BAB 28

803 45 2
                                    

"Nah." Nazneen menghulurkan satu sampul kepada Aariz.

Aariz mengangkat keningnya perlahan. "Sampul apa ni?"

"Bacalah." Ujar Nazneen sepatah.

Aariz mengambil sampul yang dihulurkan Nazneen lalu dibuka.

"Maksu nak kahwin?" Soal Aariz pelik. Setahunya, Izyan tu single. Aii, mana kau tahu Aariz? Pandai-pandai je. Kau kenal maksu tak sampai 2bulan.

"Ha'ah lagipun maksu tunang dah 4 tahun." Balas Nazneen.

Terkedu Aariz mendengar jawapan Nazneen. "4tahun? Aku ingat maksu single lagi."

"Single apanya, maksu dah berpunya lah! Berani awak cakap macam tu. Marah abang Zai nanti." Bebel Nazneen tanpa sedar.

Terpana Aariz mendengar bebelan Nazneen. Gadis ini sejak bertunang ni makin tak takut dengan dia. Maybe tahap takut dia sudah berada di level 2.

"Kau makin berani ek sejak tunang."

"Mana ada berani awak. Saya hanya bagitahu awak perkara yang sebenar." Jawab Nazneen selamba. Sejak menjadi tunang lelaki itu dia perlahan-lahan mula mengenali perangai lelaki itu dan ya! Dia sudah tahu dan kurang takut lagi.

"Kau ni kan.." Aariz mengetap bibirnya geram. Kecil besar kecil besar je dia pandang budak ni.

"Maaflah, saya cakap benda betul lah. By the way, jangan lupa datang ya mr fiance. Ajak ibu dan baba sekali. Minggu depan maksu nak kahwin. Maaf sekali lagi kerana baru kad dekat awak. Saya lupa lah awak."

"Lupalah sangat. Yalah, nanti aku datang dengan ibu dan baba." Ujar Aariz.

Nazneen mengangguk. "Saya balik dulu."

"Eh, eh, kau nak balik dengan siapa? Kau datang sini aku ambil, balik pun aku kena hantar. Kalau jadi apa-apa dekat kau macam mana?"

Nazneen menayangkan sengihan. "Lupa pula, kalau macam tu jomlah hantar saya. Saya dah penat ni." Arah Nazneen. Langkah di atur ke kereta milik Aariz.

"Kau ingat aku driver kau ke nak arah-arah macam tu?" Tanya Aariz sedikit geram.

"Ya!" Selamba Nazneen membalas. Heh, sekarang ni dia tak takutlah sangatlah dengan Aariz. Lagipun Aariz juga manusia. Dia makan nasi tak makan manusia.

"Kurang asam punya budak." Gumam Aariz perlahan. Langkah di atur ke kereta.

♡♡♡♡♡

"Nah! Jangan lupa datang!" Ujar Irsa kepada Farah dan yang lain.

"Kad apa pula ni Irsa oii?" Soal Ameer pelik.

"Maksu nak kahwin minggu depan dah. Takkan korang taknak datang." Jawab Irsa menyampah. Walaupun dia tahu bahawa semua kawan baiknya akan hadir. Lagi-lagi Rafique dan Maleeq yang merupakan manusia kuat makan itu.

"Ouh, maksu dah nak kahwin. Cepat je masa berlalu. Empat tahun lepas kitaorang pergi majlis tunang tapi sekarang majlis kahwin pula." Kata Ameera. Kad diambil lalu dibuka.

"Cantik juga design kad kahwin maksu." komen Farah.

"Of course! Aku dengan Naz yang pilih." Ujar Irsa sambil tersenyum bangga. Banggalah kita yang pilih! Maksu dan bakal paksu dua-dua doktor. Dua orang itu sibuk mengalahkan perdana menteri. Yalah sibuk, merawat orang sakit.

"Perasan betul! Cakap pasal Naz. Mana adik aku?" Syakil bertanya. Selalunya dimana Irsa pergi mesti akan ada Nazneen tapi kali ini? Irsa seorang je datang jumpa mereka.

Irsa mencebik mendengar soalan Syakil. "Adik kau tu pergi date lah! Orang dah ada tunang ni susah." Balas Irsa menyampah. Sejak ada tunang ni Nazneen lain dah perangai. Happy betul si gadis pendiam bertunang dengan mamat kutub.

"Ouh date, Naz sejak tunang ni makin busy." Kata Ameer.

"Mestilah busy! Busy dengan Aariz dia tu." Balas Irsa.

Farah dan Ameera mengecilkan mata mereka apabila mendengar nada bicara Irsa seperti tidak suka.

"Kau cemburu ke? Aku dengar kata-kata kau macam tu suka je." Tebak Farah bersama mata dikecilkan.

"Aku cemburu? Memang tak lah! Buat apa nak cemburu, aku tak suka Aariz. Cuma aku rindulah, Naz dah makin kurang luangkan masa dengan akulah!" Rengek Irsa sambil menghentak kepalanya di meja selamba.

Membulat mata mereka melihat Irsa yang sedikit gila itu.

"Oi! Kau gila ke?"

"Tak lah! Aku rindu Naz!"

Tergeleng kepala Syakil melihat Irsa. "Irsa kau jangan macam ni, sepatutnya kau sebagai kakak sokong lah adik kau! Bukan kau pula yang merengek macam ni. Sekarang ni, Naz kena bahagikan masa dia. Dengan tunang dan keluarga sendiri. Sebab apa? Sebab dia kena jaga perasaan semua orang. Perasaan keluarga dia, tunang dia dan kawan dia. Kau janganlah macam ni. Kau sepatutnya happy bila tengok Naz happy." Nasihat Syakil. Dia tahu apa yang dirasai Irsa kerana Nazneen juga jarang meluangkan masa dengan mereka semua.

Tapi mereka faham, Nazneen sibuk. Alangkah baiknya jika dia tahu bahawa Nazneen adiknya sebelum Nazneen bertunang.

"Betul tu Sya, kau kena support adik kau." Sokong Maleeq.

Terdiam Irsa. Dia cuba mencerna segala kata-kata kawan baiknya.

"Baiklah, aku faham. Betul apa yang korang cakap. Naz sekarang ni dah ada tunang. Aku kena faham dia." Ujar Irsa Sambil tersenyum manis. Betul apa yang mereka cakap. Dia sebagai seorang kakak seharusnya menyokong adik sendiri.

Farah. Ameera, Ameer, Rafique, Maleeq dan Syakil mengukirkan senyuman.

"Macam ni lah kawan baik kami." Kata mereka serentak lalu ketawa kecil.

"Macam-macamlah korang ni. Aku nak ucapkan terima kasih nasihatkan aku."

"Tak payah terima kasih Sya, tugas kami untuk nasihatkan kau jika kau ada salah silap." Balas Rafique.

"Aku nak cakap juga. Kalau bukan kerana korang maybe sekarang ni aku tengah merungut lagi." Tutur Irsa tak mahu kalah.

"Suka hati kaulah!" Ujar Ameer dan Syakil marah. Orang cakap macam tu, dia cakap macam tu. Anoyying betullah!


Tbc..

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now