Chapter -20

14.5K 1.7K 495
                                    

"Ekhem! Assalamualaikum saya JAIS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ekhem! Assalamualaikum saya JAIS. Kenapa awak beromen dekat luar rumah?" Tegur Zain. Dia memeluk tubuh sambil memandang Ziyad dan Sarah.

"Bukan calang-calang orang awak berdua ni. Orang selalu beromen dekat dalam. Awak ni... beromen dekat luar rumah. Yang aneh-aneh aje." Zain menggeleng perlahan.

Dia mendekati Ziyad dan Sarah lalu tubuh Ziyad di tarik menjauhi Sarah. "Kalau ya pun nak commolot, kahwin dulu. Lepastu blah dari rumah yang ramai orang. Pergi cari hotel. Lepastu nak buat apa buatlah. Faham? Ini belum halal bro."

Sarah terus lari masuk ke dalam. Malu mula mengusai diri. Aaa! Ziyad cakap apa tadi? Then let's make it halal? Ziyad nak kahwin dengan dia ke?!

Ouh tidak! Ouh tidak!

Sarah terus mendekati Dato' Hashim dan Datin Rosa. Tangan kedua ibu bapanya di tarik, "ibu... papa... jom balik. Sarah ngantuk."

"Sekejap lagi balik, papa nak bincang sikit dengan Uncle Muhammad ni." Sarah mendengus geram. Bincang apa? Projek juta-juta?

"Papa ni." Sarah menghenyakkan punggungnya di atas sofa. Dia menjuih bibir. "Kau kalau nak tidur, pergilah masuk bilik selalu." Sarah menoleh.

Ziyad memandangnya atau lebih tepat, merenungnya. "Tak nak... I nak tidur dekat rumah papa."

"Macam istilah nak balik lepastu kejut dah tak wujud." Mendatar. Sarah mula protes, eee tak suka! Kenapa kerek semacam jantan ni? Benci tau tak!

"Ke kau nak aku dukung kau? Macam kat hospital tu?"

"Tak nak! I boleh jalan sendiri! Ibu, nanti kejut Sarah." Sarah terus bangun dan menuju ke tingkat dua rumah itu. Ziyad menggeleng perlahan.

"Maaf ya Ziyad, Sarah memang degil sikit."

"It's okay aunty, dah terbiasa dengan perangai Sarah."

***

Zayra meletakkan telekung dan juga sejadah di atas katil Sarah. Segala perlakuannya di lakukan sangat perlahan. Tidak mahu Sarah tersedar.

Jam menunjukkan pukul 5 pagi, lagi 45 minit masuk waktu subuh. Dia terus keluar dari bilik Sarah lalu dia menuju ke biliknya.

Baru sahaja dia hendak menguak pintu biliknya, ada satu tangan menghalang. "Kau nak apa Yad?" Soal Zayra bengang. Aku ni nak masuk bilik nak golek golek atas katil.

"Dia tidur lagi?" Soal jejaka itu. Zayra mengangguk perlahan, "hm... Dia lena sangat tidur. Siapa nak hantar dia balik? Aku takde class. Dia ada."

"Aku hantar dia..." Zayra memandang Ziyad dengan pandangan sesuatu. "Yad, kau dah suka Sarah en?" Sengaja Zayra cuba menebak.

"Jangan nak jump into conclusions sendiri. Salam." Ziyad terus berlalu pergi. Zayra memandang belakang tubuh abangnya itu.

Ziyad HayderWhere stories live. Discover now