BAB 39

854 48 10
                                    

       Pada waktu petang Aariz dan Nazneen ke Pantai Cahaya Bulan. Pantai Cahaya bulan terkenal di Kelantan selain pantai Irama Bachok.

"Awak! Jom makan aiskrim!" Ajak Nazneen gembira. Tangan Aariz ditarik supaya mengikuti langkahnya.

Aariz terus saja mengikut tanpa membantah. Sampai saja disana, Aariz melihat ada beberapa orang kanak-kanak yang sedang membeli.

Setelah menunggu beberapa minit, akhirnya giliran mereka tiba.

"Nok aiskrim periso gapo?"

Nazneen melihat semua contoh aiskrim yang ada disitu sebelum memandang Aariz. "Awak nak yang mana satu?"

"Bagi aku yang sama macam kau jelah." Putus Aariz.

Nazneen mengangguk dan menunjuk yang mana dia mahu. "Bagi yang yang jenis macam ni dua abang." Jawab Nazneen.

Aariz yang mendengar Nazneen menggelarkan si penjual aiskrim abang terus berasap. Amboi-amboi! Suka hati panggil si penjual tu abang, kenapa tak panggil dia abang.

"Jangan panggil orang luar abang." Tutur Aariz berbaur cemburu.

Nazneen berpaling melihat Aariz, adakah suami dia cemburu?

"Awak, cemburu ke?" Soal Nazneen dengan senyuman dibibir.

Aariz mengawal riak wajahnya. "Mana ada."

"Tipu, awak cemburu!" Balas Nazneen sambil ketawa kecil.

Aariz mendengus geram apabila melihat Nazneen ketawa. Nampaknya dia kalah lagi!

"Kalau aku cemburu pun apa salahnya? Kau isteri aku." Jawab Aariz tenang.

Nazneen terus tersentap mendengar jawapan Aariz. Aariz ni ada-adalah nak suruh dia sentap!

Melihat Nazneen yang diam itu membuatkan Aariz mengukirkan senyuman sinis. Sentaplah tu!

"Ini aiskrim ya." Ujar si penjual aiskrim.

Aariz mengambil dompetnya, duit bernilai dua puluh ringgit di keluarkan.

"Simpan baki ya." Kata Aariz tanpa sempat si penjual mahu memberi baki.

"Tapi, baki banyak lagi ni." jawab si penjual aiskrim.

"Tak apa."

"Terima kasih."

Aariz mengangguk. Aiskrim di ambil lalu di satu serahkan kepada Nazneen.

Mereka berjalan menuju ke arah bangku kosong yang ada di kawasan pantai itu.

"Awak, lepasni ambil gambar ya! Buat kenangan kita dekat sini." Kata Nazneen sambil menikmati aiskrim kepunyaan dia.

"Okay."

Suasana sunyi kembali melanda. Aariz melihat Nazneen yang sedang fokus makan sehingga tidak sedar bahawa bibirnya telah comot.

"Inara, pandang aku kejap." Arah Aariz.

"Hah?" Soal Nazneen sambil berpaling ke arah Aariz.

Aariz mengambil tisu yang di beri oleh si penjual aiskrim tadi lalu di sapukan ke bibir Nazneen yang comot tadi. Lembut saja Aariz bersihkan kesan comotan di bibir Nazneen.

Terpana Nazneen melihat tindakan spontan Aariz.

"Makan pun comot." Balas Aariz perlahan setelah selesai membersihkan bibir Nazneen yang comot.

Wajah Nazneen automatik merah. Untuk kali kedua untuk harini dia malu dengan suami dia. Huwa, nak mummy!

"Jangan malu, I am your husband Nazneen Inara." Kata Aariz lembut. Sebenarnya dia suka melihat wajah malu Nazneen. Such a cute girl!

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora