BAB 04

1.4K 79 2
                                    



Dua hari kemudian...

Irsa dan Nazneen berada di rumah Nek wan dan Tok wan mereka di kampung bersama dengan Nazril dan Izyan. Izyan menepati janjinya untuk membawa Nazneen dan Irsa pulang ke kampung.

"Huwa! Nazneen! Bencilah aku main game ni!" Bentak Irsa geram.

Nazneen yang sedang baca wattpad itu memandang sepupunya atau lebih dikenali sebagai kakaknya. "Kenapa?" sepatah dia menyoal.

"Benci aku main game Plants Vs Zombie ni! Ada ke patut zombie tu masuk dalam rumah aku! Geram betul aku! Aku hampir menang tadi." Bebel Irsa geram. Telefonnya dia lempar ke tengah katil. Takkan nak campak dekat dinding pula, telefon mahal tu.

Nazneen memandang Irsa pelik. "Kau kalah, tapi kenapa kau lepaskan geram kau dekat aku?" soal Nazneen sambil mengangkat keningnya.

"Ish, kau ni! Aku just luah dekat kau je!" Ujar Irsa lalu wajahnya sengaja di cemberutkan. Bercakap dengan Nazneen kadang-kadang buatkan dia pula geram.

Nazneen diam sahaja mendengar kata-kata Irsa. Dia tidak tahu mahu membalas apa lagi. Mulut sepupunya itu terlalu banyak.

"Nazneen! Irsa! Jom makan kuih sayang. Nek wan dah siap goreng karipap yang korang nak." Jerit suara tua di dapur.

"Karipap?" Soal mereka berdua serentak, lalu kedua-duanya berlari anak menuju ke dapur. Tangga diturun dengan berhati-hati. Jatuh kang naya!

"Sedapnya bau Nek Wan!" Komen Irsa. Sudah lama dia tidak makan karipap buatan Nek Wan. Nek Wan memang pembuat kuih, setiap pagi Nek Wan akan buat karipap, kuih seri muka, kuih cucur, kuih bingka dan banyak kuih lain lalu di hantar ke warung-warung untuk di jual.

Nek Wan tersenyum memandang kedua cucu perempuannya.

"Satu nek!" Kata Irsa lalu ingin mengambil satu karipap.

"Aip! Basuh tangan dulu!" Nek Wan berkata tegas.

Irsa dan Nazneen tanpa membantah pergi ke singki untuk mencuci tangan mereka.

"Nek, along, maksu dan tok Wan mana?" Sekali lagi Irsa menyoal. Dari tadi mulut tak reti duduk diam. Karipap disuapkan ke dalam mulut. Terpejam matanya apabila rasa enak menyapa lidahnya.

"Masih sama." Komen Nazneen. Bibirnya mengukirkan senyuman tipis.

Nek Wan mengukirkan senyuman mendengar kata-kata Nazneen.

"Kalau sedap makan banyak-banyak biar jadi gemuk sikit." Kata Nek Wan.

"Taknak la, nanti gemuk." Selamba Nazneen berkata.

Irsa mencebik mendengar balasan Nazneen. Taknak tapi karipap sudah 4 biji dia telan.

"Nek dari tadi Irsa tanya. Mana maksu, along dan tok wan?" Muncung bibir Irsa apabila pertanyaan tidak dijawab.

"Along dan Tok Wan kamu ke sawah. Maksu kamu pula keluar. Katanya ada hal." Jawab nek wan

"Eh kejap, nek wan cakap along ke sawah? Tak takut sunburn ke?" Perli Irsa setelah habis ketawa. Setahunya, seorang yang bernama Nazril Izzat allergic dengan panas.

Nek Wan menggeleng kepala melihat Irsa yang bercakap dengan mulut penuh itu.

"Irsa, makan elok-elok. Along kamu tu bukan pergi tolong Tok Wan kamu pun. Dia hanya pergi tengok kawasan kampung je katanya rindu." Jawab Nek Wan.

Irsa menganggukkan kepala. Ingatkan tolong tok wan kat sawah tadi. Rupa-rupanya indah khabar dari rupa.

"Nek Wan, adik nak pergi jalan-jalan lepasni. Boleh tak?" Soal Nazneen lembut. Wajah dibuat comel agar nek wan izinkan.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now