Special Chapter 4

1K 33 0
                                    

Nazneen berjalan masuk ke dalam rumah dipimpin oleh Aariz.

Senyuman terukir dibibir Nazneen saat melihat anak gadisnya bersama dengan Irsa di ruang tamu.

"Mama!" Teruja Ryanna bersuara. Terkedek-kedek Ryanna berlari menuju ke arah Nazneen.

Sampai saja dihadapan Nazneen, tangan di depakan kehadapan, minta supaya di dukung.

Aariz yang melihat menggelengkan kepalanya. "No Ryanna, mama tak boleh dukung Ryanna, dalam perut mama ada adik baby."

Aariz menggerakkan jarinya di hadapan Ryanna. Terkebil-kebil mata bulat Ryanna memandang ke arah perut mamanya.

Irsa pula sudah lesap ke dapur.

"Baby?" blur Ryanna bertanya.

"Iya baby, Rya nak adik tak?" Soal Nazneen bersama senyuman manis. Badan ditundukkan agar menyamai paras ketinggian si anak.

"Nak!" Bersinar-sinar mata Ryanna menjawab pertanyaan mamanya.

"Kalau nak adik, Ryanna jangan la sepahkan rumah lagi, mama tak boleh nak dukung Ryanna dah. Nanti kesian adik baby sakit." Irsa yang tiba-tiba muncul terus menyampuk.

Bibir Ryanna tercebik-cebik ingin menangis saat mendengarkan balasan dari Irsa.

"Huwaaa, mama tak ayang kan Rya lagi!" Tangisan gadis kecil itu terhambur.

Nazneen menjengkilkan matanya kepada Irsa. Geram!

"Apa kau ni, cakap macam tu dekat anak aku," omel Aariz dengan wajah bengang.

Irsa hanya tersenyum kambing, dia tidak kisah. Lagipun bukan anak dia pun! HAHAHA, okay takpa nanti dia ada anak, Nazneen pulak buat macam tu.

Ryanna yang sedang menangis itu Nazneen pandang. Alahai manjanya anak mama, macam mana nak ada adik macam ni.

"Ryanna tak payah dengar apa yang ibu cakap. Ibu mengarut je tu, mama akan tetap sayangkan Ryanna. Ryanna kan anak mama yang comel." Pujuk Nazneen lembut.

Automatik tangisan Ryanna tertentu. "Etul ke ma?"

"Iya,"

Senyuman automatik mengembang di bibir Ryanna saat mendengar balasan mamanya.

"Macam ni lah anak mama." Rambut Ryanna dibelai lembut.

"Sayang, aku bawa Ryanna naik atas dulu ya. Aku rasa dia nak tidur ni. Biar aku tidurkan dia." Ujar Aariz kepada Nazneen.

"Okay bang, Inara duduk bawah ya. Nak temankan Irsa kejap."

Aariz hanya mengangguk. Ryanna di dukung untuk membawa ke tingkat dua.

Nazneen dan Irsa melabuhkan punggung mereka di atas sofa.

Pada mulanya mereka hanya mendiamkan diri, teragak-agak Nazneen mahu bertanyakan sesuatu.

Nazneen berdehem seketika untuk menarik perhatian Irsa.

"Apa kau ni?"

"Aku nak tanya kau sesuatu Irsa." Balas Nazneen bersahaja.

Irsa menjungkitkan keningnya, "apa?"

"Kau masih tak dapat terima diaorang ke?" Tanya Nazneen perlahan.

Pertanyaan dari Nazneen membuatkan Irsa tersentak hebat.

"Aku.." Irsa tidak tahu ingin menjawab apa kerana dia sendiri tidak mempunyai jawapan tentang itu.

"Sampai bila kak?" Apabila Nazneen mula menggunakan kata nama 'kakak' itu bermakna Nazneen sedang serius.

"Entah." Balas Irsa sepatah.

"Kak, jangan menangkan sangat ego tu. Nanti ego tu makan diri sendiri kak. Kau cuba dengar dulu penjelasan diaorang. Kau tak boleh nak persalahkan diaorang seratus peratus Irsa." Pujuk Nazneen kepada Irsa.

"Aku tak tahu Naz."

