BAB 41

894 41 13
                                    

Ana skip 3 bulan terus ya, sebab APK ongoing to end!

          Masa berlalu begitu pantas, tanpa sedar perkahwinan Nazneen dan Aariz sudah memasuki 3 bulan.

Sudah seminggu Nazneen merasakan perubahan yang berlaku kepada suaminya.

Aariz bersikap dingin dan datar dengan dia, kadang-kadang itu sehingga tertengking pun ada.

Malam sebelum tidur Aariz selalu saja menghadap handphonenya. Pagi, waktu sarapan macam-macam dia bagi alasan. Bukan waktu sarapan je, malah waktu makan malam.

"Aku dah lewat."

"Aku sarapan dekat office."

"Aku dah kenyang, aku dinner dengan client."

Itulah alasan yang Aariz bagi, alasan lapuk! Kalau dia ada buat salah sepatutnya bagitahu dia. Dia boleh betulkan. Ini tak, layan dia dingin je, sepatah tanya sepatah jawab.

Nazneen mengeluh seorang diri apabila kelibat Aariz tidak lagi kelihatan walhal jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam.

"Mana awak pergi Aariz?" Soal Nazneen risau, ini kali pertama Aariz balik lewat. Selalunya lewat sekalipun pukul 8.00 malam dah balik.

Sedang Nazneen termenung resah memikirkan Aariz, kedengaran pintu utama dibuka.

Dengan segera Nazneen pergi ke arah pintu utama. "Awak dah balik? Awak pergi mana lewat awak balik?" Soal Nazneen dengan riak wajah risau.

"Aku kerja." Balas Aariz dingin lalu menonong dia berjalan meninggalkan Nazneen yang terpinga-pinga sendirian disitu.

Nazneen tidak putus asa, langkah Aariz diikut juga. "Awak kenapa Aariz? Kalau saya ada buat salah bagitahu saya! Jangan buat saya macam ni, dah seminggu awak layan saya dingin macam ni. Awak buat saya macam tunggul dalam rumah ni." Ujar Nazneen meluahkan apa yang di rasakan olehnya kini.

Langkah Aariz terhenti, badan di palingkan ke belakang. "Kau tak ada buat salah dengan aku Inara, kau boleh tak jangan ganggu aku? Aku stress lah, hadap kerja lagi, balik rumah hadap perangai kau pula." Balas Aariz kosong.

Hati Nazneen bagaikan ditoreh-toreh mendengar balasan Aariz, jadi Aariz rasa tersiksa kahwin dengan dia? Kalau rasa begitu kenapa kahwin dengan dia?

"Awak nak cakap, awak menyesal kahwin dengan saya?" Soal Nazneen tenang. Dia tidak boleh cepat melenting buat masa sekarang ni. Ingat Nazneen tak boleh derhaka pada suami kau. Kata-kata semangat itu di pegang.

Aariz tersentak mendengar pertanyaan isterinya. Menyesal? Langsung tidak terlintas di dalam fikiranya.

"Apa kau cakap ni Inara? Bila masa aku cakap, aku menyesal? Aku hanya stress. Cubalah faham aku juga." Suara Aariz kian meninggi. Dia tengah serabut dan isteri dia menambahkan lagi serabut dia.

"Awak ada perempuan lain belakang saya?" Tuduh Nazneen melulu, entah kenapa dia boleh berfikir begitu.

"Jangan kurang ajar, jangan tuduh aku macam tu. Aku suami kau." Ujar Aariz. Gigi di ketap marah. Kalau diikutkan hati, pipi Nazneen sudah menjadi mangsa, tapi dia taknak jadi dayus.

"Habistu kenapa awak selalu balik lewat?" Soal Nazneen tidak puas hati. Hatinya masih lagi tertanya-tanya kenapa sikap suaminya berubah mendadak.

"Kan aku dah cakap aku banyak kerja!" Balas Aariz tertengking.

Terhinjut bahu Nazneen mendengar tengkingan Aariz. Mata Nazneen mula berkaca-kaca.

"Awak memang dah berubah. Mana janji awak nak jaga saya? Hiks, awak selalu balik lambat, awak tengking saya, awak layan saya acuh tak acuh. Semua masakan saya awak tak pernah makan. Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya? Hiks." Rintih Nazneen sambil menangis.

Pertama kali dia menangis di depan lelaki yang bergelar suami, dan dia menangis di sebabkan oleh lelaki yang bernama suami juga.

"Awak mungkir janji awak! Aariz, kalau awak dah benci saya lepaskan je saya!" Jerit Nazneen lalu berlari ke bilik tetamu yang ada di tingkat bawah. Dalam situasi begini, dia takkan tidur sekatil dengan suami dia. Hatinya sakit, sakit kerana kata-kata Aariz.

Dapat Aariz lihat air matanya yang mengalir di pipi mulus isterinya.

Aariz laju saja mengejar langkah isterinya. "Inara, buka pintu ni." Pujuk Aariz dari luar bilik.

"Taknak! Awak tidurlah dalam bilik awak! Saya taknak tidur dengan awak!" Jerit Nazneen dari dalam.

Aariz mengeluh perlahan, rambut hitam pekatya diraup ke belakang. Akur dengan isterinya dia berlalu meninggalkan si isteri.

Manakala Nazneen yang berada di dalam bilik itu masih setia menangis.

"Apa salah saya dekat awak Aariz? Kenapa awak buat saya macam ni? Awak tak cintakan saya ke? Salah saya ke jatuh cinta dengan awak Aariz?" Rintih Nazneen pilu. Tersedu-sedan dia menangisi nasibnya. Kalau boleh sekarang ni dia perlukan seorang pendengar yang boleh mendengar luahan dia tapi itu tidak mungkin kerana, handphone milik dia berada di dalam bilik di tingkat dua.

"Mungkin betul, saya yang salah sebab jatuh cinta dengan awak." Tutur Nazneen perlahan.

Badan dibaringkan di atas tilam empuk itu.

"Mama, papa. Adik rindukan korang. Maafkan adik sebab dah lama tak pergi jenguk mama dan papa. Adik harap, sekarang ni mama ada dengan adik supaya adik boleh luahkan semua apa yang adik rasa tapi adik tahu semua tu mustahil kerana mama dan lama tinggalkan adik, tsk." Dengan air mata yang masih mengalir Nazneen mengogoi lemah.

Mungkin penat menangis, Nazneen tidak sedar dia tertidur kepenatan akibat menangis.

Tbc..

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now