BAB 23

815 52 2
                                    

Nazneen dan Nazril memandang wajah Tokwan dengan mata berkaca-kaca. Tolong cakap ini semua tipu.

"Apa ini tokwan? tokwan tipu kami kan?" Soal Nazril laju. Dia menggelengkan kepala tanda tidak percaya. Selama 28 tahun dia hidup dia tidak pernah mengetahui bahawa dia punya abang.

"Tokwan tak tipu Nazril Izzat. Tokwan cakap benda yang betul." Ujar Tokwan lembut tapi terselit ketegasan di dalam nada bicaranya.

Irsa dan Izyan tidak kalah terkejut juga. Mereka berdua bagaikan patung mendengar kata-kata tokwan pada hari ini. Rahsia apakah ini?

"Apa semua ni ibu?" Soal Izyan yang masih terkejut. Kenapa kaklong dan abanglong tidak pernah memberitahu dia apa-apa. Kenapa? Sungguh rahsia ini mampu membuatkan ketiga anak saudaranya diam tidak berkutik.

Terkejut?

Mestilah. Siapa saja tidak terkejut jika tiba-tiba saja dapat tahu hal begini?

"Su, along, Irsa dan adik dengar dulu apa yang tokwan nak cakap." Ujar Nekwan lembut. Bebola matanya memandang keempat-empat mereka.

"Sebelum papa korang kahwin dengan mama iaitu Ira anak tokwan dan nekwan, papa korang pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi mereka bercerai kerana tidak mencintai antara satu sama lain." Tokwan memulakan ceritanya.

"Kalau tak cinta kenapa boleh ada anak yah?" Tanya Izyan pelik begitu juga Irsa, Nazneen dan Nazril. Kan, tak mencintai tapi kenapa ada anak?

"Sebenarnya papa dan mummy. Mummy itu isteri pertama papa kamu kahwin sebab perjanjian antara atuk dan nenek arwah papa dan mummy. Mereka kahwin tapi mereka buat syarat untuk tidak mahu mempunyai anak dan tempoh perkahwinan hanya untuk 6bulan saja tapi apabila mummy kamu mengandung perkahwinan mereka menjadi lama sehingga mummy kamu melahirkan seorang anak lelaki. Korang tahu kenapa mummy korang boleh mengandung?"

''Kenapa tokwan?" soal Nazril ingin tahu.

"Mummy dan papa kena perangkap tapi nasib mereka baik kerana kekasih masing-masing tidak mengamuk. Kamu tahu siapa kekasih hati mummy dan papa?"

"Kalau kekasih papa mestilah mama. Ya kan tokwan?"

Tokwan mengangguk dengan senyuman dibibir. "Iya kekasih hati papa ialah mama dan mummy ialah daddy. Tokwan kenal dengan mereka kerana mereka merupakan sahabat baik papa dan mama korang sendiri." Jelas Tokwan dengan lebih terperinci.

"Wow! Sungguh menakjubkan!" Kata Irsa terkejut. Sahabat baik berkahwin dengan kekasih hati dan ada anak? Tapi mama sekalipun tidak cemburu kerana mereka semua itu bersahabat baik.

Memang keputusan yang dibuat oleh papa dan mummy memang menakjubkan! Tetapi Irsa berasa simpati kerana anak lelaki mummy dan papa kerana kehilangan bapa kandungnya.

"Abang kami dekat mana sekarang tokwan?" Soal Nazril sayu. Rahsia ini memang membuatkan dia terkejut. Wajah Nazneen yang berada di sebelah Irsa itu di pandang. Wajah adiknya nampak kusut.

"Tokwan tak tahu. Last tokwan jumpa dia waktu umur dia lapan tahun dan tokwan tak pernah lagi jumpa dia hingga sekarang. Kalau diikutkan sekarang ni umur abang korang tu 32tahun. Tokwan rasa dah kahwin atau dan ada anak."

"What! Kenapa abang along tu tua sangat tokwan? Umur maksu lebih muda dari abang." Jawab Nazril sambil ketawa kecil. Aduhai, mesti papa dan mummy kahwin dulu dan lepas saja umur 'abang' dia tu 2 tahun, nekwan pula mengandungkan maksu.

"Perkara biasa along." Balas Nazneen menyampah. Along ni over je lebih. Huh!

"Nama abang kami apa tokwan?" Tanya Nazneen dengan wajah berharap. Dia berharap sangat yang tokwan masih mengingati nama abang pertamanya.

"Tak silap tokwan nama dia Saef. Haa Saef." jawab Tokwan sedikit ragu.

"Takkan itu je tokwan? Nazneen nak abang pertama Nazneen ada waktu Nazneen kahwin. Takkan itu je nama yang tokwan ingat? Nama panjang abang apa?" Soal Nazneen sedikit kecewa. Kecewa kerana tidak dapat berjumpa abangnya. Dia berharap sangat dapat jumpa abang pertamanya walaupun sudah terlambat.

Nazneen tidak benci abang pertamanya kerana bukan salah abang pertamanya kerana lahir di dunia ini tapi dia pasti abang pertamanya mesti sedih kerana bapa dan ibu kandung berpisah. Sedangkan dia? Dia hidup bahagia dengan mama dan papa.

"Tak ada adik, arwah papa dan mama kamu cakap itu je nama dia." Balas Nekwan yang sedari tadi memerhati.

"Alah! Takpelah nekwan, adik harap dapat jumpa dengan dia nanti walaupun dia dah kahwin atau ada anak sekalipun." Balas Nazneen tersenyum nipis.

Adakah rupa abang pertamanya seperti Nazril atau lain? Kalau wajah seperti Nazril mesti ada iras-iras dengan arwah papa.

"Adik dan along dapat terima ke semua ni?" Soal Izyan. Dia sendiri pun terkejut tapi apabila melihat anak saudaranya yang seakan dapat menerima dengan hati terbuka itu membuatkan dia tahu bahawa Nazril dan Nazneen bersikap matang.

"Along terima je sebab abang pun mesti tak minta semua ini terjadi. Along kesian pula dengan abang sebab abang terpaksa hidup tanpa papa." Kata Nazril dengan senyuman tawar. Tak dia sangka bahwa dia mempunyai seorang abang.

"Adik pun sama."

Tersenyum nekwan dan tokwan mendengar kata-kata Nazril dan Nazneen. Sungguh mereka risau jika Nazril dan Nazneen tidak akan menerima dan akan memberontak tapi sangkaan mereka meleset sama sekali kerana kedua-dua cucu mereka dapat menerima dengan hati terbuka dan ingin sekali berjumpa dengan abang pertama mereka.

Izyan dan Irsa memandang Nazril dan Nazneen bangga. Bangga kerana kedua-duanya dapat bersikap matang dalam hal begini.

Tbc..

Tbc

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Kde žijí příběhy. Začni objevovat