sarah. Comel pula bini aku ni. Rasa nak peluk tak nak bagi lepas!

"Abang nak mandi." Ziyad bangun lalu dia mengambil tuala.

***

ZIYAD turun ke bawah setelah dia memastikan Sarah selamat di dalam bilik air. Dia mencari kelibat Dato' Hashim namun tiada. Ziyad garu kepalanya. Tak akan nak main terjah je dapur orang?

"Ziyad kenapa?" Soal Datin Rosa. Ziyad toleh ke belakang. Ibu mertuanya itu sedang mengelap meja kecil yang terletak di hadapan televisyen.

"Errr i—ibu aaa Ziyad nak tanya, boleh?"

"Tanya apa nak?"

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now