BAB 27

817 46 4
                                    

4 hari kemudian...

Hari ni Nadzir mahu membawa Nazneen dan Nazril berjumpa mummy dan daddy.

Kata Nadzir mummy tak sabar mahu berjumpa dengan Nazneen dan Nazril.

"Adik, Ril tunggu apa lagi? Jomlah masuk." Ajak Nadzir. Anak dan isterinya di tinggalkan di rumah mentuanya agar dia dapat meluangkan masa bersama dengan keluarganya.

"Tiba-tiba gemuruh pula abang." Jawab Nazril tersengih begitu juga dengan Nazneen. Nazneen sejak berjumpa dengan Nadzir dia mula mudah di ajak bergurau walaupun hanya sekejap, tapi itu sudah membuat mereka cukup bahagia.

"Tak payah nak gemuruh sangat. Kalau taknak masuk biar abang masuk dengan adik." Balas Nadzir selamba. Dia menarik tangan Nazneen agar mengikutinya.

"Hei abang! Tunggu lah Ril!" Jerit Nazril. Langkah Nazneen dan Nadzir di ikut laju. Takkan la nak tinggalkan dia dekat rumah orang pula! Dahla tak biasa!

♡♡♡♡♡

"Nazneen? Ya allah makin besar kamu sekarang." Kata Puan Sri Sakina. Tubuh gadis itu di peluk erat. Rindu dia akan gadis itu.

Nazneen tersenyum kekok tidak tahu mahu membalas apa.

"Makin cantik, wajah kamu buatkan mummy teringat dekat arwah Ira." Ujar Puan Sri Sakina membahasakan diri sebagai 'mummy'

Nazneen yang mendengar Puan Sri Sakina membahasakan mummy itu tersentak.

Mummy?

"Mummy?" Soal Nazneen perlahan.

"Ya, mulai harini Nazneen anak mummy dan daddy. Nazneen adik kepada Syakil serta Syafiq dan Nazril abang kepada Syakil dan Syafiq." Ujar Puan Sri Sakina teruja.

"Tapi..kami tak ada pertalian darah mummy." Jawab Nazneen serba salah. Takkan nak buat macam adik beradik betul jika tak pertalian darah. Dia perempuan kut.

Puan Sri Sakina dan Tan Sri Khairi mengukirkan senyuman melihat wajah serba salah Nazneen. Ada lagi rahsia yang tidak di ketahui oleh Nazneen, Nazril, Nadzir, Syakil dan Syafiq.

"Kamu semua duduk dulu. Nanti mummy dan daddy akan jelaskan semuanya kepada korang." Arah Tan Sri Khairi.

Nazneen, Nazril, Nadzir, Syakil dan Syafiq melabuhkan punggung mereka di sofa.

"Sebenarnya kamu semua ada hubungan kerana susu yang kamu semua minum waktu bayi merupakan susu yang sama. Nazril dan Syafiq adik beradik susuan. Nazril dan Syafiq minum susu sama kerana waktu Syafiq di lahirkan mummy koma sebab kemalangan. Kalau Nazneen dan Syakil pula, lepas saja arwah Ira lahirkan Nazneen, arwah Ira pengsan dekat seminggu dan mummylah waktu tu berikan susu mummy dekat kamu sebab waktu tu terdesak sangat. Kebetulan Syakil kan baru beberapa bulan kan. Jadi, mummy ambil keputusan untuk susukan Nazneen dan ya Nazneen dan Nazril merupakan anak susuan mummy. Mummy buat semua ni sebab taknak hubungan kamu semua ada halangan nanti. Kalau ada pertalian macam ni senang. Aurat Nazneen pun daddy, angah dan Akil boleh tengok. Faham?" Jelas Puan Sri Sakina.

Terlopong Nadzir, Nazril, Syafiq, Syakil dan Nazneen. What the...

Rupa-rupanya mummy, daddy, mama dan papa sudah bertindak lebih awal lagi.

"Daddy! Mummy!" Serentak kelima-lima mereka bersuara. Wajah Puan Sri Sakina dan Tan Sri Khairi di pandang geram.

"Apa-apa jelah. Sekarang ni mummy dan daddy akan panggil Nazneen adik. Khairil Syakil dan Khairul Syafiq jangan jatuh cinta dengan adik korang pulak." Balas Tan Sri Khairi selamba.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Onde histórias criam vida. Descubra agora