Special Chapter 3

821 35 5
                                    

Klak!

Kedengaran pintu bilik rawatan terbuka menyentakkan Aariz yang sedang melamun.

Dia bangun untuk ke arah doktor yang merawat isterinya.

"Macam maan keadaan isteri saya doktor?" Tanya Aariz gelisah. Dadanya bagaikan mahu pecah apabila si kakak ipar memberitahu Nazneen pengsan.

Waktu dia sampai di rumah, si isteri masih lagi berada di dapur kerana Irsa tidak larat nak angkat seorang diri.

Jadi, Aariz membuat keputusan untuk membawa Nazneen ke hospital dan meninggalkan Ryanna kepada Irsa. Biar ibu jagakan Ryanna.

Doktor itu mengukirkan senyuman kecil. Lucu saja melihat si suami bila isterinya jatuh sakit dan pengsan. Sudah biasa dengan situasi ini.

"Encik Aariz jangan risau, isteri encik Aariz tak ada apa-apa yang serius. Dia cuma letih dan stress saja." Jelas doktor itu.

Aariz tersentak mendengar jawapan doktor dihadapannya. Isterinya letih dan stress? Sebab dia ke yang selalu susahkan isterinya?

Rasa bersalah mula bertandang di hati Aariz. Mungkin isterinya sakit gara-gara dia sendiri.

"Dan tahniah encik. Isteri encik hamil 1 bulan. Usia kandungan Puan Nazneen masih lagi diperingkat awal. Jadi, jika Puan Nazneen sentiasa stress dan penat risiko untuk keguguran itu tinggi. Saya sarankan agar encik jangan bagi isteri encik buat kerja yang berat kerana takut akan terjejas dekat bayi yang ada dalam kandungan isteri encik. Kalau isteri encik mual atau pening itu perkara biasa untuk ibu hamil." Sambung Doktor lagi. Kali ini senyuman terukir lebar di wajah Doktor itu.

Perlahan-lahan Aariz mengangkat wajahnya lalu memandang wajah doktor yang sudah berusia antara 40 tahun itu.

"Betul ke doktor?" Soal Aariz dengan mata terkebil-kebil. Dia tidak salah dengar?

"Iya, tahniah sekali lagi encik. Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu. Kalau encik nak lawat isteri encik dipersilakan." Pesan doktor sebelum berlalu pergi.

"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah! Terima kasih atas rezeki mu ini." Ucap Aariz bersama mata berkaca.

Sungguh berita ini merupakan berita paling gembira buatnya. Isterinya hamil 1 bulan tapi dalam masa yang sama dia merasa bersalah kerana dia sama sekali tidak sedar akan perubahan si isteri.

"Sayang, maafkan aku kerana tak sedar. Kalau aku tahu kau hamil, aku takkan buat kau stress." Ujar Aariz menyesal. Dia berasa bersalah dengan Nazneen kerana perbuatannya. Nazneen menjadi penat.

Langkah diaturkan untuk menuju ke bilik yang menempatkan Nazneen.

Tombol pintu di pulas dan kaki mula melangkah masuk. Kerusi yang disediakan menjadi saksi Aariz duduk.

Nazneen tersenyum memandang suaminya. Bibir pucat itu sentiasa mengukirkan senyuman untuk si suami.

"Abang, dalam ni ada anak kita." Ujar Nazneen dengan mata berkaca. Perutnya yang belum menampakkan bentuk disentuh dengan tangan. Tidak dia sangka.

"Ya sayang aku tahu, terima kasih sayang." Aariz memeluk isterinya erat. Tidak sedar air matanya juga turut keluar. Dia berasa sangat gembira.

"Sayang, aku nak minta maaf sebab selalu buat kau penat. Aku tak sedar kau hamil, aku memang suami tak berguna.." Luah Aariz bersama tangisan.

Nazneen melepaskan pelukan. Wajah Aariz ditatap lama. Bibirnya masih lagi mengukirkan senyuman. Kedua-dua tanganya naik menekup wajah si suami.

Air mata Aariz disapu lembut. "Bukan salah abang, saya sendiri pun tak sedar saya hamil. Jadi, ini bukan salah abang. Berhenti salahkan diri sendiri abang."

Sempat kedua kelopak mata suaminya dikucup, sebelum tangan di lepaskan dari wajah Aariz.

"Tapi, aku.."

"Tak ada apalah abang, tugas Inara kan? Biasalah tu kalau awak buat salah sikit. Inara tak salahkan abang. Dah, tak payah ungkit benda dah lepas. Sekarang ni, kita fokus dengan masa hadapan kita je." Balas Nazneen laju.

"Terima kasih sayang,"

"No problem bang." Jawab Nazneen bersama sengihan.

"Abang, Ryanna mana?" Baru Nazneen ingat tentang anak gadisnya itu.

"Baru ingat anak ke apa? Ryanna ada dengan ibu dia dekat rumah. Tadi merengek nak ikut juga tapi setelah kakak ipar pujuk, duduk rumah juga dia. Ryanna tengah tidur, penat menangis agaknya." Jawab Aariz berserta bebelan. Entah sejak bila seorang Aariz reti membebel agaknya.

"Riz, sejak bila awak reti membebel ni?" Tanya Nazneen bersama senyuman kecil. Sekali-sekali panggil Riz hahaha.

"Sejak kau pregnant. Dah jangan panggil aku Riz. Panggil aku abang, sayang." Arah Aariz lembut.

''Saya tahu abang. Alah, sekali sekala nak bermanja dengan abang. Abang tak nak balik office ke?"

"Taknak, aku nak teman isteri aku. Aku risau sayang." Jawab Aariz bersama riak wajah risaunya.

Nazneen tersenyum lagi, suka dengan sikap yang suaminya tunjukkan. Buatkan diri dihargai. Semakin hari semakin sayang dan sedikitpun tidak pernah berubah walaupun sedikit.

"Abang, saya nak tidur sekejap. Tadi doktor ada masukkan ubat. Doktor cakap mungkin kesan ubat ni saya akan mengantuk. Jadi, boleh saya tidur?"

"Mestilah boleh, dah tidur sekarang." Aariz membaringkan isterinya dengan berhati-hati. Selimut ditarik sehingga ke dada.

Aariz mendodoikan Nazneen sehingga perlahan-lahan mata Nazneen terkatup rapat. Tersenyum Aariz melihat isterinya yang sudah lena itu.

"Sleep well sayang," dahi Nazneen dikucup lembut.










Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Ryanna cuteeeee❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ryanna cuteeeee❤

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now