BAB 11

1K 62 1
                                    

Nazneen dan Irsa bersiap-siap untuk ke cafe. Hari ini ialah hari pembukaan cafe mereka.

"Selamat tengahari," ucap mereka serentak apabila tiba di meja makan.

"Selamat tengah hari, anak-anak saudara cantik maksu." Ujar Izyan sambil menghadiahkan senyuman manis kepada kedua-duanya.

"Erm... maksu, tok wan, nek wan dan along pergi tak cafe? Harini majlis pembukaan cafe kitaorang." Kata Irsa sambil melahap masakkan yang dimasak oleh maksom iaitu pembantu rumah ini. Maksom bekerja sewaktu mama dan papa Nazneen belum meninggal lagi.

"Mestilah maksu pergi, lagipun harini kan hari yang bermakna buat korang." jawab Izyan bangga. Kedua anak saudaranya ini sudah lama mempunyai cita-cita untuk membuka cafe sendiri. Akhirnya, hajat mereka tercapai dan cafe mereka dinamakan sebagai 'Floral Cafe'

"Along pun pergi juga."

Mata Irsa beralih pula kepada tok wan. Hanya dia yang tidak memberikan jawapan lagi.

Tok wan yang melihat Irsa melirik ke arahnya menahan senyum dari terukir di wajah tuanya.

"Mestilah tok wan pergi, hari bersejarah cucu-cucu tok wan kan." Balas Tok wan lembut. Tadi itu sengaja je nak mengusik si Irsa. Nazneen pula dia dah tahu jika gadis itu tengah makan jarang bercakap, sebab tu dari tadi dengar suara Irsa saja.

"Yeay! semua pergi! Happy kitaorang macam ni, tak termasuk my bff lagi." Jawab Irsa tersenyum gembira.

"Ada-ada jelah kamu ni. Dah makan cepat." Suara tegas tok wan mula kedengaran membuatkan semua yang ada dimeja itu makan dalam keadaan senyap.










Aariz, Mirza dan Farish menghentikan kereta mereka apabila melihat ramai manusia yang berada di hadapan sebuah cafe yang belum dibuka.

"Majlis pembukaan Floral Cafe." Mirza membaca banner yang ada di luar cafe itu. Kelihatan ramai orang yang menantikan cafe itu dibuka.

"Kita singgah nak tak?" Tanya Farish. Mukanya seakan berharap agar Aariz dan Mirza mahu singgah di cafe yang baru sahaja dibuka itu.

Aariz dan Mirza berkira-kira mahu menuruti permintaan Farish. "Boleh ke?" Soal Aariz.

"Woi, dah nama pun pembukaan cafe kenapa tak boleh pula? Lagipun waktu first buka dia ada bagi makanan free untuk kita cuba dulu. Kalau makanan yang di buat cafe ni sedap bolehlah kita singgah selalu. Lagipun cafe ni dekat dengan syarikat kau je Riz." Terang Farish panjang. Aariz jika datang bengap dia jenuh juga dia mahu melayan. Nasib baik sepupu.

"Jomlah."

Lalu ketiga-tiga dari mereka turun dari kereta Aariz. Kereta yang dihadiahkan oleh Syed Faaeq dan Eshal Auliya kepadanya. Dia tak minta tapi abang ipar dan kakak dia yang nak bagi. Rezeki jangan di tolak semua.

"Selamat datang ke pembukaan Floral Cafe." Ujar seorang lelaki di hadapan pintu utama. Pekerja mungkin, jika dilihat nampak seperti pekerja kerana dia memakai baju t-shirt yang berwarna hijau muda dan seluar slack. Baju khas untuk pekerja cafe itu maybe.

Aariz, Mirza dan Farish hanya mengangguk. Pintu utama di tolak lalu masuk. Masuk sahaja matanya terhindang dengan pemandangan di dalam cafe itu. Dekorasi cafe itu sangat cantik kerana melambang tentang alam sekitar. Mata mereka meliau sekeliling mencari meja kosong.

"Selamat datang ke Floral Cafe, jemput duduk encik." Sapa Irsa kepada Aariz, Mirza dan Farish. Farish memandang wajah Irsa lama, bagaikan ada satu tarikan apabila memandang wajah gadis itu.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now