BAB 40

981 42 13
                                    

Setelah lima hari berada di Kelantan, akhirnya Nazneen dan Aariz kembali ke negeri asal mereka.

Nazneen mengerutkan dahinya melihat rumah yang ada di depan mereka sekarang ini. Cantik dan besar.

"Rumah siapa ni Aariz?" soal Nazneen perlahan.

"Our home!"

"Our home?" soal Nazneen lagi.

"Yalah, rumah kita. Ke kau taknak? Kalau kau taknak aku okay je." Balas Aariz selamba. Dia turun dari kereta dan berjalan ke arah pintu utama. Semua barang dia dan Nazneen sudah di pindahkan ke sini semasa dia dan Nazneen berada di Kelantan.

"Mestilah nak, takkan taknak pula." Jawab Nazneen perlahan. Kalau boleh nak lekuk je kepala Aariz biar benjol.

"Tapi awak tak rasa besar sangat ke?" Tanya Nazneen lagi.

Aariz mengangkat bahunya. "Aku tak rasa macam tu. Lagipun ini rumah aku beli sendiri dengan duit simpanan aku. Kalau rumah yang mummy, daddy, ibu dan baba hadiahkan ada je. Cuma aku tak rasa nak guna rumah diaorang hadiahkan sekarang. Kalau besar tiada masalah, nanti kita akan ada anak. Ke kau taknak ada anak?" Soal Aariz dengan ragu-ragu. Kalau si Nazneen taknak mengandung memang susahlah.

"Apa awak mengarut ni? Perempuan mana taknak ada anak? Setiap isteri mesti akan rasa nak ada anak." Marah Nazneen kepada Aariz. Boleh pula Aariz fikir dia taknak anak.

"Haih ya, ya. Aku minta maaf okay." Pinta Aariz lembut. Kekura tangan isterinya dikucup lembut.

"Okaylah, tapi kalau awak cakap sekali lagi macam tu, tiada maaf bagimu!" Balas Nazneen geram. Geram pun geram juga, tapi langkah si suami setia di ikuti.

"Aku tahu, kau takkan marah aku lama-lama."

"Eeii, perasannya dia ni. Macam mana awak tahu?" Soal Nazneen. Kening kiri di angkat tinggi.

"Aku tebak je sebenarnya, hahaha." Jawab Aariz lalu ketawa besar.

Terkedu Nazneen melihat Aariz ketawa, pertama kali dia lihat suaminya itu ketawa begitu. Selalunya hanya senyum saja.

"Cantik awak ketawa!" Kata Nazneen. Cemburu dia lihat ketawa Aariz yang begitu cantik.

"Eh, aku bukan cantik tapi handsome." Tegas Aariz. Apa pula cakap dia cantik, dia tak cantik tapi dia handsome! Handsome!

"Suka hati awaklah, tapi mana bilik kita?"

"Ikut aku." Arah Aariz supaya Nazneen mengikut langkahnya. Tangga di daki dengan hati-hati.

Sampai saja di tingkat dua, Aariz berjalan menuju ke arah master bedroom. Pintu di buka dan terpaparlah ruang bilik itu.

Nazneen menekup mulutnya. Tidak percaya melihat bilik tidur mereka.

"Seriusly? Ini bilik kita? Cantiknya!" Balas Nazneen kagum. Bersinar matanya memerhatikan ruang bilik itu.

Ada katil bersaiz king, televisyen dan banyak lagi. Malas nak senari satu-satu, hehehe.

"Tengoklah siapa yang deco."

"Siapa?"

"Abang Iq, cantikkan? Rumah abang Iq dengan kak Liya pun, abang Iq yang deco. Abang Iq memang mahir tentang deco ni." Jelas Aariz serba sedikit.

"Patutlah cantik, tapi saya rasa kalau awak yang deco mesti tak jadi cantik macam, mesti lagi buruk." Kutuk Nazneen selamba. Dia tidak tahu Aariz di sebelah sudah berasap.

"Amboi, sedap kau kutuk aku? Kau buat aku macam tak wujud sebelah kau ni." Ujar Aariz bengang. Kenapalah mulut isteri dia makin hari makin menyakitkan hati? Dia pula yang geram apabila bercakap dengan Nazneen.

"Awak, awak patut bersyukur tahu dapat isteri yang jujur seperti saya ni. Saya kalau saya cakap, saya cakap depan-depan terus. Tak main cakap belakang ni." Jawab Nazneen polos. Apa? Betullah, jujur lebih baik dari menipu.

Aariz menepuk dahinya perlahan. Nazneen jika datang bengap, dia pula yang geram.

"Kau jangan bengap sangat boleh tak? Nak jujur pun kenalah bertempat." Balas Aariz mengeluh lemah. Nazneen ini, suka buat dia sakit jiwalah.

"Yalah, nanti saya tipu awak pula."

"Kau, jangan sesekali tipu aku. Berdosa tipu suami Nazneen Inara." Ugut Aariz tegas. Jangan sampai Nazneen berbohong kerana dia sudahlah. Tak sampai hati dia.

"Saya tahulah, saya bergurau je tadi." Balas Nazneen dengan wajah masam. Dia menolak sedikit badan suaminya untuk ke arah dua almari besar yang ada di dalam bilik tidur mereka.

"Awak, saya nak mandi and then nak masak. Barang-barang basah ada tak?" Soal Nazneen sambil menggeledah almari untuk mencari pakaian untuk di pakai.

Aariz yang baru saja melabuhkan punggung di sofa yang ada di dalam bilik hanya menggelengkan kepala. Bahan basah tak ada lagi, sebab tak sempat nak beli lagi.

"Okaylah kalau macam tu. Lepasni, awaĸ teman saya pergi beli barang-barang dapur ya. Jangan mengelak!" Arah Nazneen terus sebelum masuk ke dalam tandas untuk membersihkan badan.

"Kau ingat aku macam abang Iq ke? Mengelak bila nak beli barang dapur? Aku tak macam tu okay! Aku gentleman!" Laung Aariz dari luar.

Nazneen yang berada di dalam tandas itu mencebik. Gentleman konon, gentleman takut kucing, macam tu?

"Gentleman penakut kucing!" Kerit Nazneen sambil mengejek.

Aariz tersentak mendengar ejakkan Nazneen. Sejak bila si Nazneen tahu dia takut kucing? Setahunya, dia tak pernah ceritakan pada Nazneen pun.

Atau...

Kak Liya yang bagitahu?

"Macam mana kau tahu?"

"My sister's in-law yang bagitahu!" Balas Nazneen selamba. Dia tu tak mandi lagi ke? Elok duduk membalas laungan dengan Aariz tu.

Aariz menghembuskan nafasnya pasrah. Dah agak sebenarnya, kak Liya punya kerja! Tapi bukan Kak Liya sorang je. Kak Leen pun sama!

"Lepas ni, aku malas kongsi rahsia dengan akak berdua tu. Mulut murai betullah, entah-entah semua rahsia aku diaorang dah pecahkan!" Bebel Aariz seorang diri. Bebel punya bebel akhirnya Aariz terlelap di atas sofa.

Akibat drive terlalu lama, dia tidak sempat rehat lagi. Apabila sampai di tempat kelahiran mereka, dia terus membawa Nazneen ke rumah yang di belinya.

Tbc..

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now