BAB 19

796 56 6
                                    

Suasana di meja makan itu riuh dengan suara Fakhira, Marlisa dan Amni. Mereka semua berkumpul di rumah Datin Hasnila dan Dato'Hasrul atas suruhan Aariz sendiri, katanya ada hal penting yang ingin dikatakan kepada mereka semua.

"Ibu, baba, along, kaklong, kak Liya, abang Eq, kakchik, dan abangchik. Riz ada benda penting nak cakap." Ujar Aariz senafas, semua yang berada di meja makan itu dia sebut kecuali tujuh anak saudara dia.

Serentak itu semua mata yang berada disitu memandang Aariz dengan tanda tanya. "Macam serius je Riz." Kata Ammar Qairul.

"Memang serius along." Jawab Aariz serius tidak seperti selalu.

"Nak cakap apa adik oii? Kau selalu buat akak rasa suspens!" Sampuk Auliya sambil mencebik.

Aariz menarik nafasnya sebelum berkata. "Aariz nak kahwin." Mendengar sahaja perkataan kahwin membuatkan seluruh ahli keluarganya terkejut.

Auliya yang baru sahaja minum air itu tersedak, Ammar Qairul turut terkejut dan Aileen memandang adik bongsunya tidak percaya.

"Kau?" soal Aileen

"Nak" diikuti oleh Nur Husna

"Kahwin?!" ujar Auliya terkejut.

Syed Faaeq, Ammar Qairul dan Nadzir hanya melihat pasangan masing-masing. Teruk betul perangai even dah tua. Opss..

Dengan bangga Aariz mengangguk.

Tanpa dapat di tahan, ketawa Auliya, Aileen dan Nur Husna terhambur jua.

"Pfftt.. HAHAHA." Gelak ketiga wanita itu sehingga terkeluar air mata mereka.

Mendengar ketawa Aileen, Auliya dan Nur Husna membuatkan Aariz menepuk dahinya. "Akak kenapa?"

"Lawaklah, adik nak kahwin? Biar betul dhoo." Balas Aileen pula. Air mata yang terkeluar di kesat lembut.

Syed Faaeq, Ammar Qairul dan Nadzir mengeluh sebelum..

"Aileen."

"Nur Husna."

"Auliya." Satu persatu nama disebut oleh suami masing-masing membuatkan ketiga wanita itu berhenti ketawa.

"Alhamdulillah, jadi siapa gadis yang bertuah dapat jadi isteri adik?" Soal Dato'Hasrul apabila keadaan kambali sunyi.

"Dia bekas junior sekolah menengah Riz. Dia muda dua tahun dari Riz." Jawab Aariz tanpa memberitahu nama gadis itu. Dia tahu kakak-kakak dan abangnya mesti tertanya-tanya siapa bakal isteri dia.

"Ouh, alhamdulillah. Tak lama lagi anak bongsu ibu dah nak kahwin. Tak nak kenalkan dekat ibu siapa bakal menantu ibu tu?" Kata Datin Hasnila teruja. Tidak lama lagi dia bakal mendapat menantu baru.

"Adalah, ibu tak boleh tahu. Ini rahsia Riz je." Ujar Aariz ingin mengusik ibunya.

"Alah Ris! Bagitahu jelah. Nak berahsia bagai!" Serentak Syed Faaeq, Ammar Qairul dan Nadzir berkata. Jika tadi isteri sekarang suami pula yang mengambil alih. Mereka memanglah, tak ingat tua betul.

"Yalah, tak menyempat betul korang ni."

"Siapa?" Bagaikan orang terdesak Ammar Qairul bertanya. Anak-anak mereka bagaikan tidak wujud disitu. Kerana apa? Kerana semua anak-anak mereka sudah berlalu pergi meninggalkan ibu bapa masing-masing. Tak nak menganggu perbualan orang tua. Auch! Anak yang baik.

"Naz.." jawab Aariz sepatah membuatkan Auliya dan Aileen benggang.

"Baik kau jawab betul-betul!" Aileen yang duduk bersebelah Aariz itu memulas telinga adiknya kuat. Dia pantang jika bercakap tak habis macam Aariz ni.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora