BAB 18

841 58 6
                                    

Aariz berjalan sambil bersiul kecil setelah selesai semua kerjanya di bank.

Aariz yang sedang berjalan itu tersenyum kecil melihat Nazneen yang kebetulan baru sahaja keluar dari bank juga.

Nazneen memerhatikan kiri dan kanannya, setelah memastikan tiada kenderaan lain dia mula melintas jalan. Terbuntang besar mata Aariz apabila melihat kereta yang datang laju dari arah Nazneen.

"NAZNEEN!" Jeritnya kuat, jantungnya bagaikan automatik terhenti apabila melihat Nazneen yang berdiri tegak disitu.

Nazneen yang merasakan dirinya di panggil berpaling dan melihat Aariz yang sedang menunjukkan ke arah kereta yang sedang meluncur laju ke arahnya.

Kaki Nazneen bagaikan terkena gam kerana tidak boleh melangkah. Dia bagaikan patung disitu. Mata ditutup rapat, jika ini takdir dia. Dia redha. Melihat sahaja Nazneen yang bagaikan patung itu membuatkan Aariz berlari laju ke arah Nazneen.

Dengan sepantas kilat Aariz berlari untuk menyelamatkan Nazneen dari dilanggar.

Tangan Nazneen ditarik bersama apabila sampai di sebelah Nazneen.

Buk!

Kedua-duanya jatuh bersama di atas jalan raya. Aariz melihat pemilik kereta itu sudah lari meninggkan mereka. Orang ramai mula berkumpul memandang mereka berdua.

Aariz yakin yang kereta itu sengaja ingin melanggar Nazneen kerana Aariz dapat lihat dengan jelas bahawa semasa Nazneen ingin melintas tadi sudah tidak ada kereta yang lalu lalang.

"Kau okay tak ni?" soal Aariz cemas. Hatinya bagaikan berhenti berdegup apabila melihat Nazneen yang hampir di langgar tadi.

"Saya okay, terima kasih awak. Kalau tak ada awak mungkin saya dah mati." Jawab Nazneen sambil menarik nafas lega. Wajahnya kelihatan sedikit pucat. Mana tak pucat, hampir mati tu.

"Apa kau cakap macam tu. Tak payah ucap terima kasih. Dah tugas aku membantu kau." Balas Aariz.

"Aku tengok kau macam tak okay, jom aku hantar kau balik." Tegas Aariz berkata.

"Saya okay..."

"Tak ada okay-okay! Sekarang ni aku akan hantar kau balik. Bahaya untuk kau drive seorang diri." Tegas Aariz dingin. Keselamatan Nazneen lagi penting.

"Kereta saya?"

"Nanti aku suruh Farish hantar dekat rumah kau. Kau jangan risau Nazneen. Kau fikirkan dahulu tentang keselamatan kau." Balas Aariz dengan suara yang di lembutkan sedikit.

Akhirnya Nazneen hanya menganggukkan kepala. Tiada guna melawan Rayyan Aariz, bukan menang dia pun.

♡︎♡︎♡︎♡︎♡︎

"Macam mana boleh terlepas hah?!" Soal Lashira bengang kepada dua orang yang di upah olehnya gagal untuk melanggar Nazneen.

"Ada orang yang selamatkan dia boss. Kalau tak ada orang selamatkan dia mesti dia dah mati tadi." Jawab botak.

"Apa guna aku upah korang kalau benda ni pun korang tak boleh buat hah! Korang berambus sekarang!" Halau Lashira marah. Kedua-dua lelaki upahanya itu segera melangkah keluar meninggalkan Lashira keseorangan di situ.

"Argh! Tak guna! Liat betul nyawa kau perempuan!" Bentak Lashira marah.

"Tapi tak apa, aku masih ada banyak rancangan untuk kau. Jangan risau ya Nazneen." Ujar Lashira lalu ketawa kuat. Dia pasti rancangan terakhirnya akan berjaya.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now