BAB 42

921 42 7
                                    

       Nazneen melihat matanya yang sembap akibat menangis semalaman. Dia berjalan keluar untuk menuju ke bilik tidur dia dengan Aariz di tingkat dua.

Pintu bilik dibuka dengan hati-hati, jam di dinding menunjukkan 5.30 pagi.

Nazneen berjalan menuju ke arah almari bajunya. Baju yang ingin di pakai di ambil.

Tandas menjadi destinasinya.

15 minit kemudian...

Nazneen keluar dari tandas setelah selesai bersihkan diri, dia bersedia untuk solat subuh.

Figura yang sedang tidur itu di pandang. Keluhan keluar dari mulutnya, dia tahu tidak baik mengeluh tapi, dia sudah buat banyak dosa kepada suaminya semalam.

Azan sudah berkumandang dan Nazneen mula menunaikan solat subuh.

Setelah selesai solat subuh, Nazneen bersiap-siap untuk memasak sarapan buat suaminya. Walaupun dia tahu suaminya, tidak akan sentuh atau makan pun masakan dia tapi dia tetap jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri. Dia tidak boleh lepas tangan macam tu je.

♡♡♡♡♡

Aariz tersedar dari lenanya apabila silauan cahaya matahari terkena matanya.

Perlahan-lahan dia bangun dari baringnya. Jam loceng sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi.

Kemana isteri dia? Kenapa isteri dia tidak mengejutkan dia pada hari ni? Selalunya, Nazneen tidak akan lupa untuk mengejutkan dia.

Pintu bilik dibuka dan perlahan-lahan kakinya melangkah menuju ke tangga dan berjalan turun ke tingkat bawah.

Kelibat isterinya di cari di dalam bilik yang Nazneen tidur semalam.

Klak!

Pintu bilik dibuka dan kosong! Tiada kelibat Nazneen.

Dapur pula menjadi destinasinya namun kelibat Nazneen juga tidak kelihatan.

Meliau-liau matanya mencari kelibat Nazneen tapi tiada sehingga matanya tertumpu dekat nota yang tertampal di peti sejuk.

"Nota apa tu?" soal Aariz sambil berkerut.

Kakinya melangkah ke arah peti dan kertas kecil itu di ambil.

✨saya dah masakan sarapan untuk awak, makanlah kalau awak nak. Kalau taknak biarkan je dekat situ. Saya minta maaf sebab tak kejutkan awak pagi tadi dan saya minta maaf untuk semalam. Saya dah pergi cafe tau! Jangan cari saya, walaupun saya tahu awak takkan cari saya. Ini saja dari saya, assalamualaikum.

Ikhlas dari isteri awak yg cute🤪

Terlepas keluhan Aariz membaca nota yang ditulis oleh Nazneen.

"Sepatutnya aku minta maaf dengan kau, tapi kau pula minta maaf dengan aku. Aku minta maaf sebab sakitkan hati kau. Aku terpaksa Inara, kau isteri yang baik dan sempurna untuk aku. Aku setia dengan kau seorang je Inara. Cuma.." luahan Aariz sampai disitu saja. Dia sangat berasa bersalah dengan isteri dia.

Walaupun dilayan begitu, Nazneen masih lagi melayan dia dengan baik.

Kerusi ditarik lalu di duduk. Pinggan di ambil dan nasi lemak yang di masak oleh Nazneen di senduk lalu di rasa.

"Maafkan aku Inara, masakan selalu sedap tapi aku je ego tak makan masakan kau." Ujar Aariz setelah merasa nasi lemak yang di masak oleh Nazneen. Air matanya jatuh keluar hanya kerana seorang wanita yang dicintainya.


♡♡♡♡♡

"Aku tengok dari tadi lagi kau termenung. Kau ada masalah?" soal Irsa. Kerusi berhadapan Nazneen di duduk.

Terlepas keluhan di bibir Nazneen. "Aku keliru kakak." Ujar Nazneen sayu.

"Apa? Cuba bagitahu kakak?" Soal Irsa lembut. Apabila Nazneen mula menggunakan gelaran kakak bermakna Nazneen itu ada masalah.

"Aku keliru dengan Aariz, perangai dia sejak seminggu lepas lain sangat. Dia dingin dengan aku. Semua masakan aku dia tak makan. Tak kiralah pagi ke tengahari ke, malam ke." Ujar Nazneen dengan mata berkaca.

"Aku sedih kak, dia tak bagitahu aku salah apa. Sepatutnya dia bagitahu aku, kalau aku ada buat salah." Luah Nazneen sambil menunduk.

Terkejut Irsa mendengar luahan adiknya. Dapat dia rasakan bahawa Nazneen sudah jatuh cinta dengan suaminya sendiri.

"Kau cintakan suami kau?" Soal Irsa berhati-hati.

"Apa kau cakap ni? Dia suami aku, mestilah aku cintakan dia." Kata Nazneen dengan wajah masamnya. Apa punya soalanlah!

Irsa mengulum senyum, adiknya sudah jumpa cinta, dia bila?

"Ouh, tapi bila aku dengar luahan kau tadi kan, aku rasa baik kau bincang elok-elok dengan suami kau. Jangan gaduh lama-lama."

"Macam mana nak bincang? Dia tak cakap apa-apa pun. Layan aku dingin je. Dia buat aku macam tak wujud dalam rumah tu." Bebel Nazneen dengan bibir yang memuncung panjang.

"Aku pun tak tahu lah nak cakap macam mana. Cuba kau tanya abang Nad, diakan dah kahwin. Mesti dia tahu jalan penyelesaian." Ujar Irsa memberi pendapatnya.

Nazneen membulatkan matanya. "Kau nak suruh si Aariz tu kena tibai dengan abang Nad ke? Kau bukan tak kenal abang Nad, sejak dia tahu aku adik dia, dia tak bagi sesiapa pun sakitkan aku. Termasuklah Aariz sendiri. Kalau Aariz sakitkan hati aku, Aariz dapat makan dia. Itu baru abang, cuba kau bayangkan angah, along dan Akil yang tahu." Jeas Nazneen. Kepalanya di letakkan di atas meja kerjanya.

Irsa menggaru kepalanya yang di litupi tudung. "Entahlah aku." Jawab Irsa.

"Kalau kau tak tahu, tak apalah. Nantilah aku fikir sendiri." Ujar Nazneen.

"Okay! Aku keluar dulu ya." Pamit Irsa.

Nazneen menganggukkan kepalanya. Hilang saja kelibat Irsa, Nazneen melihat noti handphone yang berbunyi.

Kak Liya♡
-Assalammualaikum Naz, hari ni ibu ajak makan malam dekat rumah. Naz datang ya, akak dah bagitahu Aariz. Balik kerja Naz terus balik rumah ibu ya? Lagipun baju Naz dah banyak dekat rumah ibu. Ibu suruh Naz dan Riz tidur dekat sana.

Mesej yang di hantar oleh Auliya di baca dan di balas.

-okay akak, nanti Naz pergi.

Send√

Balasan di hantar kepada Auliya.

"Aku dan Aariz dah lah ada perang dingin, aku nak balik sana takkan nak masam muka dengan Aariz." sekali lagi Nazneen mengeluh.

Hari ini sudah banyak kali Nazneen mengeluh. Dia buntu! Buntu dengan suami dia yang tiba-tiba berubah begitu.

Tbc..

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now