BAB 10

1.1K 67 15
                                    


8 tahun kemudian...

Nazneen dan Irsa sudah menamatkan pelajaran mereka di semester terakhir dan mereka berdua bercadang untuk membuka cafe. Alhamdulillah kini 8 tahun berlalu, Nazril juga sudah pun mengambil alih syarikat Datin Kamilia dan maksu, cita-cita maksu tercapai untuk menjadi doktor.

Diusia maksu 25 tahun maksu sudah menjadi doktor. Doktor sakit puan je. Umur maksu sekarang ni dah 29 tahun. Tak lama lagi dah nak kahwin.

"Nazneen!" Jerit Irsa sambil menghentakkan kakinya dilantai.

"Apa?" Tanya Nazneen yang sedang khusyuk membaca wattpad. Dari dulu sehingga sekarang jika ada masa terluang Nazneen akan membaca wattpad. Lain pula dengan Irsa yang akan menghabiskan masa dengan bermain game.

"Zombie tu masuk dalam rumah aku lagi! Bavi betul." Carut Irsa. Kali ini sudah masuk kali ketiga dia kalah! Dari dulu sehingga sekarang, jika dia main game tu mesti akan kalah kalau sampai dekat level malam di swimming pool.

"Usaha tangga kejayaan." Balas Nazneen selamba. Tanpa mempedulikan Irsa yang sedang geram itu dia menyambung kembali bacaan wattpad.

"Kau dari 8 tahun lepas asyik baca wattpad je! Tak bosan ke? Apa yang best sangat baca wattpad tu?"

"Apa yang best kau cakap? Mestilah best! Dalam masa lapan tahun ni aku dapat jadi penulis tahu tak, kau apa tahu." Jeling Nazneen tajam. Dia paling pantang kalau orang lain cakap macam tu dekat dia punya hobi.

"Best sangat ke? Mari aku nak cuba baca sinopsis." Ujar Irsa. Telefon milik Nazneen dirampas selamba.

"Wei, macam mana nak guna benda alah ni?" Soal Irsa. Jarinya cuba menekan tapi tak menjadi. Nak jadi apa jika dia salah tekan? Cuba jawab, hahaha.

"Itulah kau! Kalau tak reti biarlah aku buat." Balas Nazneen. Telefonnya di rampas kembali. Satu cerita bergenre romance di buka lalu diberikan kepada Irsa.

"Thanks," jawabnya lalu membaca sinopsis yang dibuka oleh Nazneen tadi.

"Bestlah juga! Aku nak download jugalah Naz. Game zombie ni aku nak delete biar padan muka dia." Kata Irsa setelah selesai membaca sinopsis cerita yang ditunjukkan oleh Nazneen.

Nazneen diam tidak membalas. Jarinya sibuk menaip sesuatu di telefonnya. Irsa yang merasa tidak dilayan terus sahaja menepuk lengan Nazneen hingga telefon yang di pegang Nazneen terlepas dari tangan.

"What do you want? I'm busy right now, so please don't bother me." Jawab Nazneen tanpa memandang Irsa. Nazneen tu buat apa? Dia sedang menaip sambungan cerita dia untuk dia publish setelah beberapa minggu hilang kerana busy, dia taknak hampakan orang yang baca cerita dia.

"Aku dah siap download, so apa username kau wahai adikku Nazneen Inara yang comel?"

"Naz_Inara, dapat tak?"

"Yes! Dah dapat by the way, thank you. Aku nak try baca citer kau buat dulu. Macam best je." Balas Irsa.

"And don't forget to followback me.'' sambung Irsa lagi. Excited wei! Bila penulis famous tu salah satu ahli keluarga kita macam tulah.

"Hurm..."

"Nazneen! Irsa! Jom teman maksu pergi supermarket kejap." Laung Izyan dari dapur. Rumah mereka dimana? Masih sama seperti 8 tahun lepas. Alamat juga masih sama jika korang nak datang.

"Iya maksu!" Laung Irsa kembali. Diaorang ni nak bertanding siapa jerit paling kuat ke apa?

"Jom." Sambung Irsa lagi lalu menarik tangan Nazneen untuk mengikuti langkahnya. Nazneen dengan muka pasrah mengikuti langkah Irsa. Sebenarnya dia malas nak keluar tapi apakan daya dia. Nak melawan malas, ikut sajalah langkah Irsa.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now