BAB 33

833 43 18
                                    


Aariz dan Nazneen berada di Magical Boutique milik kawan baik Auliya iaitu Maisarah dan Dhia.

"Sampai pun kau Inara, lama aku tunggu." Ujar Aariz dengan nada mendatar.

Nazneen menghiraukan Aariz. Langkah diatur menuju ke arah empat wanita itu. Satu persatu wanita yang ada di situ disalam.

"Assalamualaikum, saya Nazneen Inara. Panggil Naz je." Kata Nazneen memperkenalkan diri kepada Dhia, Syazwani dan Maisarah.

Mereka mengangguk dan menjawab salam Nazneen.

"Waalaikumussalam, ya allah! Cantiknya awak dik!" Tutur Maisarah sambil mencubit pipi Nazneen yang sedikit tembam.

Nazneen mengukirkan senyuman kekok. Aduhai, sakit lah pula kena cubit ni.

Auliya menampar tangan Maisarah yang masih lagi mencubit adik iparnya. Kesian dia melihat Nazneen yang sudah merah pipi itu. Mungkin Maisarah mencubit kuat sangat.

"Kau Sara, jangan cubit kuat sangat. Kau tengok pipi adik ipar aku tu. Dah merah, kesian dia." Balas Auliya sambil menggeleng. Perangai tak pernah berubah! Anak dah 3 pun! Manakala Maisarah pula mencebik.

"Ehem kenalkan nama akak Syazwani, panggil je kak Wani ya?" Pinta Syazwani lembut. Comel sungguh budak Nazneen, itulah yang membuatkan Maisarah geram. Kalau dia ada adik, mesti dia kebas si Nazneen ni.

"Akak, yang cubit awak tadi, nama dia Maisarah awak panggil dia Kak Sara dan yang ini, Dhia. Panggil kak Dhia." Terang Syazwani lagi.

Nazneen mengangguk dan senyuman manis di hadiahkan untuk ke empat wanita itu maka terserlah la lesung pipit yang tidak berapa dalam itu di pipi kiri dan kanan gadis itu.

"Naz, ini kak Sara mama kepada Hayden, Naz kenal kan budak lelaki yang ada sekali dengan Adam dan Fadhila hari tu?"

"Ya kenal."

"Dan ini kak Dhia, kakak ipar Farish."

"Ouh, Nazneen faham."

"Baguslah, jadi Naz dan Riz nak tema apa untuk akad nikah dan majlis bersanding Nanti?" Soal Dhia. Mereka berjalan mengelilingi baju yang ada dalam butik itu. Bermacam-macam jenis baju kahwin ada.

"Kita mula untuk akad nikah dulu. Korang nak warna apa?" Soal Maisarah.

Aariz dan Nazneen berpandang sebelum...

"Pink!"

"Biru!"

Serentak kedua-dua manusia itu berkata.

Maisarah, Syazwani, Dhia dan Auliya saling berpandangan, budak dua orang ni tak bincang lagi ke nak warna apa?

"Biru ke pink ni?" Soal Dhia lagi.

"Biru!"

"Pink!"

Sekali lagi mereka berkata serentak.

Aariz membesarkan matanya kepada Nazneen. "Kau nak pink? Seriuslah? Aku taknak pink! Apa taste lelaki pakai pink waktu akad nikah." Bidas Aariz selamba.

"Saya tak kisah! Nak atau tak, awak kena terima juga."

"Tak nak!

"Nak!"

"Taknak!"

"Nak!"

"Taknak!"

"Nak!"

"Tak--" belum sempat Aariz berkata habis. Dhia sudah memotong.

"Ish! Sudah! Jangan bertekak dekat sini boleh tak? Pilih jelah warna apa, mudah kan?" Marah Dhia geram.

𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂]Where stories live. Discover now