BAB 01

3.2K 117 0
                                    

Nazneen Inara. Gadis yang comel tetapi
sayang menjadi mangsa buli geng gegediks.

Pada waktu rehat begini semua pelajar akan ke cafe untuk mengisi perut yang sedang lapar tetapi lain pula dengan Nazneen, gadis itu hanya ke perpustakaan ataupun berada di dalam kelas sahaja.

"Nazneen!" Jerit satu suara dari arah belakang.

Nazneen Inara tidak mempedulikan jeritan di belakangnya. Langkah diteruskan lagi. Sebenarnya dia malas nak layan Lashira dengan geng dia.

Lashira berang apabila melihat Nazneen Inara hanya meneruskan langkah itu berlari anak sehingga berada tepat di depan gadis itu.

"Kau pekak atau apa? Aku panggil kau!" Tengking Lashira di depan Nazneen Inara. Nazneen Inara hanya diam menundukkan kepala.

"Hei!" Tengking Wafa pula sambil menunjal-nunjal dahi Nazneen Inara.

Dahlia Irsa yang melihat Nazneen Inara itu berasa kasihan. Jauh di sudut hati dia, dia sangat menyayangi Nazneen Inara tapi dia, entah la dia susah mahu menolong sepupunya itu. Mulutnya bagaikan berat mahu bersuara.

"Kau ni memang pekak eh? Ouh lupa kau kan bisu." Balas Juliana sinis. Serentak dengan itu tawa Juliana, Wafa dan Lashira kedengaran.

Irsa yang mendengar kata-kata Juliana berusaha menahan rasa dalam hati. Tiba-tiba saja dia terasa marah dengan kata-kata Juliana walhal selama ini okay saja.

"Korang kenapa cakap dekat Nazneen macam tu?" Soal Irsa sedikit kasar. Kecil besar kecil besar saja dia pandang mereka itu. Makin lama, makin naik lemak.

Serentak itu empat pasang mata memandang ke arah Irsa.

"Kau nak lawan aku ke apa?" Tanya Lashira dengan wajah bengis. Matanya tajam memandang Irsa, tetapi Irsa langsung tak menunjukkan riak gerun.

"Kalau ya pun kenapa." Balas Irsa selamba. Pandangan tajam Lashira turut di balas.

Lashira mengerling Juliana dan Wafa. Kedua-duanya mengangguk dan serentak itu berjalan ke arah Nazneen Inara.

Tudung milik Nazneeen Inara di tarik sehingga kepala Nazneen Inara terdongak ke atas.

"Sakitlah!" Bentak Nazneen Inara. Juliana dan Wafa tidak mempedulikan raungan kesakitan Nazneen Inara tetapi sebaliknya berpaling ke arah Lashira dan Irsa yang sedang bertikam lidah itu.

"Kalau kau berani sangat. Sini datang selamatkan sepupu kesayangan kau ni." Perli Wafa selamba.

Irsa sedaya upaya menahan rasa amarahnya. Tangannya di genggam kuat. Cukuplah selama ini dia buat Nazneen Inara macam tu. Sekarang dia sudah tak mahu berkawan dengan Lashira. Dia serik!

Baru sahaja Irsa mahu melangkah ke arah Nazneen Inara, laju sahaja Juliana menolak kuat tubuh Nazneen Inara sehingga gadis terjatuh di atas lantai.

"Auch!" Nazneen Inara mendesis kesakitan perlahan. Nazneen Inara melihat pergelangan tangannya. Ada sedikit kemerahan mungkin kerana jatuh terhempap dengan lantai.

"Korang ni memang dah melampaukan? Korang ingat selama ni aku tak tahu yang korang pura-pura kawan dengan aku?" Luah Irsa dengan nada marah.

Mendengar sahaja kata-kata Irsa membuatkan ketiga manusia itu ketawa kuat. Pandangan pelajar lain di hiraukan apa yang penting mereka puas.

"Baguslah kalau kau dah tahu. Tak susah-susah kitaorang kawan dengan kau lagi." Kata Wafa dengan nada menjengkelkan. Lidah dijelirkan ke arah Irsa tanda mengejek.

