BAB 06

1.3K 84 7
                                    





Nazneen Inara menjinjinkan kakinya untuk meletakkan bola di dalam bakul yang disediakan di bilik stor sukan.

"Tak sampai ke? Nak aku tolong?" Suara seorang lelaki tiba-tiba saja menyapa halwa telinga Nazneen.

Nazneeen memalingkan badannya ke belakang. Betapa terkejutnya dia melihat Rayyan Aariz disitu. Dengan wajah tanpa perasaan dia memandang Nazneen.

"Hello? Kau dengar tak ni?" Tanya Aariz dengan suara garaunya.

"Huh? Saya dengar, nah." Nazneen menyerahkan bola yang berada di tangannya kepada Aariz.

Aariz mengambil bola di tangan Nazneen sebelum bola di letakkan ke dalam bakul yang sepatutnya.

"Terima kasih, saya pergi dulu." Pamit Nazneen. Sebenarnya gadis itu mahu lari dari Aariz.

Takut

Kerana wajah Aariz yang dingin itu.

"Wait.."

Aariz menahan Nazneen dari melangkah pergi. Nazneen menghentikan langkahnya mendadak tanpa berpaling.

"Kau Nazneen Inara kan?"

Pertanyaan Aariz membuatkan Nazneen terkaku seketika. Jantung Inara bagaikan mahu meletup saja apabila Aariz bertanya.

"Ya, saya Nazneen Inara."

Tanpa sedar Aariz tersenyum kecil. Budak inilah, yang Farish selalu tolong tu.

"Aku Aariz," kata Aariz tiba-tiba.

Dahi Nazneen berkerut sebentar sebelum berpaling memandang Aariz. Lelaki itu hanya berdiri tegak memasukan tangannya ke dalam poket seluar.

"Nazneen," ujar Nazneen epatah.

"Kalau aku nak panggil kau Inara, boleh?"

"Huh? Actually, belum pernah ada orang panggil saya Inara kecuali papa saya." Jawab Inara perlahan. Nak panggil guna nama tu pun boleh sebenarnya tapi akan mengingatkan dia kepada papanya. Papanya sudah lama tidak berjumpa dengannya sejak mama dan papanya berpisah.

"Okay, aku panggil kau Inara." Putus Aariz. Inara di pandang. Comel je, sudahla pendek. Perempuan kalau pendek biasa je, kalau lelaki pendek itu pelik.

"Hmm,'' Nazneen hanya bergumam.

Aariz masih lagi meneliti wajah Nazneen. Dapat Aariz lihat dari wajah itu terselit kedukaan yang tidak dapat di gambarkan.

"Mulai hari ini, kita kawan." Kata Aariz bersama wajah dingin. Langsung tidak ada riak di wajah itu.

Terkebil-kebil Nazneen memandang Aariz. Telinganya tak ada masalah pendengaran kan? Apa mamat ni cakap? Kita kawan?

Nazneen merasakan seperti mahu pengsan saja.

"Betul ni?" Tanya Nazneen tidak percaya.

Aariz mengangguk lagi. Nazneen menghembuskan nafas perlahan.

"Okaylah, kita kawan." Balas Nazneen dengan senyuman nipis.

"Kalau kau ada masalah nak share atau kau tiada tempat untuk meluahkan perasaan sedih kau, kau jangan risau. Aku ada, aku akan dengar luahan kau." Panjang lebar Aariz berkata.

"Insyaallah, emm saya pergi dulu ya. Saya nak masuk kelas." Pamit Nazneen lalu pergi meninggalkan Aariz seorang diri.

Tidak tahan, duduk berdua dengan Aariz di dalam bilik stor itu. Rasa seram je!

Aariz melihat kelibat gadis itu sehingga gadis itu hilang dari pandangan. Tanpa Aariz sedar bibirnya terangkat sedikit.









𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now