Nazneen mengeluh perlahan. "Cuba untuk terima diaorang Irsa." Arah Nazneen lembut tetapi sangat tegas di pendengaran Irsa.

"Kau tak tahu apa-apa Naz,"

Nazneen memandang Irsa lama. "Apa yang aku tak tahu? Dari kecil kita membesar sama-sama Irsa. Perangai kau semua aku tahu, kau sebenarnya rindukan diaorang tapi hati kau je ego. Jangan bila benda buruk terjadi, baru nak menyesal. Waktu tu dah tak ada guna Dahlia Irsa."

Zup!

Balasan Nazneen berjaya membuatkan Irsa terdiam tanpa kata. Betul ke dia rindukan mereka?

Tapi dia ego?

"Tapi diaorang.."

"Benda dah berlalu Irsa. Tutup buku lama, bukak buku baru." Cantas Nazneen terlebih dahulu.

Irsa mengeluh berat sebelum mengangguk. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Okay, aku akan cuba untuk terima diaorang." Ujar Irsa tekad.

"Macam ni lah kakak aku." Kata Nazneen bersama sengihan.

Entah sejak bila Nazneen merupakan seorang pakar penasihat ni.









"Abang dah bagitahu keluarga kita tentang kandungan saya?"

"Mestilah dah, aku terlalu teruja nak dapat anak lagi." Selamba Aariz menjawab. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Rasanya sama seperti waktu dia tahu isterinya mengandungkan Ryanna tetapi waktu itu, isterinya sedang koma. Rasa gembira dan sedih bercampur baur.

"Abang ni, tak boleh nak rahsia sikit. Saya baru nak bagi kejutan untuk along dan yang lain." Memuncung bibir Nazneen menjawab.

"Alah tak payah nak rahsia bagai, nanti kita buat majlis doa selamat untuk anak kita dan bolehlah kita buat untuk arwah mama, papa, tokwan dan nekwan sekali." Bibir isterinya yang muncung seperti itik itu ditarik perlahan membuatkan Nazneen mengaduh kesakitan.

Dengar saja empat nama yang dicintai dan disayangi oleh Nazneen membuatkan Nazneen sebak.

Tokwan dan Nekwan sudah meninggal lima bulan yang lalu akibat sakit tua. Waktu itu, Irsa dan Nazneen lah paling terkesan kerana mereka berdua sangat rapat dengan arwah.

"Rindu mereka," balas Nazneen bersama mata berkaca-kaca.

Sedar tak sedar sudah 12 tahun mama dan papanya meninggal. Cepatnya waktu berlalu.

Aariz yang melihat Nazneen bersedih itu terus menarik si isteri ke dalam pelukan.

"Kau jangan nangis. Kalau rindu, sedekahkan alfatihah untuk mereka."

Nazneen membalas pelukan Aariz. "Terima kasih abang sebab sentiasa ada diwaktu saya memerlukan, diwaktu saya susah dan sedih. Bila saya perlukan peneman, abang setia ada dengan saya. Abang tak pernah tinggalkan saya, abang setia ada di sisi saya." Ikhlas Nazneen berkata.

Aariz tersenyum manis mendengar kata-kata Nazneen.

"Dah tugas aku sayang. Kau isteri aku, aku sayang dan cintakan isteri kecil aku ni." Balas Aariz sambil mencuit hidung Nazneen.

"Abang nak cakap saya pendek ke apa?"

"Dah memang kenyataannya. Umur dah tua tapi still pendek." Ejek Aariz.

Nazneen menjeling Aariz tajam. "Abang lagi tua, umur dah 28." Balas Nazneen tidak mahu mengalah. Lidah dijelirkan kepada Aariz.

Aariz memandang Nazneen tidak puas hati. Pantas saja pinggang isterinya di geletek kuat. Nazneen yang tidak sempat melarikan diri itu sudah terkaku.

"Argh abang! Janganlah lah geletek saya, geli lah, HAHAHA." Marah Nazneen sambil ketawa.

Geli bila tempat sensitifnya di ganggu.

"Taknak!"

"Argh! Abang!"

Maka pada malam itu, Nazneen ketawa bagaikan orang mereng akibat perbuatan Aariz.


End

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now