Irsa mencebik mendengar balasan Wafa, dia ingat aku nak sangat ke?

"Kau ingat aku nak kawan dengan kau juga? Aku pun terpaksa juga. Tak hingin aku nak kawan dengan manusia angkuh macam korang ni." Sindir Irsa tidak kalah pedasnya.

"Kau..." Baru sahaja Lashira mahu menampar Irsa suara seseorang mula kedengaran.

"Kau memang tak ada kerja lain kan?" Farish Arsyad seorang pengawas yang ditugaskan untuk menjaga Nazneen Inara dari dibuli oleh Lashira, Juliana dan Wafa.

"Bukan urusan kau pun!"

"Urusan Nazneen urusan aku juga! Jadi, sekarang ni kau, kau dan kau pergi bilik disiplin. Now!" Tengking Farish kuat. Jangan sesekali mencabar amarah seorang Farish Arsyad. Nampak saja peramah tapi bila baran dia keluar. Aariz pun tak berani.

Terangkat bahu kelima gadis itu mendengar tengkingan Farish.

"Habis itu Irsa dan Nazneen tak payah pergi pula!" Bantah Juliana marah.

"Kau nak tahu sebab apa? Sebab Nazneen dan Irsa tak buat apa-apa pun dekat korang. Korang je tiba-tiba kacau Inara. Sebab tu aku nak korang pergi bilik disiplin. SE.KA.RANG." Tutur Farish satu persatu.

Juliana, Wafa dan Lashira menghentakkan kaki mereka marah. Badan di palingkan ke kiri lalu langkah di atur untuk ke bilik disiplin.

"Nazneen? Kau okay?" Tanya Farish sedikit risau, apabila melihat Nazneen Inara yang terkial-kial untuk bangun.

"Saya okay. Terima kasih senior." Jawab Nazneen Inara dengan nada biasa. Orang dah tolong, takkan nak sombong pula. Farish menganggukkan kepalanya dan tersenyum nipis.

Bebola mata Farish beralih memandang Irsa pula. Jari ditundingkan ke arah Irsa sebelum berkata.

"Kau, bawa Nazneen ke bilik rawatan." Arah Farish senada.

Irsa tanpa banyak soal membantu Nazneen Inara untuk berdiri. Dia mula berasa bersalah terhadap Nazneen Inara tetapi mahu meminta maaf, suaranya bagaikan tersekat di kerongkong saja.

Di kelas 5 Prinsip Akaun

Rayyan Aariz seorang remaja lelaki yang nakal. Perangai Aariz tidak boleh di jangka. Kadang-kadang baik, nakal dan dingin.

"Kau dari mana?" Soal Aariz setelah Farish masuk ke dalam kelas.

"Aku dari bilik disiplin." Balas Farish malas. Kepala di letakkan di atas meja.

"Mirza mana? Aku tak nampak pun."

"Macam biasalah kawan kau tu. Tak ponteng tak sah."

Tergeleng kepala Farish mendengar balasan Aariz. Macam manalah dia boleh rapat dengan mereka berdua. Seorang ala-ala badboy, seorang lagi kaki ponteng sedangkan dia? Dia pengawas ala-ala alim gitu tapi dia pun bukan baik sangat. Kadang-kadang K.O juga.

Mereka bertiga sudah berkawan sejak berumur 11 tahun. Sejak Mirza dan keluarga dia pindah ke kawasan perumahan yang sama dengan Farish dan Aariz. Rumah mereka tidaklah jauh sangat. Mungkin dalam 100 meter.

Mirza Aiden

Rayyan Aariz

Farish Arsyad

Ketiga lelaki itu hidup mewah dan senang. Anak orang kaya lah katakan, dan sebab itu jugalah sesetengah pelajar sekolah itu akan takut jika mereka mengamuk. Jangan bawa main jika tiga manusia itu bergabung. Silap-silap rumah pun boleh runtuh.

TBC..

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant