BAB 22

836 55 11
                                    

Nazneen melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah yang lesu begitu juga dengan Irsa. Kedua gadis itu pulang lewat kerana customer di cafe mereka yang semakin hari semakin ramai.

Kedua gadis itu melangkah ke sofa lalu melabuhkan punggung mereka serentak.

"Hmm, bestnya dapat duduk." Ujar Irsa dengan suara yang serak. Penat seharian bekerja. Selalunya balik sebelum pukul 10.00malam tapi hari ni pukul 12.00pagi baru sampai rumah.

"Lewat kamu dua balik harini?" Soal Nekwan yang baru keluar dari dapur diikuti oleh Nazril, Izyan dan Tokwan.

"Banyak customer lah nek. Penat ni." Rungut Irsa sambil memejamkan matanya.

"Tak payah nak merungut. Siapa suruh nak buka cafe. Kalau kerja syarikat taklah penat sangat." Ejek Nazril selamba. Walhal kerja office lagi penat. Meeting situ, sini sana. Tak campur dengan projek baru lagi.

"Suka hati kitalah." Balas Nazneen mendatar. Orang penat ni! Boleh pula ejek-ejek.

"Adik, maksu ada benda nak bagitahu adik." Ujar Izyan serius. Dia harap sangat yang Nazneen dapat terima hal yang mengejut ini.

"Maksu nak cakap apa ni?" Doal Irsa pelik. Badannya yang lenguh tadi hilang sekelip mata apabila mendengar suara serius Izyan.

Nazril juga menayangkan wajah serius manakala nekwan dan tokwan hanya senyum melihat anak dan cucu-cucu mereka.

"Irsa, kalau maksu cakap. Irsa jangan terkejut ya? Kan Nazril?" Tanya maksu sambil menyonggol lengan Nazril.

"Ha'ah betul apa maksu cakap tu. Pada mulanya along terkejut beruk juga tapi lepas dari tu along dua kali ganda terkejut beruk." Balas Nazril sambil mengeluh. Agak-agak Nazneen dapat terima tak?

"Kenapa?" desak Irsa.

Izyan memandang Nekwan dan Tokwan lalu mereka berdua mengangguk tanda membenarkan.

"Tadi ada orang datang." Ujar Nazril.

"So?" Sepatah Irsa menyoal.

"Diaorang datang meminang Nazneen untuk anak diaorang." Sambung Izyan pula dengan nada teruja.

"What?!" Serentak Irsa dan Nazneen berkata. Mulut kedua gadis itu sedikit terlopong.

"Ya, tak lama lagi adik dah nak kahwin!" Ujar Nazril sambil bersorak riang. Adik dia dah nak kahwin, dia bila?

"Ouh, siapa yang meminang Nazneen tu along? Irsa kenal ke?" Soal Irsa pula. Siapa agaknya yang berani datang merisik gadis pendiam ni ehh? Fikir Irsa.

"Tak silap along keluarga Rayyan. Entah apa nama dia along tak ingat. Kan maksu?"

"Ha'ah maksu rasa Rayyan tak silap." Jawab Izyan sedikit ragu. Nekwan dan Tokwan pula sudah menahan senyuman mereka. Suka melihat diaorang tu bingung sesama mereka.

"Adakah itu Rayyan Aariz?" Doal Irsa dengan wajah terkejut. Tangan di bawa untuk menutup mulutnya yang terkejut. Matanya membulat besar.

"Haaa, itulah nama dia." Balas Izyan dan Nazril serentak. Mereka berdua mengukirkan senyuman bangga.

"Ouh Aariz rupanya. Wait...What! Rayyan Aariz?" ujar Irsa lalu memandang Nazneen. Nazneen hanya menayangkan wajah kosong seakan tidak kisah walhal dia sekarang ni sedaya upaya menahan ketawa apabila melihat wajah Izyan, Nazril dan Irsa yang blur itu.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now