BAB 46

1.1K 42 9
                                    

Sampai saja di tempat menunggu Aariz melihat ahli keluarga isterinya sudah tiba terlebih dahulu. Irsa, mummy dan tokwan sedang menangis di atas kerusi. Irsa ditemani oleh Wafa dan Juliana.

Nazril, Syafiq dan Syakil duduk bersandar di dinding dengan wajah serabut. Daddy dan tokwan termenung jauh. Mungkin memikirkan Nazneen.

"Ya allah, kenapa semua ni jadi dekat Naz? Irsa taknak hilang dia nekwan. Hanya Nazneen seorang saja adik yang Irsa ada. Hanya Nazneen seorang saja tempat Irsa mengadu."

Juliana dan Wafa hanya diam mendengar luahan Irsa. Memang benar hanya Nazneen saja yang memahami Irsa.

"Semua dah ada dekat sini kan? Ana ada sesuatu nak suruh korang dengar dan ini semua penting." Ujar Juliana tiba-tiba.

Semua yang ada disitu memandang Juliana serentak. "Apa kau nak cakap Ana?" soal Irsa dengan suara serak.

"Dengar ni." Arah Wafa. Rakaman suara yang sama seperti Nazneen dengar tadi di on kan lalu di letakkan di tengah-tengah.

"Lashira, kenapa kau benci sangat dengan Nazneen?" soal Juliana.

Mata sebelah kanan dikenyitkan kepada Wafa, tanda rancangan mereka sudah bermula. Juliana dan Wafa terpaksa berlakon untuk mendapatkan jawapan. Kenapa Lashira Amani sangat bencikan Nazneen Inara.

"Kau nak tahu sangat kenapa?"

"Yalah, aku kan kawan baik kau. Lagipun aku dah lama tak puas hati dengan Nazneen. Dari dulu, dia je dapat semua gelaran. Gelaran budak pandai semua dia dapat." kelentong Juliana laju. Wajahnya sengaja dibuat marah supaya Lashira tidak mengesyaki apa-apa.

"Korang nak tahu ke?" soal Lashira sinis.

Dengan pantas dua manusia itu mengangguk, dengan senyuman bahagia.

Lashira yang sudah mempercayai kedua kawannya itu dengan bangga berkata.

"Sebab mama dan papa Nazneenlah hidup keluarga aku hancur!" balas Lashira sambil menggengam erat kelas kaca yang ada di tangannya.

"Hah! Apa kau cakap ni?" soal Juliana terkejut.

"Disebabkan papa Nazneen pecat papa aku, papa dan mama aku selalu gaduh. Gaduh sebab masalah duit. Hidup keluarga aku hancur, papa aku bunuh diri sebab masalah duit dan mama aku gila. Gila! Hidup aku tak terurus sebelum maksu aku kutip aku balik." jawab Lashira dengan penuh rasa amarah.

Juliana dan Wafa menekup mulut mereka serentak. "Kenapa papa Nazneen pecat papa kau?" soal Wafa.

"Papa aku dituduh pecah amanah. Si Nasrudin bodoh tu tak siasat betul-betul! Umur aku 12 tahun, aku terpaksa hadap semua tu. Nasib baik, maksu aku tolong aku untuk hapuskan orang tua jahanam tu. Maksu aku upah orang untuk rancang kemalangan orang tu bodoh tu. Dan aku happy sangat-sangat diaorang sampai sekarang tak tahu bahawa aku dan maksu aku yang rancang semua tu. Keluarga Nazneen sama bodoh macam si Nasrudin bodoh tu." kutuk Lashira sambil ketawa seperti orang gila.

"Kenapa kau buat macam tu Lashira. Berdosa lah!" marah Juliana dengan wajah bengis.

"Berdosa ke tak berdosa, aku tak kisah! Yang penting aku puas! Aku puas dapat lihat kehancuran betina tu!"

Nadzir, Nazril dan Irsa tersentak apabila rakaman suara itu berhenti. Automatik kolam mata mereka terasa panas.

Nekwan dan Tokwan sudah mengucap panjang.

"Ya Allah, sampai hati Lashira buat mama dan papa aku macam tu. Lashira tak tahu perkara sebenar Wafa." ujar Irsa pula. Wajahnya sudah sembap kerana dari tadi menangis.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